ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMW Toyota Catat Jualan 8,349 Unit Julai 2023, Meningkat 8.5 Peratus

Sofea Najmi

Kongsi melalui

UMW-Toyota-Motor_HQ.jpg


UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan prestasi yang membanggakan pada bulan Julai tahun ini dengan pencapaian jualan sebanyak 8,349 unit kenderaan.  Daripada jumlah tersebut, 8,200 unit adalah daripada jenama Toyota, manakala selebihnya (149 unit) adalah daripada jenama Lexus.


Vios-Launch-13.jpgINNOVAZENIX-1.jpg

Toyota Vios AC100 (kiri) & Toyota Innova Zenix (kanan) adalah dua model terbaru yang dilancarkan oleh UMWT


Berbanding Julai tahun lalu, jumlah jualan bulanan yang dicatatkan pada Julai 2023 meningkat sebanyak 25.8%, yang turut mencerminkan peningkatan jualan tahun setakat ini  (YTD) sehingga bulan Julai 2023 yang telah meningkat sebanyak 8.5% berbanding jumlah YTD bulan Julai 2022.


Toyota-ESYang-MuarJohor-3SCentre-(2).jpg
Toyota-ESYang-MuarJohor-3SCentre-(8).JPGToyota-ESYang-MuarJohor-3SCentre-(7).JPG

Pusat 4S terbaru UMW Toyota di Muar, Johor, dikendalikan oleh E.S. Yang Motor


Bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat, UMWT telah meluaskan lagi rangkaian pengedarannya di negara ini dengan membuka Pusat 4S Toyota baharu yang dkendalikan oleh rakan pengedar Toyota yang berpengalaman, E.S. Yang Motor. Terletak di Jalan Dato’ Haji Kosai, Muar, Johor, Pusat 4S baharu ini terdapat 14 ruang servis dan 20 ruang khas untuk badan kenderaan dan cat. 


Di Sabah, rakan pengedar Toyota yang berpangkalan di negeri di bawah bayu, Armada KK Automobile, baru-baru ini telah memperkembang bilik pamerannya di Jalan Penampang dari 1S kepada 3S. Kini, cawangan tersebut menyediakan 18 ruang servis, termasuk perkhidmatan jualan untuk pelanggan Toyota di sekitar Penampang atau Kota Kinabalu. 


Vios-Launch-4.jpg

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K


Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, berkata, "Pertumbuhan angka jualan kami secara berterusan membuktikan daya tarikan kereta Toyota kepada pembeli yang menghargai prestasi dan kebolehpercayaannya. Bagi memperluaskan lagi pengalaman memandu kereta Toyota kepada lebih ramai pengguna, dengan sukacitanya kami menjadikan pemilikan kereta Toyota lebih mudah diakses dengan pembukaan pusat jualan dan servis kami, serta perkhidmatan Extra Mile bersama dengan promosi bulanan yang menjadikan pembelian dan pemilikan kereta Toyota lebih mudah."

Vios-Launch-23.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5447

SELANGOR

BST9887

JOHOR

JE7645J

PULAU PINANG

PSF8279

PERAK

APL7156

PAHANG

CFH8369

KEDAH

KGJ2494

NEGERI SEMBILAN

NEM694

KOTA KINABALU

SJU2780

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-07-2026
Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru

10-01-2026
Kereta Baru

09-01-2026
Berita Auto

06-01-2026
Berita Auto

22-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.