ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Volkswagen Tiguan Allspace 2023 Kini Dengan ADAS IQ.Drive – Harga Dari RM165K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_VW-Tigual-Allspace-IQ.Drive_1.jpg

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengemaskini SUV 7 tempat duduk Tiguan Allspace dalam model terbaru bagi tahun 2023. Kemaskini ini melibatkan penambahan teknologi sokongan pemandu aktif (ADAS) IQ.Drive.

Dengan IQ.Drive, Tiguan Allspace kini dilengkapi dengan bantuan pemandu separa-autonomi seperti Bantuan Hadapan, Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Sisi, Amaran Lintasan Trafik Belakang, dan Bantuan Lorong. Menurut VPCM, ini dapat menjamin perjalanan yang lebih selesa dan selamat. 

web_VW-Tigual-Allspace-IQ.Drive_4.jpgweb_VW-Tigual-Allspace-IQ.Drive_5.jpg

Selain ciri ADAS baharu, Tiguan Allspace 2023 juga dilengkapi dengan pad pengecas telefon pintar tanpa wayar sebagai kelengkapan standard untuk semua varian.

Seperti sebelum ini, Tiguan Allspace ditawarkan dalam tiga varian, iaitu varian asas 'Life', varian sederhana 'Elegance', dan varian paling tinggi, R-Line 4Motion yang lebih berprestasi. Tiada perubahan mekanikal dilakukan, bermakna kedua-dua varian Life dan Elegance masih menggunakan enjin petrol 1.4L TSI 4-silinder yang mana kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi DSG 6-kelajuan, dengan output tertinggi, 148 hp/250 Nm. Purata penggunaan bahan api model ini ialah 7.7L/100 km.

web_VW-Tigual-Allspace-IQ.Drive_8.jpgweb_VW-Tigual-Allspace-IQ.Drive_7.jpg
web_VW-Tigual-Allspace-IQ.Drive_9.jpgweb_VW-Tigual-Allspace-IQ.Drive_10.jpg

Varian tertingginya pula, Tiguan 2.0 R-Line 4Motion juga masih menggunakan enjin sama iaitu enjin petrol 2.0L TSI 4-silinder, memberikan 217 hp dan tork 350 Nm. Kuasa dikendalikan oleh transmisi automatik DSG 7-kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Motion, yang menjanjikan prestasi yang lebih lancar dan bertenaga.

Antara ciri menarik dalam varian teratas ini termasuk sistem audio premium Harman Kardon dengan 10 speaker berkuasa 480 watt, serta set rim aloi sporty Sebring 19-inci. Kelengkapan standard untuk kesemua varian termasuk kawalan pendingin hawa 3 zon, bukaan but automatik, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, skrin infotainment 9.2-inci, dan banyak lagi.

web_VW-Tigual-Allspace-IQ.Drive_2.jpg

Volkswagen Tiguan Allspace 2023 yang telah dikemaskini dengan IQ.Drive ditawarkan pada harga RM165,990 (Life), RM194,990 (Elegance), dan RM245,990 (R-Line 4Motion) - harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insurans yang termasuk Volkswagen Assurance Package (VAP) yang baru diumumkan.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ8073

SELANGOR

BST8607

JOHOR

JE5310J

PULAU PINANG

PSF7012

PERAK

APL5923

PAHANG

CFH7863

KEDAH

KGJ1954

NEGERI SEMBILAN

NEL9407

KOTA KINABALU

SJU2080

KUCHING

QAB5938P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

19-06-2026
Kereta Baru

05-11-2025
Kereta Baru

05-11-2025
Gaya Hidup

22-07-2025
Berita Auto

13-06-2025
Kereta Baru

03-01-2025
Pandu Uji

16-10-2024
Berita Auto

06-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.