[PANDU UJI] Ioniq 6 Max AWD: Ini Dia 4 Perkara Menarik Tentang EV Paling ‘Stylo’ Di Dunia
Sofea Najmi
6-11-2023
Tidak cukup sekali pandang, EV terbaru yang telah dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Hyundai Sime Darby Motors, Hyundai Ioniq 6 terbukti sebagai salah sebuah EV yang menyerlah di jalan raya kerana reka bentuknya dan menakjubkan bagi yang dapat merasa.
Kami di CariCarz baru-baru ini telah diberi peluang untuk memandu uji varian tertinggi Hyundai Ioniq 6 iaitu Max AWD. Apa yang menarik tentang model ini? Teruskan membaca…
REKAAN PADAT DENGAN ELEMEN AERODINAMIK UNTUK PERJALANAN LEBIH JAUH
EV terbaru dari Hyundai ini hadir dalam rekaan yang memukau sehingga dinobatkan sebagai Reka Bentuk Kereta Terbaik Dunia 2023.
Psst: Bukan itu sahaja pengiktiran yang diterima EV keluaran negara Korea ini, tetapi juga beberapa lagi anugerah lain seperti Kereta Terbaik Dunia 2023 dan Kenderaan Elektrik Dunia 2023 Terbaik.
Reka bentuk Ioniq 6 yang 'streamlined' bukanlah semata-mata cantik dilihat, kerana ia berfungsi sebagai elemen aerodinamik dengan pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.21 cd, sekaligus meningkatkan jarak EV yang mampu ditempuhi dengan hanya sekali cas.
Antara reka bentuk badan yang membantu EV ini bergerak jauh ialah spoiler jenis double-stacked di bahagian belakang dan pemegang pintu yang direka terbenam pada pintu. Selain itu, terdapat kepak aktif pada bampar hadapan yang membantu dalam penyejukan bateri agar lebih efisien.
Khas untuk varian ini, Max AWD menggunakan rim dua tona bersaiz 20 inci
KABIN BERAURA MEWAH YANG LUAS
Sebaik memasuki ruang kabin, penumpang akan disajikan dengan pemandangan mewah, eksklusif bagi varian tertinggi, tempat duduk Max AWD dibalut dengan kulit vegan.
Dari segi teknologi, model ini hadir dengan ciri seperti pengudaraan untuk tempat duduk pemandu, skrin berkembar yang masing-masing bersaiz 12.3 inci, satu berfungsi sebagai kluster instrumen dan satu lagi sebagai sistem infotainmen. Ciri lain ialah sistem pencahayaan ambien 64 warna dan paparan-di-kepala (HUD).
Eksklusif bagi varian ini ialah ciri bumbung suria, sistem audio 8 speaker Bose dan ciri Relaxion untuk tempat duduk hadapan yang merangkumi suis larasan automatik dan sokongan lumbar.
Keselesaan bukan hanya untuk penumpang hadapan, tetapi juga belakang dengan ciri seperti corong pendingin udara belakang dan port V2L.
Dengan jarak antara roda yang panjang, 2,950 MM, kabin Ioniq 6 cukup luas, ruang kaki yang lapang memudahkan penumpang untuk keluar masuk kereta.
LEBIH ‘SYOK’ DIPANDU BERBANDING VARIAN RWD
CariCarz sebelum ini juga berpeluang untuk menguji varian lebih rendah, Max RWD. Jika dibandingkan, varian kali ini terasa lebih berkuasa.
Gabungan dua motor (satu pada setiap gandar) menghasilkan kuasa 321 HP/605 NM yang membolehkannya mencapai 0-100 KM/J dalam masa sepantas 5.1 saat.
Semasa mengambil selekoh, dapat dirasakan tayar tersasar sedikit atau understeer, namun ciri pacuan semua roda (AWD) memberikan traksi secukupnya yang diperlukan dalam situasi ini.
Menggunakan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 Volt, model ini dilengkapi dengan bateri ion litium berkapasiti 77.4 kWh yang boleh dicas dengan pengecas pantas DC sehingga 350 kW dalam masa hanya 18 minit dari 0-80%. Namun, stesen cas dengan kuasa setinggi ini masih jarang untuk ditemui. Buat masa ini, pengecas yang mudah ditemui adalah jenis DC 50 kW yang mengambil masa kira-kira 1 jam. Sementara itu, dengan menggunakan pengecas AC 11 kW, masa pengecasannya adalah 7 jam.
