- Berita
- Berita Auto
- IAM - MIME 2023: Pameran Kereta Terkini, Modifikasi & EV Bakal Berlangsung Oktober Ini
IAM - MIME 2023: Pameran Kereta Terkini, Modifikasi & EV Bakal Berlangsung Oktober Ini
![]()
Berita baik untuk peminat automotif! Tidak lama lagi, acara automotif besar-besaran, International Modified (IAM) Kuala Lumpur and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 bakal berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober 2023 di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

Acara yang diadakan dengan sokongan Institut Automotif Malaysia, Robotik dan IoT (MARii) ini menjanjikan pameran kenderaan terpilih, produk, inovasi, dan perkembangan terkini dalam teknologi automotif oleh pemegang kepentingan automotif, pengedar kereta/motosikal, dan pengeluar alat ganti asal (OEM).
KEUNIKAN IAM-MIME 2023

Acara automotif yang bakal berlangsung pada bulan Oktober ini tampil unik kerana menggabungkan tiga genre automotif di bawah satu bumbung: Pertama, terdapat pameran kereta baharu daripada pelbagai jenama. Kedua, adalah pameran khas untuk Festival Kenderaan Elektrik (EV) yang akan mempertontonkan pelbagai EV yang mampu mencapai jarak perjalanan kira-kira 400 km dengan satu cas penuh, dalam lingkungan harga antara RM100,000 hingga RM500,000.


Pelbagai modifikasi unik dapat disaksikan
Antara kenderaan yang dipamerkan termasuklah SUV Mercedes-Benz EQQ 350 dan pelbagai model dari Mazda, KIA, dan Peugeot yang dibawa oleh Bermaz Auto Berhad. Juga dipamerkan adalah Tesla yang telah diubahsuai yang dibawa oleh Exotic Mods Sdn Bhd. Pameran ini turut akan menampilkan koleksi hypercar dan kereta ikonik daripada JPM Museo, serta koleksi supercar daripada Utama Motors.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Robotik dan IoT (MARii), Ts Nizmar Mohd Nazar
"Selain daripada mempromosikan industri automotif, agenda MARii adalah selaras dengan tanggungjawab Malaysia membabitkan peralihan tenaga dan dekarbonisasi. Saya sangat gembira apabila mengetahui bahawa penganjur Malaysia International Motor Expo (MIME 2023) memberi tumpuan kepada trend mega Kenderaan Elektrik (EV) dan memilih lokasi yang strategik untuk mempamerkan beberapa jenama EV terkemuka di dunia," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Robotik dan IoT (MARii), Ts Nizmar Mohd Nazar, yang melancarkan pameran ini. Turut hadir ialah Pengerusi Ekspo Motosikal Antarabangsa Malaysia (MIME), Yang Mulia Sharifah Wani Jamalullail.

Tesla yang telah diubahsuai oleh Exotic Mods Sdn Bhd
Sementara itu, Pengasas MIME, Yamin Vong, berkata salah satu tarikan utama pameran ini adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelawat dan pembeli menguji kenderaan elektrik. Semasa pameran berlangsung, turut akan diadakan ialah undian digital “Peoples’ Choice Car of the Year,” mereka yang menyertai undian ini berpeluang memenangi hadiah pada setiap jam. Hasil undian ini akan diumumkan semasa majlis Car of the Year Awards yang akan diadakan pada 15 November 2023.


Acara itu nanti bakal menampilkan ratusan kenderaan terpilih termasuk hypercar dan supercar
Keunikan yang ketiga adalah pameran besar-besaran membabitkan kira-kira 300 buah kenderaan yang telah diubahsuai yang akan menjadi tumpuan semasa Automodified Antarabangsa (IAM).



Antara modifikasi unik yang dapat disaksikan semasa acara
Pameran IAM-MIME 2023 juga akan menampilkan pelbagai tarikan lain termasuklah simulator perlumbaan, pameran RC (remote controlled), pertemuan pelbagai kelab kereta, pameran koleksi kereta eksotik diraja, festival muzik, serta banyak hadiah dan cabutan bertuah untuk orang ramai.
TIKET ACARA AM-MIME 2023
Tiket pra-jualan kini boleh didapati dengan harga diskaun sebanyak RM17 sehari (tawaran berakhir pada 31 Ogos 2023) dan boleh dibeli melalui: MalaysiaMotorExpo atau t2u. Tiket walk-in pula berharga RM30. Kemasukan adalah percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (mesti diawasi oleh sekurang-kurangnya seorang dewasa).
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.internationalautomodified.com dan www.malaysiamotorexpo.com.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
IAM-MIME 2023 Kini Berlangsung Hingga 29 Okt – Hampir 300 Kereta Modifikasi!
International Modified (IAM) KL and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 kini sedang berlangsung di MITEC. Apa yang menarik?
27-10-2023
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
