Tiada Lagi Honda Accord Di M'sia

Di sebalik pelancaran Honda City Facelift 2023 semalam, Honda Malaysia turut mengumumkan bahawa pihaknya akan menghentikan pengeluaran Honda Accord tidak lama lagi.
Ini bermakna, Honda Accord generasi ke-10 itu tidak akan digantikan dengan model generasi baharu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan punca penamatan pengeluaran model Honda Accord itu.
Sebaliknya menurut sumber dalaman kami, keputusan untuk menghentikan pengeluaran Honda Accord diambil gara-gara jualan model segmen-D itu semakin menurun di pasaran tempatan.

Ia juga disebabkan golongan pembeli kini lebih gemar mencari model SUV.
Jualan yang semakin menurun juga turut menyukarkan pihak syarikat untuk mengeluarkan unit Honda Accord dalam versi pemasangan tempatan (CKD).
Pada masa ini, Accord generasi kesepuluh dibangunkan di kilang Honda Malaysia yang terletak di Pegoh, Melaka.
Walaupun Honda Malaysia tidak menyatakan secara rasmi bila operasi CKD untuk Accord generasi kesepuluh akan dihentikan, namun Syarikat terbabit dijangka akan berbuat demikian menjelang akhir tahun ini.
Selepas itu, SUV crossover CR-V generasi baharu bakal mengambil alih tempat kereta penumpang utama untuk jenama H.

Generasi keenam SUV crossover CR-V itu dikatakan memasuki pasaran Malaysia pada suku akhir tahun ini.
Model itu telah pun memasuki pasaran Australia dan Thailand baru-baru ini yang hadir dengan pilihan rangkaian pembakaran enjin dalam dan hybrid.
Berbalik kepada Honda Accord, ia hadir dalam dua varian dan ia dipasang dengan enjin 1.5 liter turbo dimana ia mampu menjana kuasa setinggi 201 hp dan tork 260 Nm.
Harga jualan Honda Accord bermula dari RM187,400 hingga RM197,400.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda City & Accord Kini Dengan Warna Baharu
Honda Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi dua buah model iaitu Honda City dan Honda Accord.
11-03-2022
Honda Accord 2020 Gasak Pesaingnya!
Kereta sedan segmen D, Honda Accord yang merupakan model generasi ke-10 kali ini tampil dengan penampilan baharu.
02-09-2021
Kereta Honda Accord | Lebih Pintar daripada apa yang anda jangkakan
Jenama Honda selain dari sedap dibawa, ia lebih pintar daripada apa yang anda jangkakan! Jom tengok review Honda Accord hari ni dengan Caricarz!
27-04-2021
Nak Selamat Daripada Covid? Beli Honda!
Semakin ramai pengeluar kereta muncul dengan idea-idea teknologi baharu bagi mengelakkan penyebaran virus ini.
05-04-2021
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


