911 GT3 RS: Harga RM2.63 Juta

Porsche Malaysia melancarkan secara rasminya, 911 GT3 RS yang dijual pada harga RM2.63 juta.
Jentera itu yang dikuasakan oleh enjin flat-six 4.0 liter NA mampu menghamburkan kuasa setinggi 525 hp dan tork maksima 465 Nm.
Dipadankan dengan kotak gear Porsche Doppelkupplung (PDK) tujuh kelajuan, ia mampu mencapai pecutan dari 0 hingga100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 3.2 saat sahaja.
Lebih menarik, ia boleh mencapai tahap kelajuan puncak 296km/j pada gear ketujuh.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata, 911 GT3 RS menayangkan fokus yang luar biasa dengan dinamik kereta lumba.
“Ia mampu menghasilkan tahap prestasi hampir seperti kereta Cup yang sangat disanjung oleh komuniti peminat trek kami yang kian berkembang.
“Dengan rekod kejayaan di litar dan jalan raya, kami amat berbangga untuk memperkenalkan model yang dinanti-nantikan ini pada hujung minggu perlumbaan Piala Porsche Carrera Asia 2023 yang kedua di Malaysia, untuk meningkatkan semangat sukan permotoran,” katanya.
Difahamkan, jentera ini menerima beberapa penambahbaikan yang ketara dalam prestasi aerodinamik memandangkan konsep radiator
tengah inovatif berasal daripada 911 RSR yang berjaya dalam juara kelas Le Mans dan seterusnya diterima pakai oleh 911 GT3 R.
Ia kini menampilkan radiator tengah bersudut bersaiz besar yang diletakkan di bahagian hadapan kereta.


Dengan elemen sayap yang boleh dilaraskan di hadapan dan sayap dwi-bahagian di belakang, seiring dengan beberapa lagi aturan aerodinamik tambahan, ia mampu mencapai daya mendap sebanyak 409kg pada 200 km/j.
Ini menandakan bahawa 911 GT3 RS baharu menghasilkan dua kali ganda daya mendap daripada 991.2 generasi sebelumnya dan tiga kali ganda daya mendap bagi 911 GT3 semasa.
Jumlah daya mendap pada kelajuan 285 km/j ialah 860kg.

Malah, sistem pengurangan seretan (‘Drag Reduction System’ atau DRS) juga disertakan dimana ia adalah antara julung kalinya berlaku dalam pengeluaran Porsche.
Menjengah bahagian reka bentuk 911 GT3 RS, ia merangkumi Jaluran Louvred yang terletak di atas sayap hadapan yang hampir menyerupai juara Le Mans 911 GT1 yang ikonik.


Sementara itu bahagian dalamannya pula, mempunyai estetika RS biasa: komposisi permukaan kulit hitam, kemasan Racetex dan anyaman karbon mewujudkan suasana yang tulen dan sporty.
911 GT3 RS menawarkan pakej Clubsport tanpa caj tambahan! Ia merangkumi rollover bar keluli, alat pemadam api ringan dan tali pinggang keledar enam mata untuk pemandu.

Ditawarkan dengan kos tambahan pula, pakej Weissach menawarkan pelbagai peningkatan yang lebih meluas.
Pilihan premium ini merangkumi kemasan tenunan karbon pada penutup hadapan, bumbung, bahagian sayap belakang dan bahagian atas cengkerang cermin luaran.

Pakej ini menggabungkan anti-roll bar depan dan belakang, rod gandingan belakang, dan shear panel pada gandar belakang, semuanya diperbuat daripada CFRP bagi meningkatkan dinamik pemanduan dengan ketara.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web di https://bit.ly/911GT3RS-launch.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


