Harga Emira, "Semanis" Namanya.

Model Emira i4 First Edition yang dijual pada harga cukup istimewa iaitu RM999,800 sudah dibuka untuk tempahan mulai hari ini.
Untuk makluman anda, tawaran eksklusif untuk model Lotus terakhir yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman itu hanya sah untuk kenderaan tahun 2023.
Ini bermakna selepas tahun 2023, harga sebenarnya adalah RM1,095,000 di Semenanjung Malaysia manakala RM509,000 di Langkawi.
Jadi, jika sudah tergoda, tunggu apa lagi, tempahlah sekarang!
Pengarah Urusan Lotus Cars Malaysia, Jack Zaal berkata, sebagai model terakhir Lotus yang dikuasakan oleh enjin petrol, Emira ialah sebuah model klasik untuk masa depan.
“Dengan trenkuasa berprestasi tinggi, sistem stereng inovatif dan suspensi ringan yang ditala dengan penuh teliti sebenarnya bertujuan untuk memberikan pengalaman pemanduan sebuah kereta sports sebenar yang boleh diharapkan daripada sebuah Lotus,” katanya.
Sedikit info mengenai jentera ini, ia disumbat dengan enjin empat silinder yang paling berkuasa daripada Lotus.

Ia yang didatangkan dengan dua tempat duduk itu mendapat prestasi luar biasa daripada enjin aluminium 2.0 liter turbo yang dipadankan bersama kotak gear klac berkembar (DCT) lapan kelajuan automatik yang diambil daripada Mercedes- AMG.
Pembangunan tambahan yang dilakukan oleh Lotus termasuklah sistem pengambilan udara dan ekzos baharu.
Tidak ketinggalan satu kaliberasi khas untuk dipadankan dengan pemetaan penukaran gear baharu yang membolehkan enjin Emira i4 menjana kuasa sehingga 360bhp pada 6,600rpm dan tork 430Nm pada 3,000-5,500rpm.
Emira i4 bukan sahaja menyerlah dari segi prestasi tetapi mampu mencapai kelajuan 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 4.4 saat manakala pecutan maksimum pula adalah 290km/j.
Biarpun, berkuasa padu, ia boleh digunakan untuk kegunaan harian.
Difahamkan, kereta pertama pelanggan dijangka tiba pada November tahun ini.

Sementara itu, mereka yang berminat untuk melihat Emira i4 dijemput datang ke Lotus Store di Level 3, Pavilion Kuala Lumpur.
Bilik pameran dibuka bermula 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari dan pakar Lotus sentiasa bersiap sedia jika pelanggan mahu menambah spesifikasi kereta mereka.
Lotus Emira i4 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun dan perbatuan tanpa had.
Untuk pertanyaan atau temu janji dengan Pakar Lotus, sila hubungi 016-6112388.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.lotuscars.com.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


