ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Enjin Ioniq 6 Padu, Tak Sia-Sia Siapa Beli

Suhana Veru

Kongsi melalui

The-Hyundai-2023-IONIQ-6-is-photographed-in-Irvine,-Calif.,-on-Nov.-17,-2022..jpg

Tahukah anda, enjin Hyundai Ioniq 6 dinobat sebagai salah satu unit rangkaian kuasa dalam senarai 10 Enjin dan Sistem Penggerak Terbaik Dunia Wards 2023, baru-baru ini.

Anugerah tahunan itu adalah daripada kumpulan penerbitan automotif WardsAuto yang turut mengiktiraf unit rangkaian kuasa terkini yang dikatakan cukup menarik selain enjinnya sudah dinaiktaraf.

Selain trenkuasanya, IONIQ 6 juga dipilih berdasarkan prestasinya, keupayaan pengecasan, jarak pergerakan dan harga.

The-Hyundai-E-GMP-photographed-in-Seoul,-South-Korea,-on-Dec.-3,-2020.jpg

Apapun ini bukan kejayaan pertama mereka, memandangkan Hyundai Ioniq 5 yang dibina  berdasrkan platform dan unit rangkaian kuasa yang sama juga tersenarai dalam 10 Enjin dan Sistem Penggerak Terbaik Dunia Wards 2022. 

Bercakap mengenai perkara itu, Pengarah pembangunan unit penggerak elektrik Hyundai America Technical Center Inc, Byungho Lee berkata, anugerah yang diterima untuk dua tahun berturut-turut merupakan pencapaian yang luar biasa.

CariCarz_TA_HyundaiIoniq-6-Launch_SOCIAL_-30.jpg

“Anugerah berprestij ini mengiktiraf kejuruteraan luar biasa Ioniq 6 yang dicapai dengan Platform E-GMP. Seni binanya yang inovatif membolehkan pengecasan yang lebih pantas, jarak pemanduan lebih jauh dan dinamik pengendalian yang unggul untuk meningkatkan pengalaman kenderaan elektrik kepada tahap baharu.” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Editor laporan automotif WardsAuto, Bob Gritzinger pula berkata, salah satu sebab mengapa rangkaian kuasa Hyundai Ioniq 6 ini dipilih adalah kerana ia “memberikan pecutan yang ekstrem pada tahap semua kelajuan.

“ Malah, dengan adanya mod Eco, ia sudah cukup selesa untuk kegunaan harian, tetapi mod Sport mengubah kereta ini menjadi kapal roket. 

CariCarz_TA_HyundaiIoniq-6-Launch_SOCIAL_-9.jpg

“Ini jelas menjadikan ia berada pada kedudukan atas untuk unit rangkaian kuasa bateri elektrik dan layak untuk tahun kedua dalam senarai kami, maka kali ini,  Ioniq 6, dipilih” ujarnya.

Ini menandakan tahun ke-29 untuk Wards menganjurkan Anugerah10 Enjin Terbaik dan Sistem Penggerak Terbaik Dunia Wards yang sebenarnya dianjurkan untuk mengiktiraf cemerlang

pencapaian trenkuasa dan menyerlahkan pasukan yang menciptanya.

Berikut adalah pemenang yang tersenarai dalam 10 Enjin dan Sistem Penggerak Terbaik Dunia Wards 2023 :

•  BMW M2 – 3.0L petrol turbo enam-silinder

•  Chevrolet Corvette Z06 – 5.5L V8

•  Dodge Hornet R/T – 1.3L petro turbo empat-silinder PHEV

•  Ford Mustang Dark Horse – 5.0L V8

•  Honda Accord Hybrid – 2.0L empat-silinder hibrid

•  Hyundai Ioniq 6 – Elektrik

•  Lucid Air – Elektrik

•  Mercedes-Benz AMG C43 – 2.0L petrol empat-silinder

•  Nissan Ariya – Elektrik

•  Toyota Prius Prime – 2.0L empat-silinder PHEV


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5133

SELANGOR

BST3916

JOHOR

JD4711J

PULAU PINANG

PSF2553

PERAK

APL1870

PAHANG

CFH5983

KEDAH

KGH8027

NEGERI SEMBILAN

NEL6509

KOTA KINABALU

SJT8552

KUCHING

QAB4988P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

20-09-2023
Kereta Baru

15-09-2023
Kereta Baru

21-07-2023
Berita Auto

28-04-2023
Teknologi

22-03-2023
Pandu Uji

07-10-2023

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.