ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EVM Asia 2023: SUV Mercedes-Benz EQS Dipamerkan Di Ruang Pameran ABB

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Mercedes-Benz-EQS-SUV-@-EVM-Asia-2023_MITEC-KL_-1.jpg

SUV Mercedes-Benz EQS yang masih belum dilancarkan secara rasmi membuat penampilan awam keduanya semasa acara  EVM Asia 2023


SUV Mercedes-Benz EQS yang masih belum dilancarkan untuk pasaran Malaysia kini dipamerkan oleh ABB Malaysia Sdn Bhd (ABB) di ruang pamerannya di acara EVM Asia 2023. Ekspo ini berlangsung sepanjang minggu ini di MITEC, Kuala Lumpur dari 19 hingga 21 September.


Sebelum ini, SUV tersebut pernah dipamerkan di Malaysia buat pertama kalinya semasa perarakan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Putrajaya. Unit sama dengan livery bertemakan Hari Merdeka masih dapat dilihat pada model ekspo ini. 


CariCarz.com dimaklumkan bahawa model ini telah dipinjamkan kepada ABB Malaysia Sdn Bhd  oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) khusus untuk ekspo minggu ini. 


web_CariCarz_Mercedes-Benz-EQS-SUV-@-EVM-Asia-2023_MITEC-KL_-5.jpgweb_CariCarz_Mercedes-Benz-EQS-SUV-@-EVM-Asia-2023_MITEC-KL_-6.jpg

Livery Hari Merdeka pada badan SUV berfungsi sebagai ‘pelekat samaran’ yang menyembunyikan beberapa bahagian penting model ini



Livery Hari Merdeka pada badan SUV berfungsi sebagai ‘pelekat samaran’ yang menyembunyikan beberapa bahagian penting model ini seperti logo varian, namun yang pasti, unit yang dipamerkan ini ialah sebuah SUV crossover EQS dengan rim bersaiz 22 inci. Namun dari segi mekanikal, tidak pasti sekiranya ia menggunakan sistem 4Matic dengan satu atau dua motor elektrik. Anggaran kami, ini mungkin SUV EQS 450+ yang dikuasakan oleh motor elektrik tunggal. 


Model crossover yang merupakan ‘kembar’ kepada versi sedan  yang dilancarkan sebelum ini ditawarkan dalam varian asas dengan motor tunggal yang dipasang di bahagian belakang untuk menggerakkan roda belakang dengan output 355 HP dan 568 NM yang membolehkannya melakukan pecutan 0-100 KM/J dalam masa 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 210 KM/J.


Varian lebih tinggi, 450 4Matic dengan dua motor pula masih menghamburkan kuasa kuda yang sama namun dengan tork yang lebih tinggi, 800 NM. Varian  580 4Matic pula boleh mencapai 536 HP dan 858 NM dan yang tertinggi, EQS 680 Maybach 4Matic, merupakan versi paling berkuasa dengan output 658 HP dan 950 NM. 


web_CariCarz_Mercedes-Benz-EQS-SUV-@-EVM-Asia-2023_MITEC-KL_-4.jpg

SUV ini dipinjamkan kepada  ABB Malaysia Sdn Bhd oleh MBM untuk mempamerkan unit pengecasan DC syarikat


Semua varian EQS SUV menggunakan bateri 120 kWh (107.8 kWh) yang menyalurkan tenaga kepada motor. Bagi varian dengan motor elektrik tunggal EQS 450+, boleh mencapai jarak perjalanan EV sejauh 660 KM, manakala varian dwi-motor boleh bergerak sejauh 613 KM dan 600 KM , bergantung kepada varian. 


Dari segi pengecasan, sama dengan versi sedan, SUV EQS ini boleh menerima pengecas AC sehingga 11 kW dan DC sehingga 200 kW dengan waktu pengecasan sepantas 31 minit dari 10-80%. 


web_CariCarz_Mercedes-Benz-EQS-SUV-@-EVM-Asia-2023_MITEC-KL_-7.jpg

Berdasarkan foto ruang kabin SUV yang berjaya diambil, model ini dapat dilihat menggunakan MBUX Hyperscreen sama seperti pada sedan EQS 500 4Matic


Malangnya, unit yang dipamerkan di  EVM Asia 2023 ini dikunci dari luar. Oleh itu, kami tidak dapat untuk melihat ruang dalamannya secara terperinci. Walau bagaimanapun, bahagian depan kabin dapat dilihat dengan jelas. Berdasarkan pemerhatian, sudut ini tidak jauh berbeza dengan kabin sedan EQS varian 500 4Matic


Antara ciri utama ialah skrin infotainmen MBUX Hyperscreen dengan tiga skrin, serta pakej hiburan untuk tempat duduk belakang yang terdiri daripada dua buah skrin yang dipasang pada perehat kepala. 


Selain itu, unit yang dipamerkan dilihat mempunyai dua baris tempat duduk yang boleh memuatkan lima penumpang pada satu-satu masa. 


BILA MODEL INI AKAN DILANCARKAN DI MALAYSIA?


web_CariCarz_Mercedes-Benz-EQS-SUV-@-EVM-Asia-2023_MITEC-KL_-3.jpg


Buat masa ini, MBM masih boleh membuat sebarang pendedahan mengenai tarikh pelancaran SUV ini. Namun kami percaya model ini mungkin akan dilancarkan dalam suku terakhir tahun ini. 


LIHAT SUV EQS INI DENGAN LEBIH DEKAT


web_CariCarz_Mercedes-Benz-EQS-SUV-@-EVM-Asia-2023_MITEC-KL_-2.jpg


Nak lihat dengan lebih dekat? Jangan lepaskan peluang untuk ke acara EVM Asia 2023 yang kini sedang berlangsung dari 19 hingga 21 September di MITEC, Kuala Lumpur. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQM1970

SELANGOR

BSM5340

JOHOR

JYR5875

PULAU PINANG

PRY7324

PERAK

APF3221

PAHANG

CFF3478

KEDAH

KGE3875

NEGERI SEMBILAN

NEJ5389

KOTA KINABALU

SJQ3151

KUCHING

QAB2485N

Terakhir Kemas Kini 17 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

RON 97

RM 3.10

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.99

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.19

+0.03

Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026

Berita Berkaitan

EV

20-09-2023
EV

20-09-2023
EV

19-09-2023
Berita Auto

27-07-2023
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026
Kereta Baru

06-01-2026
Kereta Baru

09-12-2025

Berita Terkini

EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026
EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
EV

Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.

06-02-2026
EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan

06-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.