ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

BIKIN MALU: Pengecas EV Daif, Mentaliti Jauh Ke Belakang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ketika ini, bilangan stesen pengecas kenderaan elektrik tumbuh bak cendawan selepas hujan disebabkan kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas awam menjelang tahun 2025.

Untuk itu, kami di CariCarz.com ingin membincangkan mengenai topik penyelenggaran stesen pengecas yang sudah ada di kebanyakan negeri.

Di sebalik pemasangan pengecas EV, pada hemat kami, pengendali titik pengecasan (CPO) sepatutnya menggalas tanggungjawab mereka dalam memastikan kemudahan mereka sebenarnya beroperasi dengan baik.

Seperti mana yang dilakukan kebanyakan pengusaha-pengusaha stesen minyak di negara ini.

Jarang sekali, kita dapat melihat pam minyak rosak atau tidak beroperasi namun lain pula yang terjadi kepada stesen pengecas yang kami gunakan baru-baru ini.

Untuk makluman anda, kami ada memandu uji Hyundai Ioniq 6 menghala ke Ipoh, Perak baru-baru ini.

image.png

Sebenarnya, perjalanan ini tidak dirancang namun kami bertiga membuat keputusan untuk meredah ke Ipoh tanpa berfikir panjang semata-mata untuk menguji perjalanan Ioniq 6 dengan hanya sekali cas.

Lagipun, Hyundai mendakwa Ioniq 6 boleh bergerak sejauh 614 kilometer jika dipandu secara berhemah.

Namun, kami tidak merancang untuk memandu pada kelajuan rendah kerana tujuan kami adalah untuk menguji pemanduannya.

Jadi, kami memandu seperti biasa.

Hendak dijadikan cerita, kami keluar dari Seri Kembangan ketika paras bateri Ioniq 6 berada pada 99 peratus dan selamat tiba di Ipoh dengan kadar bateri kira-kira 40 peratus.

image.png

Sejurus tiba, sempatlah kami merakam gambar dan video Ioniq 6 di sekitar Kellie’s Castle dan beberapa kawasan untuk ruangan Review kami. 

Sebaik kerja-kerja kami selesai dan pekena nasi Ganja Ipoh, kami kemudian membuat keputusan pulang ke Kuala Lumpur sekitar pukul 3 petang.

Memandangkan tahap bateri semakin berkurangan, kami membuat keputusan untuk mengecas di  Shell Recharge R&R Tapah (Arah Selatan) memandangkan stesen pengecas AC di Ulu Bernam sedang diselenggara.

image.png

Malangnya sebaik, tiba di R&R Tapah, bateri tinggal 20 peratus manakala kemudahan Shell Recharge  pula mengalami gangguan.

Aplikasi ParkEasy yang dimuat turun boleh menunjukkan kedua-dua tempat letak kereta telah ditempah dan halangan tempat letak kereta telah turun.

Namun, aplikasi itu tidak mendedahkan bahawa tempahan lot itu cuma selama 10 minit.

Selepas hampir 20 minit menunggu di Shell Recharge, kami memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk menggunakan pengecas DC  sebaliknya menggunakan pengecasan AC yang agak perlahan di lokasi sama.

image.png

Bagaimanapun, satu daripada dua tapak  itu sudah disambungkan namun tidak cas manakala satu tapak lagi juga tidak beroperasi.

Jadi, kami tidak mempunyai pilihan selain menggunakan pengecas AC namun selepas dua jam menunggu, kami cuma dapat 19 peratus bateri bagi membolehkan kami meneruskan perjalanan pulang sebelum matahari terbenam dan terus ke stesen pengecas Bangi Golf Resort .

image.png

Berdasarkan pengalaman ini,  kami dengan penuh yakin boleh menyatakan bahawa perjalanan EV buat masa ini sebenarnya hanya sesuai untuk kegunaan bandar, terutamanya di Lembah Klang kerana terdapat banyak  stesen pengecas AC dan DC.

Namun jika mahu meneruskan  perjalanan  ke luar bandar, pengguna EV disarankan merancang perjalanan mereka lebih awal.

Maksudnya, anda sudah tahu dimana perlu berhenti dan apa yang penting R&R yang mana mempunyai pengecas DC bagi memastikan anda tidak terus dibelenggu dengan kebimbangan.

Malah, anda juga sudah sepatutnya sudah bersedia dari segi mental jika lokasi berkenaan cuma ada pengecas AC. Apa yang pasti anda kena tunggu lama!

Di sebalik kelembapan pengecas AC, kami tertanya-tanya adakah wajar pengecas AC dipasang di sepanjang laluan lebuh raya?

Ini kerana sudah pastinya pengguna lebuh raya mahu mengecas dengan cepat berbanding menghabiskan masa berjam-jam di kawasan R&R.

Keadaan mungkin bertambah parah bagi yang ada anak kecil.

Di sebalik pengalaman pahit ini, pada hemat kami, CPO SEPATUTNYA bukan hanya memfokuskan menambahkan bilangan stesen pengecas tetapi sentiasa memastikan fasiliti itu boleh digunakan dengan sebaik mungkin dan yang penting ia diselenggara secara berkala.

image.png

Bukan itu sahaja, CPO juga perlu memastikan kawasan pengecasan mereka bersih.

Jika anda melihat gambar yang dirakam kami, satu-satunya pengecas AC  yang kami dapat gunakan dicemari dengan tahi burung.

Mahu atau tidak, kami terpaksa menggunakan pengecas itu bagi membolehkan kami sampai ke destinasi.

Pendek kata, janganlah sekadar kejar kontrak kerajaan untuk memasang pengecas EV dengan berjanji bulan, bintang  tetapi kualiti ke laut sehingga menyusahkan pemilik EV.

Mungkin ada yang bertambah gelisah  selepas membaca artikel ini!

Apa pula pandangan anda sepanjang menggunakan pengecas EV di sepanjang lebuh raya? Kongsikan pengalaman anda!



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9305

SELANGOR

BSQ9152

JOHOR

JYB433

PULAU PINANG

PSD1857

PERAK

APJ3062

PAHANG

CFG8124

KEDAH

KGG5705

NEGERI SEMBILAN

NEK6837

KOTA KINABALU

SJS4608

KUCHING

QAB223P

Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

10-02-2026
EV

23-09-2023
Berita Auto

Bermulanya Era EV M'sia: Shell & Porsche Umum Permulaan Operasi Stesen Pengecas Berprestasi Tinggi

Shell dan Porsche Asia Pasifik telah mengumumkan permulaan operasi stesen pengecas berprestasi tinggi (HPC) di Tangkak, Johor.

13-01-2022

Berita Terkini

EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.