[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
Sofea Najmi
15-4-2025
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia. Perjalanan kami bermula dari bilik pameran Zeekr di IOI Puchong, Selangor menuju ke Batu Ferringhi, Pulau Pinang, jarak perjalanan hampir mencecah 400 km dengan tempoh kira-kira 5-6 jam.
Untuk makluman pembaca, Zeekr 009 ditawarkan dalam dua versi iaitu versi Luxury, 7 tempat duduk dengan konfigurasi 2-2-3 yang praktikal untuk keluarga dan versi Ultra Luxury, 6 tempat duduk dengan konfigurasi 2-2-2 yang lebih mewah dan eksklusif.
Reka Bentuk Ikonik Tarik Perhatian Ramai
Sepanjang perjalanan, jentera ini menyerlah dengan reka bentuk ‘berani’ dari segenap sudut. Walaupun kini semakin banyak model kereta dengan rekaan futuristik di jalan raya, tiada yang mempu menandingi aura futuristik rekaan Zeekr 009, lebih-lebih lagi dengan ukuran badan gergasinya yang memanggil-manggil untuk dipandang.
Gergasi ‘Lincah’
Penulis berpeluang untuk menjadi pemandu pertama dalam sesi pandu uji ini, yang mana perjalanan bermula di dalam trafik yang agak sesak di sekitar Puchong menuju ke Lebuhraya KESAS dan ELITE. Sesekali ketika trafik lancar, sempat menguji kemampuan model ini untuk meluncur.
Untuk sebuah jentera yang besar (lebih besar daripada pesaingnya, Alphard dan Vellfire), EV ini dapat meluncur laju dengan lancar, dan mudah untuk dikawal. Terasa ringan untuk sebuah jentera gergasi, cukup berkuasa sehingga membuatkan penulis tersengih sendiri kerana dapat meninggalkan kereta 'premium' lain yang juga laju di belakang. Pada kelajuan tertinggi yang dapat kami capai, 190 km/j jentera terasa masih stabil.
Berdasarkan angka yang dikongsikan di atas kertas, model ini dikuasakan dua motor elektrik (depan dan belakang), Zeekr 009 menghasilkan kuasa 603 hp (450 kW) dan tork 693 Nm, membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.5 saat, luar biasa untuk sebuah MPV hampir 3 tan!
Suspensi Udara Pintar Jamin Keselesaan
Sistem suspensi dual-chamber air suspension memberikan pengguna pilihan mod suspensi sama ada Very High, High atau Standard.
Selain itu, model ini turut didatangkan dengan lima mod pemanduan iaitu Comfort, Eco, Sport, Snow dan Individual. Penulis mendapati mod ‘Sport’ lebih sesuai untuk lebuh raya Malaysia.
Dalam mod ‘Comfort’ jentera dirasakan terlalu ‘berayun’ atau floaty seperti memandu di atas air, sehingga membuatkan penumpang di barisan depan termasuk pemandu terasa sedikit pening memandangkan kebanyakan laluan yang ditempuhi agak beralun. Namun, sebaik mod ‘Sport’ diaktifkan, pemanduan terasa lebih selesa dan meyakinkan.
EV Jarak Jauh Sebenar
Jika difikirkan, lebih besar jentera, lebih mudah tenaga bateri untuk ‘hilang’, namun tidak bagi Zeekr 009. Walaupun pendingin hawa dihidupkan hampir sepenuh masa pada suhu paling rendah ‘Low’ atau 16 darjah Celsius memandangkan cuaca agak panas, dengan sesekali pedal ditekan untuk menguji kemampuan, serta menempuhi kesesakan trafik di awal perjalanan dan juga semasa tiba di Pulau Pinang, kami berjaya tiba ke Batu Ferringhi, Pulau Pinang tanpa berhenti walau sekali untuk mengecas bateri, dengan baki perjalanan dalam 61 km.
Jangkaan jarak EV yang dinyatakan di awal perjalanan ialah 565 km (kiri) dan baki jarak EV sebaik tiba di Batu Ferringhi ialah 61 km (kanan)
Bagaimanapun, sekiranya bateri perlu dicas, masa yang diambil tidak terlalu lama. Dengan pengecas pantas, jentera ini boleh dicas dari 10-80% dalam masa sepantas 30 minit.
