ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Nissan Serena J Impul Kini Di M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan Nissan Serena J Impul yang kini lebih bergaya dan mewah.

Ia yang didatangkan dengan satu varian dijual pada harga RM169,888.

Untuk makluman, Serena J IMPUL direka bentuk berdasarkan kelebihan Pakej Premium Highway Star, dan dipertingkatkan lagi dengan sentuhan luaran yang berkualiti tinggi .

Penampilannya agak sporty manakala suasana dalam kabin cukup mewah. 

Semuanya dibangunkan secara eksklusif dengan kerja sama penala selepas pasaran terkenal, IMPUL Jepun.

LUARAN:

Serena J IMPUL ini dipertingkatkan dengan hiasan krom yang menyerlahkan profil agresif bampar hadapan selain krom gril hadapan V-Motion Nissan tampil lebih berani.

image.png

Di bahagian belakang pula, kemasan krom digunakan pada tepi bawah bampar untuk membezakan J IMPUL secara visual supaya ia padan dengan aksen krom hadapan dan lambang IMPUL yang terdapat pada tailgate.

image.pngimage.png

Ia juga didatangkan dengan set roda aloi jejari Y IMPUL Millennium dengan kemasan hitam berkilat. 

Aloi ringan 18 inci ini dikilangkan di Jepun.

Malah, bagi memastikan pengendalian yang yakin dan perjalanan yang lancar, Serena J IMPUL dilengkapi dengan tayar Goodyear Eagle F1 Sport berprestasi ultra tinggi dengan reka bentuk bunga Eagle Claw dan Teknologi Active Control untuk kestabilan dan tindak balas stereng yang luar biasa. 

image.png


Selain itu, ia juga memberikan kuasa membrek yang lebih berkesan melalui Teknologi Dynamic Braking.

KABIN:

Menjengah tempat duduk dan kemasan pintunya, ia  dilapisi dengan kulit kombinasi. 

image.png

Pemilihan kulit Nappa membuatkan kabinnya kelihatan mewah dan material ini agak lembut manakala warna kontras hitam-burgundy juga menaikan lagi suasana kabin dengan ketara dengan corak tempat duduk yang berinspirasikan taman batu Jepun yang unik serta sulaman logo IMPUL.

PRESTASI:

Jentera ini dumbat dengan enjin MR20DD 2.0 liter CVTC 4 silinder yang disokong oleh motor elektrik Kawalan Tenaga. 

Ini bermakna ia mampu menghamburkan kuasa setakat 150hp dan 200Nm.

image.png

Apa yang lebih penting lagi ialah ia dapat menawarkan penjimatan bahan api yang luar biasa sebanyak 14.2km/l, iaitu bersamaan dengan 852km pada tangki penuh bahan api.

CIRI-CIRI KESELAMATAN:

Setiap Serena kini dilengkapi secara standard dengan Nissan Intelligent Mobility 360° Safety Shield.

Ia turut menawarkan bantuan pemanduan maju Nissan seperti Ramalan Pintar Amaran Perlanggaran Hadapan dan Brek Kecemasan Depan Pintar yang dapat mengimbas trafik di hadapan untuk memberi amaran kepada pemandu tentang bahaya yang akan berlaku.

Untuk itu, ia  secara automatik akan  menggunakan brek untuk meminimumkan kerosakan sekiranya berlaku perlanggaran yang tidak dapat dielakkan.

image.png

Jentera ini juga dilengkapi dengan sistem pemantau titik buta, Amaran Keluar Lorong, Monitor Pandangan Keliling (kamera 360 darjah) dengan Pengesan Objek Bergerak Pintar dan enam beg udara.

Terdapat juga Kawalan Dinamik Kenderaan dengan Sistem Kawalan Traksi, ABS dengan Agihan Daya Brek Elektronik dan Bantuan Brek, ISOFIX dan Bantuan Daki Bukit bagi  memastikan penumpang MPV 7 tempat duduk ini sentiasa dilindungi dengan baik.

Anda berminat dengan Nissan Serena J IMPUL?

Jika ya, ia kini sudah berada di bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia untuk dilihat dan dipandu uji.

Bagi pelanggan yang tidak dapat mengunjungi bilik pameran Nissan, mereka boleh mengakses maklumat produk yang diperlukan dan mendapat pandu uji Serena depan pintu dari keselesaan rumah mereka melalui Bilik Pameran Dalam Talian Nissan di https://nissan.com.my/onlineshowroom/.

Untuk keterangan lanjut, layari www.nissan.com.my.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1185

SELANGOR

BST1065

JOHOR

JC7982J

PULAU PINANG

PSE9055

PERAK

APK8274

PAHANG

CFH5068

KEDAH

KGH6449

NEGERI SEMBILAN

NEL5204

KOTA KINABALU

SJT6328

KUCHING

QAB4328P

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

16-01-2026
Global

19-12-2025
Kereta Baru

05-12-2025
Teknologi

12-03-2025
Global

29-11-2024
Berita Auto

20-05-2024
Global

16-01-2024
Berita Auto

04-01-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.