Kia Niro EV Rasmi Dilancarkan, Capai 460KM, Harga RM255,888
![]()
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, anak syarikat BAuto yang juga pengedar rasmi serta pengimport kenderaan Kia di Malaysia, telah memperkenalkan Kia Niro EV baharu hari ini. EV generasi kedua ini ditawarkan dalam satu varian yang dijual pada harga RM255,888, atas jalan, tanpa insurans. Apa yang ada pada Kia Niro EV? Teruskan membaca untuk penjelasan terperinci.



Dari segi penampilan, Niro EV merupakan sebuah EV crossover dengan reka bentuk menonjol yang memperlihatkan bahasa reka bentuk terkini Kia. Di bahagian depan terdapat bentuk "Tiger Face" yang merupakan ciri eksklusif Kia, dengan bar krom yang serasi dengan lampu hadapan LED yang agresif. Aura ‘agresif’ sudut hadapan ini semakin menyerlah dengan adanya plat skid dan flap udara aktif.



Dari sisi, jelas terlihat bentuk crossover Niro EV dengan tiang C yang lebar di bahagian belakang, serta penggunaan dua warna pada badan kereta dengan tiga pilihan warna utama untuk dipilih - Snow White Pearl, Mineral Blue, dan Cityscape Green. Pada bahagian tayar, model ini menggunakan rim 17 inci.
Walaupun memiliki siluet SUV yang biasa, Kia mengatakan bahawa Niro EV cukup aerodinamik, dengan pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.29 disebabkan oleh flap udara dan juga reka bentuk tiang C.


Di bahagian belakang, Niro EV dilengkapi dengan lampu belakang LED berbentuk boomerang menegak pada tiang C yang disebutkan tadi. Bagi mengekalkan tema agresif yang dapat dilihat pada sudut hadapan kereta, bahagian belakang juga memiliki bampar bawah yang dipasangkan dengan plat skid.



Di dalam kabin, Niro EV menambilkan gaya dalaman yang setanding dengan EV moden yang lain. Ia dilengkapi dengan dwi-skrin bersaiz 10.25-inci yang menggabungkan skrin infotainmen dan paparan pemandu digital. Sistem infotainmen Niro EV boleh menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Kemudahan lain ialah pad pengecas tanpa wayar, tiga port USB-C dan satu soket 12V.


Untuk keluaran kali ini, Kia telah menukarkan tombol gear standard kepada penukar gear gaya rotari, butang kawalan untuk pendingin hawa dan infotainmen dikekalkan daripada diintegrasikan ke dalam skrin infotainmen. Selain itu, Niro EV dilengkapi dengan kemudahan premium seperti sistem pencahayaan ambien 64-warna, kemasan bertekstur yang diperbuat daripada bahan kitar semula, dan upholsteri Leatherette.




Dibina berdasarkan platform K generasi ketiga Kia, Niro EV generasi kedua ini lebih besar daripada keluaran terdahulu, dengan panjang 4,420 mm, jarak roda 2,720 mm, dan lebar 1,825 mm. Ini sekaligus menjadikan ruang kabinnya lebih luas, dengan ruang bagasi yang besar berkapasiti 475L yang boleh diperluas hingga 1,392L sekiranya tempat duduk belakang dilipat. Perlukan lebih banyak ruang? Jangan risau, Niro EV juga dilengkapi dengan frunk (boot depan) berkapasiti 20L di bawah bonet depan.


Dari segi mekanikal, Niro EV dikuasakan oleh satu motor elektrik tunggal yang terletak di hadapan (FWD) yang memberikan output 201 hp dan 255 Nm tork. Ini membolehkan EV seberat 1,757 kilogram ini melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 167 km/j.

Tenaga dibekalkan oleh bateri lithium-ion 64.8-kWh yang memberikan Niro EV jarak maksimum 460 km (WLTP). Bateri ini boleh dicas dengan pengecas pantas DC 80 kW dalam masa hanya 49 minit dari 10% kepada 80%. Manakala dengan input pengisian AC 11 kW biasa, pengisian penuh mengambil masa kira-kira 6 jam dan 20 minit.

Selain memberi kuasa untuk menggerakkan motor, bateri yang sama juga menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L), yang membolehkan Niro EV menjadi sebuah ‘powerbank bergerak.’ Fungsi V2L ini boleh membekalkan kuasa sehingga 3.6 kW, yang membolehkan anda menghidupkan peranti elektrik kecil atau digunakan dalam waktu-waktu kecemasan misalnya ketika ketiadaan elektrik.


Dari segi keselamatan, Niro EV dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan pemandu aktif (ADAS), termasuk bantuan lampu suluh tinggi (HBA), bantuan elak pelanggaran titik buta (BCA), bantuan pelanggaran lintasan trafik belakang (RCCA), bantuan kekal lorong (LKA), amaran perhatian pemandu (DAW), bantuan elak pelanggaran hadapan (FCA) dengan pusingan simpang, bantuan susur lorong (LFA), dan kawalan jelajah pintar (SCC).



Diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan, tempahan untuk Kia Niro EV kini dibuka, dengan harga RM255,888 tanpa insurans. Harga tersebut termasuk jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 150,000 km dan jaminan bateri EV selama 8 tahun atau 160,000 km. Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi Kia Malaysia atau mana-mana pengedar Kia yang sah di seluruh negara.
Apa pendapat anda tentang Niro EV baharu? Adakah berbaloi untuk membeli EV ini pada harga yang dinyatakan? Jangan lupa untuk tinggalkan komen di ruangan yang disediakan di bawah.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR7645
SELANGOR
BSN5897
JOHOR
JYT7125
PULAU PINANG
PSA8544
PERAK
APG2695
PAHANG
CFF9401
KEDAH
KGE9242
NEGERI SEMBILAN
NEJ8671
KOTA KINABALU
SJR614
KUCHING
QAB4655N
Terakhir Kemas Kini 31 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
[FOTO] SUV Elektrik Kia EV9 Kini Sedang Diuji, Bakal Dilancarkan 2023
Kia kini sedang menjalankan ujian ke atas Kia EV9, ini perincian yang sudah kita ketahui...
26-08-2022
Kia Dedahkan EV Niro 2023 Di New York Auto Show - Kini Dalam Rekaan Baharu, V2L & Jarak Lebih Jauh!
Kia Amerika dedahkan model EV Niro yang bakal dilancarkan tahun 2023 ini.
12-05-2022
Kia Tawar Kemas Kini Perisian: Ada Cadangan Laluan EV, SoundHound & UX Lebih Baik
Kia telah mengumumkan bahawa kemas kini perisian over-the-air (OTA) sudah ditawarkan.
11-07-2023
KLIMS 2024: Kia Sportage Generasi Ke-5 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM145,999
Pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, memperkenalkan Kia Sportage generasi kelima, ke pasaran tempatan.
04-12-2024
Beli Kereta Kia & Menang 2 Tiket Ke Australia Open 2025
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif model Kia di Malaysia, telah mengumumkan pelancaran kempen “Australia Open 2025 with Kia."
03-08-2024
Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...
Bermaz telah memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kia Sportage baharu di kilang Inokom di Kulim, Kedah.
03-07-2024
Kia EV9 2024 Dilancarkan Di TRX, Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 505 KM, Dari RM369K!
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd hari ini telah melancarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) keduanya di pasaran Malaysia, Kia EV9 2024 di The Exchange TRX.
11-06-2024
Besar Macam Anak Gajah Pun Boleh Laju, MPV TERPALING Sempurna
Mesti ramai tak percaya MPV ini boleh memecut laju.
27-05-2024
Berita Terkini
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
