Cukup Macho, Sporty Habis, Tiba Tak Lama Lagi?

Nampaknya Toyota Motor Corporation (TMC) telah memilih untuk menggunakan jenama Lexus untuk memperkenalkan model EV generasi pertama, yang akan menggunakan teknologi bateri baharunya.
Menjelang penampilan sulungnya pada pameran Tokyo Motor Show 2023 yang akan datang, Lexus telah mendedahkan lakaran model konsep EV terbaharunya, dengan mempamerkan elemen reka bentuk yang cukup luar biasa.
Imej penggoda yang tersebar di media sosial menunjukkan modular EV itu masih belum didedahkan secara rasmi.

Menjengah bahagian luarannya, ia menampilkan lampu nyalaan siang hari LED berbentuk L yang lazimnya ada pada kebanyakan model Lexus ketika ini.
Malah, ia turut menampilkan siluet yang agak sporty seperti mana yang didedahkan dalam imej teaser pada awal tahun ini.
Difahamkan, Lexus serba baharu ini akan dibina menggunakan pelantar modular, selain memanfaatkan teknologi yang ada pada syarikat induk Toyota termasuklah barisan pengeluaran autonomi dan teknik tuangan giga casting.

Melalui proses baharu ini, Toyota mendakwa kos pengeluaran teknologi bateri baharu ini adalah lebih rendah 20% berbanding dengan bZ4X.


Lebih menarik, Toyota mendakwa pek bateri lithium-ion 'Prestasi' generasi seterusnya yang digunakan pada konsep Lexus EV baharu ini boleh dicas daripada 10% hingga 80% hanya dalam masa 20 minit .
Untuk itu, ia mampu melakukan perjalanan sejauh 800 kilometer dengan hanya sekali cas.
Begitupun, tiada butiran dikongsi mengenai persediaan rangkaian kuasa model baharu ini namun ia sudah pun ditayangkan di Thailand pada awal tahun ini.

Untuk pasaran Thailand, model Lexus RZ 450e EV dikuasakan oleh pacuan semua roda (AWD) dwi-motor DIRECT4 dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 308 hp dan 435 Nm.
Ini membolehkan SUV ini memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.3 saat.
Sebelum teaser konsep Lexus EV ini, Toyota ada mendedahkan teaser baharu versi pengeluaran model konsep SUV Kompak bZ miliknya.
Bagaimanapun, tiada tarikh pelancaran yang didedahkan.

Apapun, ia akan membuat penampilan sulungnya sempena pameran Japan Mobility Show 2023 pada Oktober ini.
Konsep Lexus EV baharu ini akan menerajui kepantasan elekmobiliti Toyota, di mana jenama itu merancang untuk melancarkan 10 model EV baharu menjelang 2026, diikuti dengan sasaran jualan EV tahunan sebanyak 1.5 juta. Pengeluaran model EV baharu adalah berdasarkan konsep modular ini dijangka akan dimulakan kemudian pada 2026.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8937
SELANGOR
BSU9515
JOHOR
JH2293J
PULAU PINANG
PSH3294
PERAK
APM8364
PAHANG
CFJ3768
KEDAH
KGJ7635
NEGERI SEMBILAN
NEM5504
KOTA KINABALU
SJV1293
KUCHING
QAB9743P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun
Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.
08-08-2025
Akio Toyoda Dilantik Semula Sebagai Pengerusi Toyota, Apa Yang Berlaku?
Akio Toyoda telah dilantik semula sebagai Pengerusi Toyota Motor Corp. oleh pemegang saham syarikat itu walaupun terdapat skandal berkaitan tadbir urus dan ujian pensijilan.
21-06-2024
Toyota Ambil Alih Syarikat Pengeluar Bateri EV Panasonic
Toyota Motor Corporation telah menyelesaikan pengambilalihan Primearth EV Energy Co., Ltd. (PEVE).
28-03-2024
Kepimpinan Baharu Berkuat Kuasa 1 Mac 2024
Gara-gara skandal penyelewengan ujian keselamatan, pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation (TMC) menggantikan kepimpinan baharu semalam.
14-02-2024
Skandal Daihatsu: Ini Tindakan Daihatsu
Daihatsu akan menghentikan pengeluarannya di Jepun sehingga akhir Januari 2024,
26-12-2023
Adakah Model GR Akan Diabaikan? Ini Penjelasan CEO Baharu Toyota
Peletakan jawatan presiden dan CEO Toyota, Akio Toyoda, telah menimbulkan kebimbangan peminat kereta sport di seluruh dunia.
02-05-2023
Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia Pada Usia 97 Tahun
Pengerusi Kehormat Toyota Motor Corp, Shoichiro Toyoda dilaporkan telah menghembuskan terakhirnya di usia 97 tahun.
15-02-2023
CEO Toyota Letak Jawatan, Penggantinya, Koji Sato, Akan Tumpu Pada EV?
Syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation, telah mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Operasinya (CEO), Akio Toyoda, yang berkuat kuasa 1 April ini.
27-01-2023
Berita Terkini
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
