ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Terima Kasih Rakyat M'sia Kerana Terus Sokong PROTON

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta nasional PROTON sekali lagi mencatatkan sejarah apabila jualan keretanya mencecah kepada  77,321 unit dimana 28 peratus meningkat bagi separuh pertama tahun 2023.

Bagi bulan Jun, jumlah volum industri (TIV) dianggarkan sebanyak 61,900 unit dan hasilnya, pegangan pasaran PROTON dianggarkan pada 23.2% .

Screenshot-2023-07-05-134011.png

Sementara itu, angka pegangan pasaran tahun sehingga kini telah meningkatsemula kepada 21.3%, satu peningkatan sebanyak 3.2 % dalam tempoh yang sama dari tahun 2022. 

Ini adalah angka pertumbuhan tertinggi dalam  kalangan lima jenama teratas di pasaran automotif Malaysia, yang juga meningkat sebanyak 9.4% pada separuh pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, prestasi PROTON pada separuh pertama tahun 2023 patut diberi perhatian kerana kami mencapai permulaan tahunan yang terbaik sejak tahun 2012 dan juga berada di landasan untuk pertumbuhan jualan bagi tahun kelima berturut-turut. 

Angka-angka itu menunjukkan permintaan untuk produk kami kekal kukuh walaupun unjuran pengurangan kuasa beli untuk pengguna, dan ini terbukti dengan kadar pertumbuhan kami yang mengatasi pasaran keseluruhan lebih tiga kali ganda. 

image.png

“Ia juga menunjukkan bahawa strategi kami menawarkan produk berkualiti tinggi dengan teknologi ketersambungan pada harga yang berbeza-beza membolehkan kami meliputi sebahagian besar pembeli kereta Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihaknya yakin mereka mempunyai produk dan strategi promosi untuk meneruskan trajektori pertumbuhan.

image.png

“Kami juga akan melaksanakan rancangan kami untuk mengemas kini rangkaian , melancarkan pasaran EV Malaysia dengan PRO-NET dan meningkatkan lagi kualiti produk melalui pelaburan yang diumumkan tahun ini bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran,” tambahnya.

5 MODEL PALING LARIS.

PROTON SAGA

image.png

Untuk makluman, Proton Saga mendahului semula sedan segmen-A dengan melepasi 6,000 unit buat kali ketiga tahun ini setelah mengakhiri bulan Jun dengan 6,111 unit. 

Secara kumulatif, 33,325 unit telah dijual setakat ini, yang juga merupakan prestasi terbaik model itu sejak tahun 2012.

PROTON X90

image.png

Penyerahan Proton X90 kini telah bermula dengan giat dan meningkat lebih daripada empat kali ganda pada bulan Jun. 

Sebanyak 1,082 unit kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton telah diserahkan, yang meletakkan model itu terus di tangga teratas kategori SUV segmen-D.

PROTON PERSONA

image.png

Satu lagi model yang berada di puncak segmen pasarannya pada bulan Jun ialah Proton Persona. Dengan 2,254 unit dijual pada bulan Jun, ia mendahului semula sedan segmen-B sambil mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju segmen keseluruhan selepas enam bulan. 

Persona juga mencatatkan prestasi terbaik bagi Proton dari segi pertumbuhan jualan individu dengan peningkatan yang memberangsangkan sebanyak 79.4% walaupun terdapat saingan yang lebih baharu dan lebih mahal daripada jenama lain.

PROTON X50

image.png

Proton X50 mengekalkan kedudukannya bukan sahaja sebagai pendahulu keseluruhannya untuk SUV segmen-B, tetapi juga kedudukannya sebagai SUV paling popular di Malaysia, satu kejayaan yang dipegang sejak pelancarannya pada bulan Oktober 2020. 

Sebanyak 2,449 unit telah dijual pada bulan Jun manakala secara kumulatif, 17,562 unit telah diserahkan tahun ini, satu peningkatan sebanyak 9.9% berbanding tahun 2022.

PROTON EXORA

Peneraju segmen keseluruhan kelima Proton ialah Proton Exora, yang kekal tidak dicabar dalam pasaran MPV segmen-C. 

Untuk itu, kira-kira 368 unit telah dijual pada bulan Jun, membawa kepada peningkatan terkumpul sebanyak 21.5% dalam jualan. 

image.pngimage.png

Sementara itu, Proton Iriz mencapai 842 unit pada bulan Jun, ketiga terbaik dalam segmennya, tetapi jualan keseluruhan telah mencerminkan prestasi Persona dengan lonjakan 58.6% tahun ini. 

Malah, Proton X70 juga mencatatkan prestasi kedua terbaiknya untuk tahun ini dengan 1,245 unit dijual bulan lepas.

Pendek kata, semua model PROTON berjaya menawan hati rakyat Malaysia sekali gus membuatkan jualan kereta PROTON semakin melonjak.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW6479

SELANGOR

BSP7052

JOHOR

JYW1093

PULAU PINANG

PSB9635

PERAK

APH2414

PAHANG

CFG4179

KEDAH

KGF6933

NEGERI SEMBILAN

NEK3225

KOTA KINABALU

SJR7357

KUCHING

QAB7143N

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-03-2023
Berita Auto

27-02-2023
Berita Auto

04-01-2023
Berita Auto

19-08-2022
Berita Auto
Berita Auto

10-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.

06-05-2026
Berita Auto

Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.

06-05-2026
Berita Auto

Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton

Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.

06-05-2026
Berita Auto

Murid Maut Dilanggar Van

Tragedi di Pintu Pagar Sekolah: Murid Tahun 2 Maut Dilanggar Van.

06-05-2026
Berita Auto

Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%

MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.

05-05-2026
Berita Auto

Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini

Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.

05-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.