Rakaman Suara Pesawat Terhempas Sudah Dihantar Ke KL.

Akhirnya, rakaman suara kokpit daripada pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina 17 Ogos lalu sudah berjaya diekstrak di makmal di Florida, Amerika Syarikat (AS) semalam.
Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Difahamkan, pasukan siasatan juga telah berjaya memperoleh rakaman suara 30 minit terakhir sehingga berlakunya nahas pada ketika itu.

“Data tersebut telah berjaya dimuat naik dan rakaman tersebut akan dihantar semula kepada pasukan siasatan di Kuala Lumpur.
“Rakaman kokpit berjaya didapatkan semula jadi semua rakaman suara tersebut pada dua juruterbang itu akan dianalisa sebaik mungkin serta apa yang berlaku di dalam kokpit dapat dijadikan bahan siasatan untuk kenal pasti punca nahas.
Bagaimanapun, rakaman tersebut sedang dianalisa dan laporan awal akan dikeluarkan dalam masa dua minggu lagi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai gambaran awal berhubung punca nahas pesawat tersebut, Loke bagaimanapun enggan memberitahu secara terperinci dan menyerahkan perkara itu kepada pihak pakar.
“Saya tak mahu buat apa-apa rumusan, Ketua BSKU ada buat sedikit rumusan kepada saya tetapi saya tak akan buat sebarang pengumuman atau spekulasi.

“Biar pihak pakar kita buat analisa secara terperinci dan itu akan kita kongsikan dalam laporan awal sehinggalah pihak BSKU kemukakan laporan mereka," ujarnya lagi.
Nahas yang mengejutkan negara itu, telah mengorbankan 10 nyawa, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Selain itu, insiden turut melibatkan dua lagi mangsa orang awam masing-masing merupakan penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5010
SELANGOR
BSU3506
JOHOR
JF5246J
PULAU PINANG
PSG3242
PERAK
APM1549
PAHANG
CFH9853
KEDAH
KGJ4161
NEGERI SEMBILAN
NEM2451
KOTA KINABALU
SJU5018
KUCHING
QAB7418P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sebaik Kerja Operasi Pencarian Selesai, Jalan Akan Dibuka
Persiaran Elmina akan dibuka kepada orang awam, sebentar nanti.
18-08-2023
Pesawat Air India Terhempas: Angka Kematian Masih Belum Diketahui
Pesawat terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad, barat India.
12-06-2025
22 Terkorban, Tapi Juruterbang Terselamat
Kira-kira 22 orang terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di TIA.
24-07-2024
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
