ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Unik! Elemen Retro & Futuristik Digabungkan Dalam Kabin MINI Cooper EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mini-Cooper-EV-(5).jpg


Seperti yang ramai sudah sedia maklum, MINI sedang membangunkan MINI Cooper versi elektrik atau EV generasi seterusnya yang dijangka akan membuat kemunculan dalam masa terdekat. Sebelum pengenalan globalnya, jenama ini telah mendedahkan reka bentuk luaran dan dalaman hatch EV baharu ini yang menggabungkan elemen retro-futuristik.


KABIN MINI COOPER EV


Mini-Cooper-EV-(6).jpg


Kabin MINI Cooper EV baharu tidak lagi dilengkapi dengan paparan instrumen digital di belakang stereng, sebaliknya, pemandu hanya akan mendapat paparan-atas-kepala (HUD) yang besar. Pada bahagian stereng masih terdapat butang fizikal untuk kawalan sistem pemanduan dan infotainmen.


Mini-Cooper-EV-(1).jpg


Bahagian dashboard menggunakan upholsteri fabrik dengan corak gradient berwarna kelabu di bahagian pemandu dengan transisi kepada corak houndstooth. Menambah elemen futuristik kepada corak retro ini, sistem pencahayaan ambien yang ditambah pada bahagian bawah dashboard depan.


Selain itu, MINI Cooper EV baharu turut dilengkapi dengan paparan infotainmen berbentuk bulat, yang berfungsi sebagai paparan sekunder pemandu. Di bawah paparan tersebut terdapat sebuah panel kawalan berbentuk bundar kecil dengan butang kawalan fizikal dan juga kawalan jenis butang dial. 


REKA BENTUK LUARAN MINI COOPER EV


P90502122_highRes.jpg


Sebelum ini, MINI telah mendedahkan beberapa imej teaser yang memperlihatkan beberapa sentuhan rekabentuk yang diberikan kepada MINI Cooper EV generasi seterusnya. Di bahagian hadapan, hatch ini kini menggunakan gril depan faux berbentuk oktagon yang lebar. Lampu hadapannya pula masih lagi mengekalkan bentuk bulat eksklusif MINI, namun kali ini, lampu tersebut dilengkapi dengan bar cahaya LED yang memanjang di bahagian dalam. 


Mini-Cooper-EV-(2).jpg


Dari sisi, MINI generasi seterusnya masih mengekalkan bentuk hatch dengan cermin hadapan yang kini memiliki sudut yang lebih tajam, membuatkannya kelihatan lebih sporty. Sebagai EV, kedua-dua sudut iaitu bahagian hujung depan dan belakang kereta ini lebih pendek daripada sebelumnya, memberikan lebih banyak ruang kabin dan kargo.


Mini-Cooper-EV-(3).jpg


Di bahagian belakang, model baharu ini mempunyai lampu belakang LED berbentuk segi tiga, dengan kedua-dua lampu dihubungkan oleh bar lebar berwarna hitam. Seperti banyak kereta moden hari ini, model MINI ini juga mempamerkan tulisan nama model dan bukan hanya logo seperti pada model-model lama.


Mini-Cooper-EV-(4).jpg


CIRI MEKANIKAL MINI COOPER GENERASI AKAN DATANG


Berkenaan ciri mekanikalnya, MINI Cooper generasi seterusnya akan datang dalam kedua-dua trenkuasa, EV dan ICE - kedua-duanya menggunakan platform yang berbeza. Varian asas MINI Cooper E EV akan dilengkapi dengan motor elektrik tunggal yang terletak di hadapan dengan kuasa 181 hp, dikuasakan oleh bateri 40.7-kWh, yang memberikan MINI kemampuan mencapai jarak perjalanan sehingga 300 km dengan sekali cas.


P90502109_highRes.jpg


Sementara itu, MINI Cooper SE yang lebih tinggi pula mendapat sistem motor elektrik dengan kuasa 215 hp yang lebih berkuasa, serta bateri 54.2-kWh yang lebih besar. Model ini dikatakan mempunyai jarak perjalanan EV maksimum 400 km. 


P90502162_highRes.jpg


Dengan pendedahan pelbagai ciri penting ini, mungkin sudah tiba masanya untuk MINI Cooper EV membuat kemunculan global. Untuk mengetahui perkembangan mengenai perkara ini dari masa ke masa, ikuti kami di Facebook.

P90502113_highRes.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE1786

SELANGOR

BSR2364

JOHOR

JYB5203

PULAU PINANG

PSD4033

PERAK

APJ4758

PAHANG

CFG9187

KEDAH

KGG7312

NEGERI SEMBILAN

NEK7628

KOTA KINABALU

SJS6534

KUCHING

QAB857P

Terakhir Kemas Kini 29 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

31-01-2024
EV

06-12-2023
EV

16-10-2023
EV

06-05-2023
Global

04-04-2023
EV

01-03-2023
EV

04-07-2024
Teknologi

28-07-2023

Berita Terkini

EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026
EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026
EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.