ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Betul Minat Kereta PERODUA!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, ramai betul rakyat Malaysia lebih gemar membeli kereta keluaran jenama Perodua sejak 29 tahun lalu.

Manakan tidak, kira-kira 4.5 juta kereta PERODUA berada di jalan raya Malaysia sejak 1994 hingga Jun tahun ini.

Perkara itu didedahkan Presiden dan  Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad kepada akhbar Berita Harian, baru-baru ini.

image.png

Menurutnya, PERODUA menjadi jenama pilihan Malaysia sejak 2006 hingga kini membabitkan aspek jualan.

image.png

Apa yang pasti, model Myvi adalah antara model paling laris dalam sejarah penubuhan syarikat pengeluar itu memandangkan 1.4 juta unit sudah dijual.

Selain Myvi, berikut adalah model yang cukup laris:

Perodua Kancil  -  708,527 unit

Axia - 611,787 unit

image.pngimage.png

Melihat perkembangan jualan yang cukup positif,  PERODUA menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 330,000 unit kenderaan dan menjual 314,000 unit pada tahun ini.

"Setakat Januari hingga Jun tahun ini, kami mengeluarkan 153,813 kenderaan, iaitu peningkatan 17 peratus berbanding 131,641 unit dikeluarkan dalam tempoh sama pada 2022.

"Peningkatan pengeluaran ini membolehkan kami menjual 144,690 kenderaan bagi separuh pertama tahun ini berbanding 127,343 unit yang dijual dalam tempoh sama pada 2022. Kami yakin prestasi Julai hingga Disember tahun ini juga akan lebih baik kerana jumlah hari bekerja lebih banyak berbanding suku pertama dan kedua tahun ini,”katanya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah punca jualan kereta Perodua laris?

image.png

Ini jawapan Datuk Zainal!

PERODUA sentiasa berusaha membaiki cadangan nilai produk dan perkhidmatan demi rakyat Malaysia, pada masa sama, mengekalkan harga kenderaan pada tahap mampu milik tanpa menjejaskan kualiti kami.

"Penambahan nilai dimaksudkan dapat dilihat dengan kewujudan sistem pemanduan seperti semi-autonomous (Tahap 2) yang merangkumi fungsi Kawalan Jelajah Adaptif dan sistem Kawalan Kekal Lorong pada varian tertentu.

"Pada kebiasaannya, ciri seperti ini hanya ada pada kenderaan yang berharga lebih RM100,000 sahaja. Tambahan lagi, nilai kenderaan terpakai model PERODUA adalah antara yang terbaik di pasaran. Keupayaan kenderaan kami terbukti di samping kos penyelenggaraannya yang rendah,” tambahnya.

Apa yang cukup menarik ialah PERODUA sentiasa   berinteraksi dengan pelanggan bagi mengetahui tahap kepuasan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan.

Difahamkan, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan akan membuat tinjauan dan menemubual orang awam bagi mendapatkan pandangan serta mengetahui kehendak serta cita rasa mereka.

Ini termasuk jenis reka bentuk diingini, ciri teknologi yang dikehendaki dan paras harga jualan yang boleh diterima oleh orang ramai.

image.pngimage.png

"Melalui proses ini, kami dapat memahami kehendak pelanggan dan akan cuba yang terbaik untuk memenuhi permintaan mereka pada masa hadapan,” jelasnya.

Bagaimana PERODUA boleh menawarka kereta pada harga mampu milik?

PERODUA dikatakan menerapkan konsep seperti Kaizen (proses penambahbaik berterusan) dan MUDA elimination (aktiviti menghapuskan pembaziran) dalam setiap operasi, selain aspek berkenaan turut diterapkan dalam operasi vendor serta pengedar.

Maka, PERODUA dapat mengawal peningkatan kos kepada operasi.

Faktor lain yang membantu kami membendung kenaikan kos termasuklah mengurangkan pergantungan kepada impak mata wang asing dengan membeli komponen tempatan.

"Secara purata, kami membeli 95 peratus daripada komponen kenderaan daripada vendor tempatan dan pendedahan terhadap kos mata wang asing kepada operasi adalah terhad," ujarnya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQY6784

SELANGOR

BSQ2715

JOHOR

JYX1267

PULAU PINANG

PSC4364

PERAK

APH5870

PAHANG

CFG5628

KEDAH

KGG1437

NEGERI SEMBILAN

NEK4596

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8043N

Terakhir Kemas Kini 23 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-03-2023
Berita Auto

21-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026

Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang cuti panjang bermula 27 Mei ini.

22-05-2026
Berita Auto

Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini

Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!

22-05-2026
Berita Auto

Lencongan Jalan Lojing-Gua Musang Sudah Dibuka

Jalan Lojing-Gua Musang Dibuka Jam 5 Petang Ini, JKR Ingatkan Pemandu Kurangkan Had Laju!

21-05-2026
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu

Rakyat Malaysia Serbu Toyota! Yaris Cross Catat Lebih 2,000 Tempahan Selepas 14 Hari Pelancaran.

21-05-2026
Berita Auto

Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari

Nak Cuti Panjang, Ini Tarikh-Tarikh ‘Keras’ Yang Anda Wajib Elak Di Lebuhraya PLUS!

20-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, RON97 Tanpa Subsidi, Diesel Naik

Harga Bahan Api Tanpa Subsidi Naik Lagi.

20-05-2026
Berita Auto

iCAUR 03 CKD Kini Dipasang Di Shah Alam, Harga Marhaen

Bukan Lagi CBU! SUV EV 'Retro-Kotak' iCAUR 03 Kini Mula Dipasang Di Shah Alam, Harga RM129k!

20-05-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.