ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jom Ke Art of Speed 2023 Hujung Bulan Ini! Ini Senarai Harga Tiket

Sofea Najmi

Kongsi melalui

1.-AOS-2023-OFFICIAL-POSTER-1080X1350-01.png


Art of Speed bakal kembali dengan edisi yang lebih besar dan lebih menarik pada hujung bulan ini! Acara Kustom & Counter Culture ini akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) di tapak berkeluasan 350,000 kaki persegi. Art of Speed edisi tahun 2023 (AOS 2023) akan berlangsung pada 29 dan 30 Julai 2023 pada jam 10:00 pagi – 7:00 malam.


IMG_6534.JPG

Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM), En. Asep Ahmad Iskandar berucap semasa sidang media yang diadakan baru-baru ini


Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM), En. Asep Ahmad Iskandar berkata, “Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia telah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul dan seumpamanya, dan terus mendominasi dalam acara tahunan yang berskala besar.”


Art of Speed 2023 akan menyambut komuniti kustom dan media antarabangsa yang terkenal. Acara ini juga akan menyediakan pelbagai sorotan istimewa seperti ThunderCircus "Brotherhood Rally", Hot Wheels Collector Convention, Hot Wheels Legends Tour, Miss Art of Speed 2023, dan banyak lagi.


Terdapat juga pameran seperti Hail Vintage, Streetware Con, Off The Grid, Roda Rumble 2023, La Cultura, selain turut dimeriahkan dengan kehadiran vendor makanan di Food Park.


AOS2023---Outdoor-overview---2023-01.png


Pengunjung juga boleh ‘melayan’ muzik di SoundCircus Festival dengan persembahan daripada 10 kugiran muzik termasuk Superman Is Dead dari Bali Indonesia, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu, dan Armpunk Sindicate.


2.-SCF-HD-2023-1080X1350-TNG-01.png


Art of Speed 2023 menawarkan pelbagai kejutan dan pengalaman yang menarik bagi semua peminat kustom dan pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara ini yang berlangsung selama dua hari. 


Baca: Art of Speed 2023 Bakal Berlangsung Di MAEPS Pada 29-30 Julai Nanti, Ini Senarai Aktiviti


INFORMASI PENTING ACARA ART OF SPEED 2023


Lokasi: Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).


Tarikh: 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) 


Harga tiket:

  • Pas hujung minggu: RM35.00

  • Pas Speed Lane: RM60.00 (dibuka sejam lebih awal pada jam 9:00 pagi/sah untuk kedua-dua hari)

  • Kemasukan Percuma: Kanak-kanak bawah 12 tahun & pemegang pas OKU

  • Pas Kombo SoundCircus Festival (SCF) + Hujung Minggu: RM135


Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini dan pembelian tiket, layari laman web rasmi di www.artofspeedmy.com atau ikuti perkembangan terkini di laman Facebook Art of Speed MY. Seorang pembeli tiket dalam talian bertuah (kedua-dua tiket AOS dan SCF) berpeluang untuk memenangi motosikal Honda e-DAX.

SYQ_3936.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5581

SELANGOR

BSU146

JOHOR

JE7695J

PULAU PINANG

PSF8345

PERAK

APL7180

PAHANG

CFH8379

KEDAH

KGJ2538

NEGERI SEMBILAN

NEM735

KOTA KINABALU

SJU2793

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-07-2023
Gaya Hidup

29-07-2023
Berita Auto

29-07-2023
Gaya Hidup

29-07-2023
Berita Auto

29-07-2024
Berita Auto

29-07-2023
Berita Auto

02-05-2023
Berita Auto

14-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.