Perhatian! Ada Tawaran Menarik Jika Nak Beli MINI Elektrik

Ada berita baik buat mereka yang ingin membeli kereta MINI elektrik terutamanya MINI Cooper SE memandangkan adanya program penjimatan MINI Electric yang berterusan.

Malah, MINI Malaysia menawarkan opsyen pembiayaan dengan kadar faedah serendah 0.98% kepada pelanggan MINI baharu melalui Pelan Pembiayaan “Straight-Line”.
Tawaran yang sah sehingga September ini sebenarnya membolehkan para pelanggan baharu mengalami sendiri mobiliti elektro bertaraf premium dengan harga berpatutan.

Bukan itu sahaja, dengan opsyen Pembiayaan “Easy Drive”, ansuran bulanan anda boleh menjengah nilai serendah RM1699 sahaja sekali gus memudahkan akses mobiliti elektro premium tanpa memberi kekangan dari sudut kewangan dan kepuasan pemanduan anda.

Ketua MINI Malaysia, Linnet Yew berkata, legasi MINI yang menjangkau usia 64 tahun sebenarnya terpancar pada wajah si pemiliknya apabila mereka berpeluang menikmati pemanduan yang cukup mengujakan serta bergaya.
“Jadi, menerusi pengenalan program penjimatan MINI Electric, kami ingin mengelektrifikasikan legasi tersebut.
“Koleksi tawaran khas ini yang terdiri daripada pelbagai imbuhan menarik dilihat dapat mencerminkan sejarah MINI yang ikonik, selain menekankan komitmen berterusan kami untuk menggiatkan anjakan ke arah mobiliti elektro di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, jangan risau untuk membeli kereta elektrik kerana kebanyakan para pembekal tenaga dan infrastruktur sedang menaik taraf aksesibiliti fasiliti pengecasan di samping memudahkan lagi penggunaan kenderaan elektrik di negara ini.


BMW Group Malaysia juga telah menyediakan lebih daripada 1,000 buah fasiliti pengecasan dalam rangkaiannya setakat ini.
Dalam pada itu, MINI turut menawarkan penjimatan dan imbuhan menarik yang bernilaisekitar RM20,000.
Ia meliputi:
• MINI Wallbox Percuma: Memudahkan urusan pengecasan jentera MINI Electric anda, selain mengelakkan keperluan untuk kerap mengunjungi fasiliti pengecasan awam.
• Pengecasan Awam 1 Tahun Percuma: Nikmati akses pengecasan awam di semua rangkaian stesen JomCharge serta stesen-stesen ChargEV yang terpilih.
• Waranti Lanjutan: Berlapang dada dengan penambahan 1 tahun dalam liputan waranti Inklusif Servis dan Pembaikan MINI anda, memanjangkan tempoh keseluruhan liputan kepada 5 tahun.
• Rebat Menarik: Terokai rebat menarik di pusat-pusat pengedaran MINI yang bertauliah, memperkayakan lagi nilai yang ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai MINI, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9466
SELANGOR
BSR5731
JOHOR
JA2159J
PULAU PINANG
PSD7430
PERAK
APJ7985
PAHANG
CFH1518
KEDAH
KGH602
NEGERI SEMBILAN
NEK9063
KOTA KINABALU
SJT670
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat