Hilux Hidrogen Boleh Jalan Sejauh 600 KM

Bagi membuktikan komitmennya terhadap teknologi yang jarang diterokai, Toyota buat julung kalinya memperkenalkan trak pikap yang berkuasa sel bahan api hidrogen (FCEV).


Ia yang dikenali sebagai Prototaip Hilux Hydrogen Fuel Cell Prototype, dibangunkan oleh Toyota Motor Manufacturing UK (TMUK) di Derby, England.

Sebagai sebahagian daripada kajian awalnya, TMUK merancang untuk menghasilkan 10 unit prototaip Hilux FCEV, di mana kesemuanya akan menjalani pelbagai ujian di atas jalan dan di makmal.


Beralih kepada bahagian teknikal, prototaip Hilux FCEV ini menggunakan perkakasan utama dari Toyota Mirai.
Diselit di bawah casis rangka tangga Hilux ialah tiga tangki bahan api hidrogen, manakala hud hadapan kini membawa beberapa komponen persediaan FCEV termasuk motor dan bukannya enjin pembakaran dalaman (ICE).
Malah, persediaan bateri hibrid FCEV dipasang di dek belakang supaya tidak memakan ruang kabin.
Namun, walaupun spesifikasi terperinci yang berkaitan dengan persediaan ini masih belum diumumkan, Toyota mendakwa bahawa Hilux FCEV mampu bergerak sejauh 600 kilometer dengan hanya sekali cas.


Sebagai rujukan, tetapan FCEV yang sama memberikan Mirai dengan jumlah keluaran sistem sebanyak 182 hp dan 300 Nm manakala kapasiti tangki bahan api hidrogen 141 liter pula membolehkannya bergerak sejauh 647 kilometer.

Perkiraan itu dibuat mengikut piawaian EPA.
Dikhabarkan Toyota sedang mempertimbangkan untuk membangunkan versi FCEV berasaskan enjin pembakaran dalaman termasuk untuk SUV Toyota Land Cruiser 4x4.
Selain FCEV, Toyota juga ada hati untuk menghasilkan trak pikap berkuasa BEV, kerana syarikat itu sebelum ini pernahkan memperkenalkan kereta konsep Toyota Hilux Revo BEV di Thailand pada tahun lepas.
Walaupun trak pikap berkuasa bateri masih merupakan perkara baharu dalam kalangan jenama Jepun, namun jenama barat seperti Ford dan Rivian telah menerima konsep ini sejak bertahun-tahun lalu.
Sebenarnya, trak berkuasa BEV nampaknya berfungsi dengan baik di pasaran tertentu, misalnya seperti Ford F-150 Lightning yang menjadi salah satu model terlaris syarikat itu.
Selain Toyota, jenama Jepun lain seperti Isuzu juga dikhabarkan akan membangunkan versi BEV bagi model trak pikap D-Max.
Difahamkan, jenama itu menggunakan teknologi BEV pada model trak komersialnya, Isuzu Elf.

Tidak kira sama ada Toyota atau Isuzu akan muncul di tempat teratas dalam persaingan ini, namun, jenama Jepun secara amnya mempunyai banyak usaha untuk menerokai segmen yang jarang diterokai ini.

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat