ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo Bakal Lancar MPV EV Tidak Lama Lagi?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ini sudah bukan rahsia lagi apabila dilaporkan bahawa pembuat kereta terkenal Sweden, Volvo sedang membangunkan model MPV elektrik pertamanya.

MPV Volvo ini dijadualkan memasuki pasaran pada hujung tahun ini.

Malah, Volvo sudah pun menjalankan ujian jentera ini di jalan raya memandangkan beberapa gambar spyshot dirakam  di China baru-baru ini.

Seperti mana-mana model baharu yang melakukan ujian di jalan raya, badan MPV itu juga tidak terkecuali daripada diselubungi dengan camo yang padat.

Namun membelek foto yang tersebar itu, anda boleh melihat dengan jelas siluetnya agak dan ia hampir serupa dengan, MPV EV Zeekr 009.

image.png

Maka tidak hairanlah, bahawa kedua-dua model itu berkongsi platform SEA EV yang sama dibina Geely, yang juga telah digunakan oleh Volvo EX30 baharu.

image.png

Untuk makluman anda, Zeekr 009 didatangkan dengan dua pilihan bateri dimana  pek bateri litium-nikel-mangan-kobalt,versi 116 kWj  mampu bergerak sejauh 702 kilometer.

image.png

Sementara itu,  pek bateri 140-kWj yang lebih besar pula bole bergerak sejauh 822 km dengan hanya sekali cas. 

Bateri tersebut menghasilkan susun atur dwi-motor yang sama dimana ia  menghasilkan kuasa sebanyak 544 hp dan 686 Nm.

Membelek semula gamabr spyshot itu, garis bonetnya agak tinggi manakala gaya  badannya pula seperti kotak biasa.

Biarpun, ia disalut dengan pelekat penyamaran namun anda boleh melihay lampu hadapan dan lampu belakangnya.

Kedua-dua lampu ini kelihatan hampir sama dengan lampu EX90 dan EX30. 

Walaupun kami tidak mempunyai ukuran yang tepat bagi MPV baharu ini, namun gambar menunjukkan bahawa saiznya lebih kurang sama dengan Zeekr 009.

image.pngimage.png

Menyentuh mengenai Zeekr 009, ia menampilkan dimensi panjang 5,209 mm, lebar 2,024 mm, tinggi 1,856 mm dan jarak roda sejauh 3,205 mm.

Jadi, sekiranya saiz MPV Volvo sepadan dengan saiz Zeekr 009, maka model baharu itu akan bersaiz sama dengan  MPV Hyundai Motor seperti Hyundai Staria dan Kia Carnival.

Ini juga akan menjadikan Volvo MPV baharu ini  menjadi model terbesar Volvo setakat ini, malah lebih besar daripada dua tawaran tujuh tempat duduk semasa - Volvo EX90 dan XC90.

image.png

Menyentuh kabinnya, walaupun tidak banyak dapat dilihat mengenai rekaan kabinnya namun kami yakin ia akan menggunakan susunan atur tujuh tempat duduk 2-2-3 yang sama seperti Zeekr 009. 

Bagaimanapun, kami tidak dapat memastikan sama ada Volvo MPV akan menerima ciri kemewahan yang sama MPV dari China.

image.png

Ia akan dilancarkan pada suku keempat pada tahun 2023 model Volvo baharu ini bukan sahaja akan menjadi model EV MPV pertamanya, tetapi juga model minivan pertama yang sesuai. 

Bagi harganya, kami boleh menjangkakan harganya agak mahal sedikit berbanding harga  Zeekr 009 iaitu 499,000 hingga 588,000 CNY (RM322,000 hingga RM379,431 lebih kurang) di pasaran China.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9142

SELANGOR

BSQ9127

JOHOR

JYB375

PULAU PINANG

PSD1837

PERAK

APJ3044

PAHANG

CFG8104

KEDAH

KGG5684

NEGERI SEMBILAN

NEK6829

KOTA KINABALU

SJS4605

KUCHING

QAB221P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-02-2026
Teknologi

25-11-2025
Kereta Baru
Berita Auto

30-06-2025
Kereta Baru

14-05-2025
Kereta Baru
Global

Berita Terkini

EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.