Zeekr 009 menggunakan teknologi bateri berkapasiti tinggi, 116 kWj dan memiliki sistem AWD pintar "Lightning Switch Intelligent AWD" yang membantu jentera menggunakan tenaga dengan efisien
Dengan cas penuh, Zeekr 009 dikatakan boleh mencapai jarak perjalanan maksimum sehingga 582 km, berdasarkan standard WLTP, yang dibekalkan oleh pek bateri berkapasiti tinggi, 116 kWj.
Dalam perjalanan balik daripada Pulau Pinang, kami berhenti seketika di Shell Recharge Tapah untuk mengecas Zeekr 009
Selain bateri yang besar, faktor lain yang membantu Zeekr 009 menggunakan tenaga dengan efisien ialah kehadiran sistem pintar "Lightning Switch Intelligent AWD" yang mana sistem trenkuasanya boleh bertukar daripada pacuan semua roda (AWD) kepada pacuan roda belakang (RWD) secara automatik bergantung kepada gaya pemanduan.
AWD hanya diaktifkan apabila kuasa diperlukan iaitu semasa pemanduan agresif, manakala RWD digunakan untuk menjimatkan tenaga ketika pemanduan santai.
Selain itu, sepertimana kebanyakan EV lain, model ini hadir dengan sistem regenerative braking termasuk pemanduan one-pedal yang membantu penjanaan tenaga bateri sambil memandu.
Sistem one-pedal model ini cukup selesa untuk digunakan, tanpa rasa seperti berhenti terlalu mendadak apabila pedal dilepaskan.
Teknologi Pemanduan Pintar
Di sepanjang perjalanan, kami dapat menguji kemampuan beberapa ciri yang ditawarkan seperti kawalan jelajah adaptif yang dapat diaktifkan dengan mudah melalui butang kawalan pada stereng. Sebaik diaktifkan, kenderaan boleh meluncur dengan sendiri pada kelajuan sama seperti yang ditetapkan di awal pengaktifan, dalam masa yang sama, mengekalkan jarak selamat.
Zeekr 009 hadir dengan beberapa ciri canggih termasuk sistem pemantauan pemandu yang terletak di sebalik stereng (kiri) dan ACC yang boleh diaktifkan dengan mudah melalui butang kawalan pada kiri stereng (kanan)
Ciri ini masih boleh berfungsi dalam keadaan trafik perlahan dan boleh berhenti secara automatik sekiranya kenderaan di hadapan berhenti, sebelum bergerak semula apabila trafik mula bergerak.
Zeekr 009 dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, model ini menjanjikan perlindungan 720 darjah atau "perisai keselamatan penuh" sekiranya berlaku kemalangan
Ciri yang dipanggil “ACC with Low-Speed Follow” ini berfungsi hasil gabungan kamera dan radar di sekeliling kenderaan, sangat menarik untuk pemanduan yang relaks terutama dalam keadaan trafik yang tidak menentu di bandar.
Bantuan pemandu seperti bantuan kekal lorong juga selesa untuk dimanfaatkan. tidak terlalu 'menyibuk' atau kasar, kerana ada sesetengah kereta yang agak agresif membetulkan kedudukan pemandu untuk kekal lurus di jalan.
Keselesaan Perjalanan Jarak Jauh
Kecanggihannya tidak terhenti pada aspek pemanduan sahaja, model ini turut disematkan dengan pelbagai ciri menarik yang menjadikan kabin selesa tak ubah “seperti di rumah.”
Perkara pertama yang mencuri jiwa penulis ialah tempat duduknya dalam balutan kulit Nappa yang sangat lembut dan empuk.
Selain itu, tempat duduk barisan kedua terutamanya, hadir dengan ciri Eames Lounge Chair Mode atau mod kerusi santai yang mana tempat duduk boleh ditumbangkan ke belakang, dengan sistem perehat kaki yang boleh dilaraskan. Ciri-ciri ini boleh dikawal melalui butang kawalan pada sisi kerusi.
Cara paling mudah untuk berada dalam mod santai ini adalah dengan membuka ciri scene audio melalui skrin besar khas untuk penumpang belakang. Di sini, beberapa ‘suasana relaks’ ditawarkan seperti Night Camping, Mysterious Universe, Rain Indoors dan sebagainya yang sebaik diaktifkan, akan meletakkan tempat duduk dalam mod santai secara automatik dengan audio menenangkan akan bermain di speaker.
