[PANDU UJI] Honda CR-V 2.0 e:HEV RS – Model Sporty yang Jimat Minyak & Praktikal!
Sofea Najmi
1-10-2024
Dilancarkan pada hujung tahun lalu, Honda CR-V 2.0 e:HEV RS merupakan sebuah SUV hibrid yang ditawarkan di pasaran sebagai ‘jawapan’ kepada permintaan terhadap kenderaan elektrik hibrid yang semakin meningkat kerana menjanjikan penjimatan bahan api.
Kami berpeluang untuk pandu uji model ini selama beberapa hari dan pada pendapat kami, ini lima sebab mengapa CR-V 2.0 e:HEV RS patut berada dalam senarai model yang anda pertimbangkan sekiranya merancang untuk beli kereta baharu.
1. Kecekapan Bahan Api
Seperti yang dinyatakan, sebab terbesar untuk mempertimbangkan Honda CR-V 2.0 e:HEV RS adalah kecekapan bahan apinya. Sistem hibrid Honda menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder aspirasi natural yang terletak di bahagian hadapan. Enjin pembakaran ini berfungsi sebagai penjana bateri lithium-ion 1.1 kW. Sebahagian besar pemanduan CR-V ini bergantung kepada motor elektrik yang dikuasakan oleh bateri tersebut.
Dengan purata penggunaan bahan api sebanyak 5.0 liter per 100 kilometer, dan mungkin lebih lagi dalam mod pemanduan ECON, model ini jauh mendahului pesaingnya dalam segmen SUV bersaiz sederhana. Dalam masa yang sama, kuasa pecutan 0-100 km/j varian hibrid ini adalah yang terpantas dengan catatan masa hanya 9 saat, lebih pantas berbanding varian ICE lain dengan masa 9.7 saat (S), 9.8 saat (E) dan 10.4 saat (V).
2. Senyap & Lancar
Dari sudut pemanduan, penambahan komponen elektrik menjadikan CR-V ini tidak selincah varian ICE biasa, yang dapat dirasakan terutamanya ketika mengambil selekoh tajam seperti di Lebuhraya Karak.
Pesaing seperti Mazda CX-5 dan Hyundai Tucson mungkin menawarkan dinamik pemanduan yang lebih baik, tetapi tiada yang dapat menandingi kelancaran dan kecekapan sistem hibrid CR-V.
Sekiranya pemanduan anda lebih tenang dan terkawal, CR-V menjamin keselesaan yang tinggi kerana trenkuasanya yang lebih lancar dan senyap seperti yang boleh dijangkakan daripada mana-mana model hibrid, ditambah lagi dengan kemampuan pecutan yang dinyatakan tadi.
Meskipun bateri 1.1 kWj yang digunakan ini agak kecil, ia menawarkan jarak pemanduan elektrik yang baik ketika dalam mod ‘ECON’, sesuai untuk pemanduan di bandar pada kelajuan rendah dan sederhana.
Bagaimanapun, terdapat gangguan bunyi kecil daripada tayar Toyo Proxes R45, namun ini bukanlah satu isu besar yang menjejaskan keseluruhan kualiti kereta yang sudah dilengkapi dengan pelbagai ciri premium.
3. Reka Bentuk RS yang Sporty dan Premium
Honda CR-V 2.0 e:HEV RS hadir dengan reka bentuk yang lebih sporty berbanding varian lain dalam barisan CR-V. Penambahan seperti gril depan hitam berkilat, rim aloi 18 inci, serta aerokit memberikan penampilan yang lebih agresif dan premium.
Bahagian dalamannya juga tidak ketinggalan dengan balutan kulit hitam yang disulam dengan benang merah, ditambah pula dengan pedal sport yang berkilat, menambahkan lagi ciri sporty.
Bagaimanapun, untuk bahagian luar, warna eksklusif 'Platinum White Pearl' memerlukan bayaran tambahan sebanyak RM600.
4. Kelengkapan Mewah & Canggih
Honda CR-V 2.0 e:HEV RS dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih. Antara yang menarik perhatian ialah panel instrumen digital TFT 10.2 inci, papar pandu (HUD), kad kunci Honda terbaru, sistem kawalan bunyi aktif, butang mod pemanduan ‘Sport’, serta sistem audio Bose dengan 12 speaker. Ciri-ciri ini menjadikannya varian yang paling mewah dan lengkap.
Antara ciri penting lain termasuk tempat duduk hadapan boleh laras secara automatik, kawalan iklim dua zon, bukaan pintu but automatik serta skrin infotainmen 9 inci dengan integrasi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
Walaupun dilengkapi dengan pelbagai teknologi termasuk sistem bantuan pemandu Honda Sensing yang canggih, CR-V ini tidak mempunyai sistem pemantauan titik buta (BSM) dua hala dan hanya memiliki kamera Honda LaneWatch yang memantau sisi kiri kenderaan.
5. Ruang Luas yang Praktikal
Dari segi ruang, varian dengan teknologi hibrid ini kekal praktikal dengan ruang kargo sebesar 589 liter, yang boleh diperluas sehingga 1,072 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Ruang simpanan kecil juga banyak disediakan di pelbagai sudut kabin seperti perehat lengan dan konsol tengah, menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian.
Berbaloi atau Tidak?
Secara keseluruhannya, Honda CR-V 2.0 e:HEV RS adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari SUV yang jimat bahan api, selesa, praktikal dan dilengkapi dengan teknologi canggih.
Dengan harga RM195,900 (tidak termasuk insurans), CR-V 2.0 e:HEV RS meletakkan dirinya di hadapan dalam segmen SUV hibrid. Pembelian ini juga termasuk jaminan kenderaan selama 5 tahun tanpa had perbatuan dan jaminan 8 tahun untuk bateri hibrid, serta servis percuma sebanyak 5 kali dalam tempoh 5 tahun atau 100,000 km.
SPESIFIKASI
Honda CR-V 2.0 e:HEV RS
ENJIN | ICE: i-VTEC kitaran Atkinson DOHC 2.0 liter Petrol 4 silinder dengan suntikan terus EV: |
TRANSMISI, PACUAN | Automatik e-CVT, FWD |
KUASA | ICE: 148 PS @ 6,100 RPM EV: 184 PS @5,000 - 8,000 RPM |
TORK | ICE: 190 NM @ 4,500 RPM EV: 335 NM |
0-100 KM/J | 9 saat |
V-MAX | 187 KM/J |
PENGGUNAAN BAHAN API | 5.0 liter/100 KM (atas kertas, purata) |
BERAT | 1,735 KG (bersih) |
HARGA | RM195,900 |
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC873
SELANGOR
BSE4402
JOHOR
JXW4803
PULAU PINANG
PRQ3417
PERAK
ANV3402
PAHANG
CFB6571
KEDAH
KGA4221
NEGERI SEMBILAN
NEF7075
KOTA KINABALU
SJK7319
KUCHING
QAB3039L
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan
Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.
20-02-2025
Kereta Rempuh Pembahagi Tol, 2 Warga Emas Maut
Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi.
05-11-2024
Suku Pertama 2024: Lebih 21K Kereta Terjual
Honda Malaysia mengumumkan bahawa jualan kereta mencecah sebanyak 21,500 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini.
17-05-2024
Model Hibrid "H" Laku Keras
Jualan model hibrid e:HEV Honda telah melepasi 11,700 unit pada tahun ini.
15-12-2023
Honda CR-V 2024 Boleh Ditempah Sekarang – Ada Varian Hibrid e:HEV!
Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk SUV Comfortable Runabout Vehicle (CR-V) Generasi Ke-6. Ini spesifikasinya...
15-11-2023
Tiada Lagi Honda Accord Di M'sia
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan menghentikan pengeluaran Honda Accord tidak lama lagi.
11-08-2023
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat