ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

IAM - MIME 2023: Pameran Kereta Terkini, Modifikasi & EV Bakal Berlangsung Oktober Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-IAM-MIME-2023-LAUNCHED.png

Berita baik untuk peminat automotif! Tidak lama lagi, acara automotif besar-besaran, International Modified (IAM) Kuala Lumpur and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 bakal berlangsung dari  27 hingga 29 Oktober 2023 di Pusat Pameran &  Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.


Web_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-11.jpg

Acara yang diadakan dengan sokongan Institut Automotif Malaysia, Robotik dan IoT (MARii) ini menjanjikan pameran kenderaan terpilih, produk, inovasi, dan perkembangan terkini dalam teknologi automotif oleh pemegang kepentingan automotif, pengedar kereta/motosikal, dan pengeluar alat ganti asal (OEM).


KEUNIKAN IAM-MIME 2023


Web_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-20.jpg


Acara automotif yang bakal berlangsung pada bulan Oktober ini tampil unik kerana menggabungkan tiga genre automotif di bawah satu bumbung: Pertama, terdapat pameran kereta baharu daripada pelbagai jenama. Kedua, adalah pameran khas untuk Festival Kenderaan Elektrik (EV) yang akan mempertontonkan pelbagai EV yang mampu mencapai jarak perjalanan kira-kira 400 km dengan satu cas penuh, dalam lingkungan harga antara RM100,000 hingga RM500,000.


Web_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-22.jpgWeb_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-21.jpg

Pelbagai modifikasi unik dapat disaksikan 


Antara kenderaan yang dipamerkan termasuklah  SUV Mercedes-Benz EQQ 350 dan pelbagai model dari Mazda, KIA, dan Peugeot yang dibawa oleh Bermaz Auto Berhad. Juga dipamerkan adalah Tesla yang telah diubahsuai yang dibawa oleh Exotic Mods Sdn Bhd. Pameran ini turut akan menampilkan koleksi hypercar dan kereta ikonik daripada JPM Museo, serta koleksi supercar daripada Utama Motors.


Web_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-05.jpg

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Robotik dan IoT (MARii), Ts Nizmar Mohd Nazar


"Selain daripada mempromosikan industri automotif, agenda MARii adalah selaras dengan tanggungjawab Malaysia membabitkan peralihan tenaga dan dekarbonisasi. Saya sangat gembira apabila mengetahui bahawa penganjur Malaysia International Motor Expo (MIME 2023) memberi tumpuan kepada trend mega Kenderaan Elektrik (EV) dan memilih lokasi yang strategik untuk mempamerkan beberapa jenama EV terkemuka di dunia," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  Institut Automotif Malaysia, Robotik dan IoT (MARii), Ts Nizmar Mohd Nazar, yang melancarkan pameran ini. Turut hadir ialah Pengerusi Ekspo Motosikal Antarabangsa Malaysia (MIME), Yang Mulia Sharifah Wani Jamalullail.


Web_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-01.jpg

Tesla yang telah diubahsuai oleh Exotic Mods Sdn Bhd


Sementara itu, Pengasas MIME, Yamin Vong, berkata salah satu tarikan utama pameran ini adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelawat dan pembeli menguji kenderaan elektrik. Semasa pameran berlangsung, turut akan diadakan ialah undian digital “Peoples’ Choice Car of the Year,” mereka yang menyertai undian ini berpeluang memenangi hadiah pada setiap jam. Hasil undian ini akan diumumkan semasa majlis Car of the Year Awards yang akan diadakan pada 15 November 2023.


Web_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-12.jpgWeb_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-02.jpg

Acara itu nanti bakal menampilkan ratusan kenderaan terpilih termasuk hypercar dan supercar


Keunikan yang ketiga adalah pameran besar-besaran membabitkan kira-kira 300 buah kenderaan yang telah diubahsuai yang akan menjadi tumpuan semasa Automodified Antarabangsa (IAM).


Web_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-13.jpgWeb_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-15.jpgWeb_CariCarz_Malaysia-International-Motor-Expo-Launch-16.jpg

Antara modifikasi unik yang dapat disaksikan semasa acara


Pameran IAM-MIME 2023 juga akan menampilkan pelbagai tarikan lain termasuklah simulator perlumbaan, pameran RC (remote controlled), pertemuan pelbagai kelab kereta, pameran koleksi kereta eksotik diraja, festival muzik, serta banyak hadiah dan cabutan bertuah untuk orang ramai. 


TIKET ACARA AM-MIME 2023


Tiket pra-jualan kini boleh didapati dengan harga diskaun sebanyak RM17 sehari (tawaran berakhir pada 31 Ogos 2023) dan boleh dibeli melalui: MalaysiaMotorExpo atau t2u. Tiket walk-in pula berharga RM30. Kemasukan adalah percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (mesti diawasi oleh sekurang-kurangnya seorang dewasa).


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.internationalautomodified.com dan www.malaysiamotorexpo.com

















Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS4337

SELANGOR

BSN7256

JOHOR

JYU351

PULAU PINANG

PSB842

PERAK

APG3629

PAHANG

CFG246

KEDAH

KGF109

NEGERI SEMBILAN

NEJ9150

KOTA KINABALU

SJR1859

KUCHING

QAB4948N

Terakhir Kemas Kini 03 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

28-10-2023
Berita Auto

23-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.