Dengan cas penuh, Ioniq 6 ini boleh mencapai jarak EV sejauh 519 KM (WLTP), kurang daripada varian Max RWD dengan jarak sehingga 614 KM (WLTP). Kurang 100 KM, namun dengan prestasi yang lebih tinggi. Tepuk dada, tanya selera, apa ciri yang penting untuk anda, prestasi atau jarak EV?
PADAT DENGAN PELBAGAI CIRI KESELAMATAN CANGGIH
Dengan pakej teknologi bantuan pemandu canggih (ADAS), Hyundai Smartsense, Ioniq 6 boleh dikatakan sebagai antara EV yang paling selamat ditawarkan di pasaran.
Antara ciri keselamatan yang menyerlah pada Ioniq 6 ialah pemantau titik buta pada cermin sisinya yang bukan sahaja menyala apabila mengesan kereta dalam kawasan titik buta, tetapi juga akan mengeluarkan amaran bunyi dan getaran haptik. Selain itu, skrin tengah turut akan memaparkan kamera titik buta apabila signal diaktifkan.
Ciri pemantau dan amaran titik buta memudahkan pemandu yang menggunakan sedan elektrik berbadan panjang ini
Ditawarkan di pasaran pada harga RM319,888, pembelian Hyundai Ioniq 6 adalah termasuk waranti standard selama dua tahun atau 50,000 KM dan waranti bateri EV selama lapan tahun atau 160,000 KM.
Waranti standard selama dua tahun yang ditawarkan kedengaran agak pendek? Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan waranti lanjutan sehingga lima tahun atau 100,000 KM dengan penyelenggaran percuma selama tiga tahun atau 50,000 KM. Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM10,000.
Apa pendapat anda? Adakah harga jualannya berbaloi dengan ciri mewah, gaya dan teknologi yang diketengahkan? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk info automotif terkini setiap hari.
SPESIFIKASI
HYUNDAI IONIQ 6 MAX AWD
MOTOR | 2x Permanent Magnet Synchronous Motor (PMSM) |
TRENKUASA | Pacuan Semua Roda (AWD) |
KUASA | 321 HP |
TORK | 605 NM |
0-100 KM/J | 5.1 Saat |
KELAJUAN TERTINGGI | 185 KM/J (terhad) |
BATERI & PENGECASAN | Bateri: Polimer Litium-Ion 77.4-kWh
Pengecasan: AC @ 11 kW (0-100%: 7 Jam) DC @ 350 kW (10-80%: 18 Minit) |
JARAK EV | 519 KM (WLTP) |
BERAT | 2,096 KG (bersih) |
HARGA | RM319,888 |
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC1474
SELANGOR
BSE4520
JOHOR
JXW5039
PULAU PINANG
PRQ3490
PERAK
ANV3507
PAHANG
CFB6589
KEDAH
KGA4255
NEGERI SEMBILAN
NEF7150
KOTA KINABALU
SJK7407
KUCHING
QAB3079L
Terakhir Kemas Kini 02 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Enjin Ioniq 6 Padu, Tak Sia-Sia Siapa Beli
Tahukah anda, enjin Hyundai Ioniq 6 dinobat sebagai salah satu unit rangkaian kuasa terbaik di dunia.
19-09-2023
Hyundai Ioniq 6 Kini Dalam 2 Varian Baharu - Lite & Plus, Dari RM219K
HSDM kini memperkenalkan dua varian baharu, Lite dan Plus di samping dua varian sedia ada, Max RWD dan Max AWD.
16-09-2023
Dedah 3 Model: Adakah Mungkin Tucson, Santa Fe, Ioniq 6 EV?
HSDM tayang lagi tiga model baharu.
29-04-2023
Harga & Spesifikasi Hyundai Ioniq 6 First Edition Diumumkan Di UK
Hyundai Motor UK baru-baru ini telah mengumumkan harga dan spesifikasi bagi Ioniq 6 First Edition, varian pertama bagi model Ioniq 6.
30-10-2022
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
[PANDU UJI] 6 Perkara Menarik Tentang EV Kompak Volvo EX30
Kami berpeluang untuk memandu uji Volvo EX30 dan ini ENAM sebab mengapa Volvo EX30 patut dipertimbangkan...
16-09-2024
[PANDU UJI] 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Hyundai Tucson 1.6T Max
Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Hyundai Tucson 1.6T Max.
04-08-2024
[PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Ini pendapat jujur kami tentang Chery Tiggo 7 Pro.
15-07-2024
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat