Model Agensi: Harga Kereta Pengedar Kini Semua Sama

Mercedes-Benz telah mencapai persetujuan dengan rakan niaga untuk memperkenalkan model jualan agensi di Malaysia.
Ini bermakna, pengedar Mercedes-Benz kini digelar sebagai rakan peruncit Mercedes-Benz, dan bukannya lagi pengedar.
Jadi apabila model pengedar menjadi model agensi, tidak akan wujud sebarang perbezaan harga antara satu outlet Mercedes-Benz dengan yang lain.
Menerusi model agensi, semua rakan runcit Mercedes-Benz baru akan menjual model-model yang sama dengan harga yang tidak boleh ditawar manakala kenderaan yang dihantar ke Sabah dan Sarawak akan terus dikenakan caj tambahan.
Selain itu, sekiranya ada tawaran diskaun musim atau promosi, semua harga diskaun akan sama bagi semua outlet.

Model agensi baru ini menawarkan kepada rakan runcit peluang untuk memberi tumpuan lebih kepada pelanggan dan sokongan mereka.
Ini bermakna, pelanggan akan mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan yang lengkap di runcit, termasuk jualan kenderaan, pilihan pembiayaan fleksibel, perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan, ketersediaan alat ganti tulen, dan sokongan jaminan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, pihaknya cukup teruja untuk berkongsi satu peristiwa penting bagi mengukuhkan kesetiaan pelanggan untuk jenama Mercedes-Benz.
“Melalui perkongsian rapat dengan rakan runcit yang dihormati, kita akan bersama-sama melangkah ke langkah seterusnya dalam merevolusikan model jualan kami.
“Sebagai jenama pertama dalam rantau ini melaksanakan model agensi untuk jenama ini, kami yakin bahawa lonjakantransformasi ini dapat meningkatkan kehadiran jenama kami dan memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4838
SELANGOR
BSP6512
JOHOR
JYV9179
PULAU PINANG
PSB9074
PERAK
APH1949
PAHANG
CFG4030
KEDAH
KGF6540
NEGERI SEMBILAN
NEK2996
KOTA KINABALU
SJR7093
KUCHING
QAB7063N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton
Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.
06-05-2026
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.
05-05-2026
Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini
Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.
05-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?
Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.
05-05-2026
Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan
Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.
05-05-2026
Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik
Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.
05-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat