Akademi Khas Untuk Asah Kemahiran Pekerja

Sime Darby Motors, Retail & Distribution baru sahaja membuka akademi latihan komprehensif untuk mengasah kemahiran tenaga pekerjanya dengan pengetahuan terkini dalam industri automotif.
Retail & Distribution Academy yang berkelas dunia itu dikatakan mampu menampung sehingga 163 pelatih dalam satu masa.
Untuk itu, terdapat dua jenis latihan yang disediakan iaitu Latihan teknikal dan bukan-teknikal untuk menepati keperluan Pensijilan Prinsipal.

Ia dikendalikan oleh 11 jurulatih dalaman yang telah menjalani pensijilan yang sama oleh jenama utama dunia yang diwakili oleh Sime Darby Motors.
Bagi latihan kedua, ia membabitkan program latihan Sime Darby Motors, yang memberi tumpuan terhadap pembangunan bakat untuk mempertingkatkan kemahiran berorganisasi dan pengetahuan.
Program ini melibatkan pembangunan peribadi dan profesional, pemerkasaan kemahiran, khidmat pelanggan, teknik mendapatkan jualan dan banyak lagi.
Dikhabarkan, latihan akan dijalankan oleh jurulatih profesional dalaman, serta rangkaian penyedia latihan luaran bertauliah.

Pengarah Urusan, Sime Darby Motors, Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, pihaknya sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada semua pelanggan.
“Retail &Distribution Academy ini akan menjadi platform penting untuk meningkatkan kemahiran, sekali gus membolehkan kami untuk menstrukturkan program latihan untuk menggalakkan pembelajaran berterusan,” katanya dalam stau kenyataan.
Malah, demi memastikan tenaga kerja berdaya maju dan berkemahiran tinggi untuk jualan EV serta khidmat lepas jualannya, akademi itu turut dilengkapi dengan kenderaan latihan, perkakas latihan, makmal komputer dan lain-lain kelengkapan yang berkaitan EV untuk membolehkan pekerja membangunkan kemahiran mereka seiringan.
Akademi itu juga membolehkan Sime Darby Motors mengumpul sumber kemahiran, pengetahuan dan amalan terbaik untuk dikongsi dengan seluruh organisasi supaya latihan pekerja lebih cekap dan berkesan.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY352
SELANGOR
BSU9632
JOHOR
JH2571J
PULAU PINANG
PSH3441
PERAK
APM8489
PAHANG
CFJ3812
KEDAH
KGJ7704
NEGERI SEMBILAN
NEM5592
KOTA KINABALU
SJV1353
KUCHING
QAB9780P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BYD M6 Dilancar, Ada 2 Varian: Harga Bermula Dari RM109,800
Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors akhirnya melancarkan secara rasminya MPV elektrik terbaharu, BYD M6 ke pasaran Malaysia, sebentar tadi.
15-10-2024
BYD Laku Keras, Sime Darby Motors Rai Pencapaian Jualan Lebih 10,000 Unit BYD Di M'sia
Sime Darby Motors meraikan pencapaian yang luar biasa apabila sebanyak 10,000 unit BYD sudah terjual di Malaysia.
07-10-2024
Berita Terkini
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge