Pengecas Pantas 100 kW DC Handal BMW Di The Vertical, Bangsar South Kini Aktif
-full_normal.jpg)
Syarikat penyedia pengecas kenderaan elektrik (EV), DC Handal, hari ini secara rasminya telah mengaktifkan stesen pengecas DC pertamanya di The Vertical, Bangsar South, bertentangan dengan ibu pejabat Lazada.
Stesen ini menempatkan unit pengecas pantas DC Kempower 100 kW dengan dua kabel sambungan CCS yang membolehkan dua EV dicas secara serentak. Kabel sambungan Kempower diletakkan dengan cara yang berbeza berbanding stesen pengecas EV lain, kerana kabel yang panjang diletakkan dalam posisi menegak menggunakan tiang. Ini secara tidak langsung memudahkan lagi penggunaan dan akses kepada kabel.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Menggunakan pengecas DC Kempower 100 kW ini, sekiranya dua EV dicas serentak, kuasa yang disalurkan adalah 40 kW setiap kenderaan, manakala untuk pengecasan sebuah EV, kuasa yang disalurkan adalah sehingga 80 kW. Menurut syarikat tersebut, kekurangan 20 kW daripada kapasiti sebenar pengecas adalah kerana anggaran kadar kW yang turun sekiranya cuaca panas.
s-full_normal.jpg)
Untuk menggunakan kemudahan pengecas pantas EV yang disediakan DC Handal, pembayaran boleh dibuat melalui kad debit atau kredit, Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay atau Aplikasi JomCharge dan Aplikasi chargEV. Kadar cas ditetapkan pada RM1.50/kWh.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
500 Pengecas EV Akan Dibina di JPO – DC Kapasiti 1MW!
Genting Simon Sdn Bhd mengumumkan rancangan untuk memasang 500 pengecas kenderaan elektrik (EV) di Johor Premium Outlets (JPO).
04-03-2025
Persaingan Harga Pengecas EV Makin Sengit – DC Handal Tawar RM1.00/kWj Untuk DC?
DC Handal kini menawarkan kadar tetap RM1.00/kWj bagi pengecasan pantas DC (DCFC) di beberapa lokasi.
09-12-2024
Pengecas DC ChargEV x Kempower Kini Di Eco Galleria, JB – 320 kW, RM1.60/kWj
ChargEV telah mengaktifkan stesen pengecasan pantas DC berkuasa tinggi di Eco Galleria. Ini butirannya...
15-09-2024
Gentari Rancang Kerjasama Dengan Mercedes-Benz Malaysia – Sedia Pengecas DC, Pelan Langganan
Gentari merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan Mercedes-Benz Malaysia.
07-12-2023
ChargeSini Sedia 18 Stesen Pengecas EV Sepanjang Ogos 2023
ChargeSini merancakkan usaha untuk memperluaskan rangkaian titik pengecasan di Malaysia.
10-10-2023
BIKIN MALU: Pengecas EV Daif, Mentaliti Jauh Ke Belakang
CPO disarankan menyelenggara fasiliti mereka secara berkala.
25-09-2023
Pengecas Pantas DC 80kW ChargeSini Kini Di Skudai, Johor
Pengecas kenderaan elektrik (EV) ChargeSini kini tersedia di Restoran Pekin Sutera.
18-08-2023
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