Sistem Audio yang Mengasyikkan
Zeekr 009 menawarkan pengalaman audio yang agak menakjubkan untuk sebuah kenderaan. Sistem audionya terdiri daripada 30 unit speaker teknologi Yamaha, sembilan daripadanya ditempatkan di siling. Yang menariknya, pada setiap perehat kepala juga terdapat speaker khas.
Speaker pada perehat kepala ini membolehkan penumpang kiri dan kanan untuk memilih sama ada ingin mendengar muzik atau tidak.
Zeekr Janji Sentiasa Kemas Kini Sistem
Dalam sesi soal jawab bersama media yang diadakan, Zeekr Malaysia memaklumkan bahawa ciri-ciri MPV mewah ini akan sentiasa ditambahbaik dari masa ke masa dengan mudah secara over-the-air (OTA). Ini bermakna, lebih banyak lagi ciri menarik dan peningkatan sistem bakal ditawarkan pada masa akan datang.
Berbaloi Atau Tidak?
Untuk sebuah EV futuristik yang mewah dan sarat dengan teknologi canggih, Zeekr 009 membuktikannya sebagai jentera yang berbaloi untuk dimiliki, lebih-lebih lagi dengan harga yang jauh lebih rendah, iaitu bermula dari hanya RM349,800, atas jalan tidak termasuk insurans. Harga jualannya ini hampir RM200,000 lebih murah berbanding Vellfire dan hampir RM100,000 lebih rendah berbanding Alphard. Apa pendapat anda? Adakah ciri-ciri yang ditawarkan Zeekr 009 cukup menarik?
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPD5920
SELANGOR
BSE8143
JOHOR
JXX6702
PULAU PINANG
PRQ7269
PERAK
ANV8184
PAHANG
CFB7859
KEDAH
KGA6086
NEGERI SEMBILAN
NEF9162
KOTA KINABALU
SJK9847
KUCHING
QAB3745L
Terakhir Kemas Kini 21 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.77
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.97
-0.03
Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025
Berita Berkaitan
Zeekr 009 Executive Kini Dengan Suspensi Udara Dwi-Ruang – Lebih Selesa
Selepas kemunculan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 baru-baru ini, Zeekr Malaysia kini memperkenalkan penambahbaikan pada varian Zeekr 009 Executive.
15-05-2025
ZEEKR 009, ZEEKR X Dilancar, Harga Bermula Dari RM156K&RM350K
Zeekr Malaysia yang dioperasikan oleh Sentinel Automotive melancarkan model pertama MPV EV Zeekr 009 dan Zeekr X, sebentar tadi.
06-12-2024
Zeekr 009: Pesaing Alphard, Vellfire Dah Sampai, Ada 2 Varian, Harga BAWAH RM370K Sahaja!
Tempahan Zeekr 009 sudah dibuka.
12-10-2024
Jom Lihat EV Premium Zeekr X & Zeekr 009 Di Sunway Pinnacle – Minat Terus Tempah!
Kenderaan elektrik (EV) Zeekr X dan Zeekr 009 kini membuat kemunculan pertama untuk tontonan umum.
08-10-2024
Tempahan EV Zeekr X & Zeekr 009 Kini Dibuka – Anggaran Dari RM180K & RM370K
Zeekr Malaysia (Sentinel Automotive) telah membuka tempahan bagi dua model pertamanya untuk pasaran tempatan iaitu SUV crossover Zeekr X dan MPV Zeekr 009. Ini yang perlu anda tahu...
04-10-2024
Ini Dia Pencabar Vellfire, Alphard, Zeekr 009, Pengecasan Bateri Paling Laju, SAH Masuk M'sia
Geely melancarkan secara rasminya MPV elektriknya, Zeekr 09 di pasaran Thailand, baru-baru ini.
24-09-2024
MPV Elektrik Zeekr 009 Dikesan Di Jalan Raya Malaysia – Pelancaran Semakin Hampir?
Jenama kenderaan elektrik (EV) mewah milik Geely, Zeekr, dijangka akan membuat kemunculan rasmi di Malaysia tidak lama lagi.
05-08-2024
Zeekr X Bakal Dipertontonkan Dalam Acara Eksklusif Bersama Rakan Niaga, Hampir Dilancarkan?
Geely dilaporkan akan mula melangkah masuk ke dalam pasaran Malaysia.
10-06-2024
Berita Terkini
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat