BYD M6 Dilancar, Ada 2 Varian: Harga Bermula Dari RM109,800

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors akhirnya melancarkan secara rasminya MPV elektrik terbaharu, BYD M6 ke pasaran Malaysia, sebentar tadi.
BYD M6 untuk pasaran Malaysia didatangkan dalam dua varian: BYD M6 Standard dan BYD M6 Extended.

Bagi varian Standard, ia dijual pada harga RM109,800 manakala M6 Extended (.RM123,800). Bagaimanapun, harga tidak termasuk cukai jalan, caj pendaftaran dan insurans.
Varian Standard dipadankan dengan motor elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 120kW dan tork 310 Nm manakala Extended pula juga menerima motor tunggal dimana yang ini boleh menghasilkan kuasa 150kW dan tork 310 Nm.
BYD M6 dikuasakan oleh bateri BYD Blade . Untuk itu, varian Standard didatangkan dengan bateri berkapsiti 55.4kWh dan Extended (71.8kWh) dimana dua julat NEDC masing-masing 420km serta 530km.

Ini membolehkan Standard mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 10.1 saat, Extended pula 8.6 saat.
Dengan pengecasan pantas 115kW, bateri boleh dicas semula dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa 40 minit.
Dari segi dimensi, BYD M6 sepanjang 4,710 mm. selebar 1,810 mm. 1,690 mm (tinggi) manakala jarak rods pula 2,800 mm.
Menjengah bahagian luarannya, BYD M6 menampilkan penggayaan aerodinamik ala Muka Naga selain menawarkan rekaan yang cukup moden.

MPV ini juga hadir dengan saiz roda bersaiz 17 inci dan ruang but pula seluas 180 liter namun jika kerusi barisan ketiga direbahkan, maka ruang boleh menjadi seluas 580 liter.



Sebaik melangkah masuk ke dalam MPV elektrik ini, ia nyata menawarkan ruang kepala dan ruang kaki yang cukup luas.


Selain itu, MPV ini turut didatangkan dengan skrin sentuh berputar 12.8-inci yang dilengkapi dengan sistem BYD DiLink dan menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.


BYD M6 ini juga didatangkan dengan keupayaan Vehicle -to-Load, selain terdapat NFC Digital Key Function yang mana ia boleh disimpan menerusi telefon pintar.
Mengenai ciri-ciri keselamatannya, M6 ini cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan dimana ia menyediakan Sistem Pemantau Tekanan Tayar, Brek Parkir Elektrik, Kawalan Stabiliti Elektrik, Sistem Kawalan Cengkaman, ada kamera 360 darjah, kawalan jelajah auto hold dan ada radar di belakang.
Bagi varian Extended pula, ia hadir dengan beberpaa ciri tambahans seperti Brek Autonomi Kecemasan, Kawalan Jelajah Pintar, Amaran Perlanggaran Depan dan Belakang, Pengesan Titik Buta, Amaran Keluar Lorong.
Malah,kedua-dua varian juga didatangkan dengan enam beg udara dan menawarkan perluang untuk semua penumpang belakang.

Bagi yang berminat, BYD M6 ditawarkan dalam empat warna: Crystal White, Ink Stone Blue, Cosmos Black dan Harbour Grey.
Lebih menarik, BYD M6 didatangkan dengan pakej jaminan komprehensif termasuk jaminan selama 6 tahun atau 150,000 kilometer untuk kenderaan, 8 tahun atau 160,000 kilometer dengan 'State of Health' (SOH) melebihi 70 peratus untuk bateri, serta jaminan 8 tahun atau 150,000 kilometer untuk unit pemacu.
Bagi 300 pembeli terawal, mereka akan menerima Home Charger manakala 100 pembeli yang membuat tempahan BYD M6 pada majlis pelancaran BYD M6 pula akan menerima kredit pengecas bernilai RM800.
Untuk keterangan lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5408
SELANGOR
BST9876
JOHOR
JE7634J
PULAU PINANG
PSF8270
PERAK
APL7152
PAHANG
CFH8367
KEDAH
KGJ2490
NEGERI SEMBILAN
NEM670
KOTA KINABALU
SJU2779
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat