Honda CR-V Generasi Ke-6 Mendarat Di Australia – Malaysia Seterusnya?
-full.jpg)
Setelah setahun sejak Honda CR-V generasi keenam pertama kali diperkenalkan kepada dunia dalam sebuah acara yang diadakan di Thailand, kali ini, ia bakal mendarat di benua Australia.
-full.jpg)
Berbeza dengan Thailand, CR-V untuk pasaran Australia akan ditawarkan dalam tujuh varian, enam daripadanya dikuasakan oleh enjin VTEC turbo 4-silinder 1.5L yang menghasilkan 190 hp dan 243 Nm, dan satu lagi varian e:HEV RS, dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 4-silinder 2.0L yang digabungkan dengan sistem dwi-motor hibrid yang memberikan kuasa sebanyak 204 hp dan tork 335 Nm.
-full.jpg)
-full.jpg)
Dua varian asas, peringkat kemasukan (entry-level) lima tempat duduk iaitu 2WD VTi X dijual pada harga yang bermula dari AU$44,500 (~RM133,133), manakala 2WD VTi L berharga lebih tinggi, AU$48,800 (~RM145,998). Ini diikuti dengan dua varian tujuh penumpang - VTi X7 dan VTi L7, yang masing-masing dijual pada harga AU$46,800 (~RM140,014) dan AU$53,000 (~RM158,563).
Varian dengan enjin 1.5L pula ialah dua varian AWD lima penumpang, bermula dengan AWD VTi L pada harga AU$51,300 (~RM153,477), serta AWD VTi LX yang dijual pada harga AU$57,000 (~RM170,531).
-full.jpg)
Pada kedudukan teratas adalah varian e:HEV RS, yang dijual pada harga tertinggi, AU$59,900 (~RM179,207). Varian ini juga merupakan model CR-V pertama di Australia yang ditawarkan dengan sistem kuasa hibrid e:HEV Honda.
-(10)-full.jpg)
-(9)-full.jpg)
-(8)-full.jpg)
-(7)-full.jpg)




Dari segi rekaan visual, Honda CR-V untuk pasaran Australia kelihatan hampir sama dengan model yang dilihat di Thailand, kerana semua model ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand. CR-V hadir dengan ciri standard seperti lampu hadapan dan lampu belakang LED sepenuhnya, beserta rim 18 inci untuk semua varian dan enam pilihan warna - putih Platinum White, perak Lunar Silver, kelabu Meteoroid Grey dan merah Ignite Red ditawarkan untuk semua varian, manakala hitam Crystal Black dan biru Canyon River Blue hanya ditawarkan untuk varian tertentu.

-(8)-full.jpg)
-(9)-full.jpg)
-(6)-full.jpg)
-(2)-full.jpg)
Di dalam kabin, kelengkapan untuk CR-V versi Australia hampir sama dengan yang ditawarkan untuk pasaran Thailand, ini termasuk paparan-di-kepala (HUD), kluster instrumen digital TFT 10.2 inci, paparan infotainmen 9.0 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, sistem audio Bose 12 speaker dan banyak lagi.
Ciri-ciri keselamatan juga tidak jauh berbeza dengan model yang dijual di Thailand, kerana CR-V Australia dilengkapkan dengan pelbagai ciri keselamatan aktif seperti Sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKA), Sistem Mitigasi Keluar Lorong (LDW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Kenderaan Hadapan Mula Gerak (LVDA) dan sebagainya.
-full.jpg)
CR-V generasi keenam ini dijangka memasuki pasaran Australia pada 1 September, dengan pra-tempahan yang sudah mula dibuka. Kini sudah dua pasaran mendapat CR-V terbaru, mungkinkah negara Malaysia seterusnya?
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Honda Malaysia dijangka melancarkan sekurang-kurangnya empat model baharu pada tahun ini, dengan model pertama ialah Honda WR-V, sebuah model crossover kompak, diikuti oleh Honda City facelift yang akan membuat kemunculannya tidak lama lagi dalam bulan ini. Banyak petanda yang menunjukkan bahawa CR-V baharu ini akan menjadi model ketiga yang akan dilancarkan tahun ini, dijangka dalam suku ketiga atau keempat tahun 2023.
-full.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW6479
SELANGOR
BSP7052
JOHOR
JYW1093
PULAU PINANG
PSB9635
PERAK
APH2414
PAHANG
CFG4179
KEDAH
KGF6933
NEGERI SEMBILAN
NEK3225
KOTA KINABALU
SJR7357
KUCHING
QAB7143N
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat