ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda WR-V Laku Keras!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Tahukah anda, Honda WR-V laku macam pisang goreng panas di pasaran tempatan.

Manakan tidak, Honda Malaysia sudah menyerahkan 2,200 unit WR-V dalam tempoh sebulan sejak pelancarannya  pada Julai lalu.

Bercakap mengenai perkara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura mengakui  WR-V menjadi model kedua terlaris pada Julai lalu.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan atas kepercayaan mereka terhadap jenama Honda dan sokongan untuk WR-V serba baharu, yang menjadi model SUV kecil bukan nasional.

“Sejak dilancarkan, model ini telah diterima baik di pasaran dan mencapai prestasi jualan yang luar biasa dengan varian RS menjadi penyumbang terbesar 60 peratus dari jumlah jualan setakat ini," katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Di sebalik angka penyerahan model WR-V, Honda Malaysia juga meraikan pelanggan pertama yang mendaftar tempahan model berkenaan pada majlis penyerahan rasmi di Accord Auto Sdn Bhd awal bulan ini.

image.png

Pelanggan pertama yang memiliki WR-V ialah Nurain Mohamad dengan Honda Malaysia turut menghadiahkan aksesori Honda, salutan badan kaca ultra dan barangan rasmi Honda bernilai RM5,000.

image.png

Sedikit latar belakang mengenai WR-V, ia hadir dalam empat varian: S ditawarkan pada harga RM89,900; E (RM95,900); V (RM99,900) dan RS (RM107,900)

.image.png

Ia disumbat dengan enjin 1.5L i-VTEC DOHC 4 silinder 16 injap menjana kuasa 121PS dan tork 145Nm yang dipadankan transmisi CVT dengan sistem penginjak G Design dan kawalan penginjak graviti selekoh bagi kelancaran dan bahan api efisien.

image.png

Malah, jentera ini didatangkan dengan teknologi Honda SENSING yang mempunyai lapan fungsi keselamatan termaju.

Difahamkan, WR-V hadir dengan aspek keselamatan menerusi pelbagai fungsi berguna, termasuk Automatic Collision Detection, Security Alarm Detection, Speed Alert, Find My Car, Geo-fencing Alert dan Emergency Call.

image.png

Pelanggan boleh menghidupkan enjin kereta dari jauh, mengunci dan membuka kunci pintu serta melaraskan penyaman udara semuanya daripada aplikasi telefon pintar.

Maka tidak hairanlah, mengapa rakyat Malaysia memilik Honda WR-V.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

03-01-2025
Berita Auto

05-01-2024
Pandu Uji

09-12-2023
Berita Auto

22-08-2023
Kereta Baru

13-07-2023
Kereta Baru

12-06-2023
Global

13-03-2023
Berita Auto

27-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.