ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW X6: Kereta Kayangan Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Malaysia mengumumkan ketibaan jentera terbaharunya, BMW X6 xDrive40i M Sport di pasaran Malaysia, semalam.

Ia tampil dengan pelbagai ciri kemaskini untuk menonjolkan daya tarikan ‘sporty’ jentera Sports Activity Coupé.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, reka bentuk dan fungsi adalah sama penting dalam rekaan kenderaan BMW.

“Maka,  BMW X6 xDrive40i M Sport baharu membuktikan falsafah tersebut. Ia yang dilengkapi dengan  trenkuasa dinamik, serta gaya ‘sporty ‘ pada BMW X membuatkan ia menjadi satu definisi baharu selain siluetnya yang lebih kemas dan persis coupe,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Untuk makluman anda, jentera ini dijual pada RM 754,800.00 dengan waranti lanjutan  lima tahun dan Pakej Servis, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

image.pngimage.png

Namun harga ini adalah atas jalan, tidak termasuk insurans.

Ia menggunakan enjin petrol enam silinder 3.0 liter turbo, tetapi ditambah dengan sistem hibrid ringkas 48 volt yang membuatkan ia mampu menghamburkan kuasa 381 kk (280 kW) dan tork bernilai 540 Nm.

Ia mampu memecut dalam masa 5.4 saat manakala kelajuan tertingginya yang dihadkan pada 250 kilometer sejam (km/j).

Sebagai jentera Sports Activity Coupé, ia hadir dengan Adaptive M Suspension sekali gus meluaskan lagi pemanduan melalui opsyen mod Comfort dan Sport.

BAHAGIAN LUARAN:

Menjengah bahagian luarannya, ia bersifat ekstrovert kerana rupa parasnya menampilkan bilah gril ‘kidney’ BMW berbentuk tiga dimensi dan ia menggunakan sistem pencahayaan LED (Iconic Glow), bagi menyinari komponen gril ‘kidney’ berkenaan.

Ia juga dilengkapi dengan lampu utama LED adaptif dengan bantuan lampu tinggi, pakej M Sport, kemasan Shadowline, gril Iconic Glow menyala serta bumbung panoramik kaca.

image.png

Malah, terdapat salur masuk udara tiga segi yang baharu di samping tirai udara yang disusun secara menegak.

Dari sisi, garis bumbung coupe ini agak rendah tetapi jarak rodanya dilihat panjang. Mengenai rimnya, ia dipadankan dengan set roda aloi ringan M 747 bersaiz 22 inci selain brek M Sport biru yang membuatkan ia lebih menyerlah.

Sementara itu, melihat bahagian belakangnya, lampu belakang kelihatan agak menarik kerana terdapat  (skid plate) dalam warna Pearl Chrome. 

KABIN

Ia menampilkan paparan Informasi 12.3 inci dan paparan kawalan sentuh beresolusi tinggi 14.9 inci yang dibawakan secara standard.

Difahamkan, sistem infotainmen dikuasakan oleh BMW Operating System 8 dan datang dengan Connected Package Professional yang memberikan sambungan melalui Android Auto dan Apple CarPlay. 

Selain itu, terdapat juga Connected Drive Service, Remote Services, pengecas telefon tanpa wayar, lampu suasana, kawalan suhu empat zon, BMW Digital Key serta sistem bunyi Harman Kardon.

Malah, jalur trim di atas panel instrumen juga kini tampak lebih lebar, memberi penekanan kepada tata atur horizontal di ruang kokpit.

Menjengah sterengnya, ia dibalut dengan kulit Merino BMW Individual manakala tempat duduk ‘Comfort’ turut disediakan di baris hadapan dan ia, boleh dilaras secara elektrik selain mempunyai ciri pengudaraan aktif. 

Bagi tempat duduk belakang pula, terdapat tirai gulung bagi tingkap sisi disertakan bersama.

CIRI-CIRI KESELAMATAN

Jentera ini cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan. Apa tidaknya, ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu yang tercanggih.

Sementara itu, Driving Assistant Professional, yang diberikan secara standard, mempunyai keupayaan Automasi Pemanduan Separa Aras 2 manakala Parking AssistantProfessional pula merupakan sistem bantuan pemandu berasaskan kamera dan ultrabunyi yang hadir dengan kamera 360 darjah di samping Parkir Kawalan Jauh.

Ia boleh digunakan nmelalui telefon pintar di dalam atau di luar kenderaan yang memudahkan kereta ini diparkir di ruang yang sempit.

Bagi yang berminat,. X6 ini  ditawarkan oleh BMW Malaysia dalam tujuh warna, iaitu M Carbon Black, Black Sapphire, Mineral White, Manhattan, M Brooklyn Grey, Skyscraper Grey, dan Aventurine Red. 

Sehubungan itu, para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW X6 baharu.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8391

SELANGOR

BSU1024

JOHOR

JE8786J

PULAU PINANG

PSF8944

PERAK

APL7586

PAHANG

CFH8525

KEDAH

KGJ2795

NEGERI SEMBILAN

NEM1167

KOTA KINABALU

SJU3198

KUCHING

QAB6436P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.