ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kereta Konsep EV Lamborghini Lanzador Dipertontonkan– Cecah 1300HP!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-51.jpg


Automobili Lamborghini akhirnya mempertontonkan model elektrik pertama syarikat, iaitu kereta konsep EV Lamborghini Lanzador. Hadir dalam bentuk SUV unik dengan gaya sporty, reka bentuk kereta konsep EV 2+2 ini telah dikongsikan untuk tatapan umum sebagai pandangan awal sebelum versi pengeluarannya didedahkan beberapa tahun lagi. 


Sebagai model pertama Lamborghini dengan kuasa elektrik sepenuhnya, Lanzador dikuasakan oleh dua motor elektrik dengan output 1,341 HP atau 1 MW - menjadikannya lebih berkuasa daripada Revuelto PHEV baharu. Namun, pengeluar Itali itu masih belum mendedahkan butiran lanjut tentang spesifikasi trenkuasa Lanzador.


Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-18.jpgLamborghini-Lanzador-EV-Concept-10.jpg


Apa yang pasti, konsep EV Lanzador ini akan menggunakan sistem suspensi aktif dengan spring udara dan peredam adaptif, sementara sistem pengendalian gandar belakang yang digunakan membantu memberikan EV ini kestabilan semasa belokan. Pada bahagian lain, GT elektrik ini turut dilengkapi sistem torque vectoring yang unik untuk membantu  mengedarkan kuasa kepada kesemua roda secara berasingan, sekaligus meningkatkan kualiti pengendalian Lanzador. 


Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-16.jpgLamborghini-Lanzador-EV-Concept-15.jpg

Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-17.jpg


Dari segi visual, Lanzador hadir dalam reka bentuk yang sama dengan beberapa model Lambo yang sedia ada, terutamanya pada garis tingkap yang tajam dan bentuk badan yang bersudut. Garis bumbungnya panjang sebagai sebuah model dengan konfigurasi tempat duduk 2+2, selain memiliki overhang yang pendek di depan dan belakang. 


Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-25.jpgLamborghini-Lanzador-EV-Concept-24.jpg


Sistem Aerodinamica Lamborghini Attiva yang digunakan memberikan model ini pelbagai elemen aerodinamik yang fleksibel (adaptif) seperti splitter hadapan, diffuser belakang dan sebagainya. Dalam mod pemanduan agresif, kesemua elemen aero ini boleh dikawal untuk memberikan Lanzador daya tekanan atau downforce maksimum. 


Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-41.jpg


Bergerak ke bahagian dalam, Lanzador memiliki reka bentuk kabin yang menakjubkan dengan pelbagai teknologi futuristik dan kelengkapan mewah.  Ruang pemandu direka berdasarkan konsep "pilot" Lambo yang menampilkan dashboard berbentuk Y dengan konsol tengah ‘terapung’ yang memisahkan pemandu dan penumpang hadapan.


Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-27.jpgLamborghini-Lanzador-EV-Concept-32.jpg

Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-30.jpgLamborghini-Lanzador-EV-Concept-42.jpg


Di sebalik stereng yang sporty, terdapat kluster instrumen digital. Sementara itu, butang kawalan boleh didapati pada bahagian stereng dan juga konsol tengah. Skrin infotainmen pula diletakkan pada tempat duduk pemandu yang masih boleh dikawal oleh pemandu melalui butang kawalan jenis rotari. 


Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-43.jpgLamborghini-Lanzador-EV-Concept-35.jpg

Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-47.jpgLamborghini-Lanzador-EV-Concept-50.jpg


Berbeza dengan kebanyakan model sporty lain, kereta konsep ini memiliki ciri praktikal yang tinggi disebabkan oleh konfigurasi tempat duduk 2+2  dan ruang kargo yang besar. Untuk ruang simpanan lebih luas, tempat duduk belakang boleh dilipat rata. 


Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-2.jpgLamborghini-Lanzador-EV-Concept-4.jpg

Lamborghini-Lanzador-EV-Concept-5.jpgLamborghini-Lanzador-EV-Concept-1.jpg


Kereta konsep EV Lamborghini Lanzador ini dijadualkan akan diperkenalkan semula sebagai versi pengeluaran pada tahun 2028 nanti. Sementara menanti kedatangan saat bersejarah ini, kesemua model baharu Lamborghini termasuk pengganti Huracan dan SUV Urus generasi seterusnya bakal dihasilkan dengan ciri elektrik menjelang penghujung tahun 2024. Buat masa ini, satu-satunya model yang diberikan ‘sentuhan elektrik’ ialah Revuelto PHEV, sementara model edisi terhad, Sian, ialah model Lambo pertama dengan sistem trenkuasa hibrid.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

17-12-2024
EV

20-08-2023
EV

18-08-2023

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.