Mitsubishi Delica Mini x Coleman Dah Masuk Jepun

Adakah anda masih ingat dengan kereta konsep kei Mitsubishi Delica Mini x Coleman yang pernah ditayangkan pada pameran Tokyo Auto Salon 2023 pada awal tahun ini?
Apapun, nampaknya Mitsubishi Motors Corporation (MMC) kini menawarkan tahap kemasan yang agak unik dimana ia menjadi pilihan untuk keluaran kereta kei Delica Mini.

Ia berikutan ramai pelanggannya kelihatan sangat berminat dengan reka bentuknya.
Difahamkan, ia ditawarkan secara eksklusif di pasaran Jepun dimana badan Delica Mini ini dibalut dengan pelekat Coleman.
Untuk makluman anda, Coleman adalah jenama aktiviti luar dan perkhemahan yang terkenal dan mengguna warna baharu greige (kelabu dan kuning air) pada 2023.
Kemasan pilihan ini menambah warna luaran kuning air pada Delica Mini, manakala terdapat lambang Coleman pada kedua-dua tiang D.


Malah, pelekat berbentuk lampu khemah telah dialihkan ke pintu hadapan, yang menyebabkan ia kelihatan lebih kecil daripada apa yang kita lihat pada model konsep sebelum ini.
Malangnya, dengan ciri tambahan ini, pelanggan tidak akan mendapat peralatan yang dilengkapi pada model konsep pratonton. Ini termasuk rak bumbung Coleman, tayar semua rupa bumi (A/T) yang lasak.
Namun jangan risau, para pelanggan boleh mencari aksesori selepas pasaran untuk menjadikan Delica Mini mereka kelihatan sama dengan kereta konsep Coleman.

Menyentuh mengenai trenkuasanya, Delica Mini dikuasakan oleh enjin mild hibrid tiga silinder sebaris 658cc yang membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa setakat 63 hp dan tork 100Nm.
Selain itu, varian Delica Mini T Premium 4WD juga mendapat sistem pacuan semua roda (AWD) bagi memastikan ia dipadankan dengan fasad yang lasak.
Varian tertinggi Mitsubishi Delica Mini T Premium4WD dijual pada harga (RM71,650), manakala Delica Mini x Coleman yang dilengkapi dengan semua pakej pula berharga RM99,536.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7941
SELANGOR
BSU9400
JOHOR
JH1945J
PULAU PINANG
PSH3144
PERAK
APM8047
PAHANG
CFJ3722
KEDAH
KGJ7529
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1135
KUCHING
QAB9670P
Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[FOTO] K-Car Ranggi & Lasak Terbaharu Mitsubishi, Delica Mini 2023, Ini Yang Kita Tahu...
Sempena ulang tahun ke-55 Mitsubishi, jenama kereta Jepun ini telah mengeluarkan Kei car terbaharu.
08-11-2022
Mitsubishi Triton Dilancar, Ada 5 Varian, Harga Serendah RM102K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan secara rasminya Mitsubishi Triton generasi keenam, sebentar tadi.
16-10-2024
Mitsubishi Triton Gen-6 Nak Masuk M'sia
Mitsubishi Triton membuat penampilan sulungnya di Thailand, sebentar tadi.
26-07-2023
Jom Uji Kemampuan Sebenar Xpander & Berpeluang Terima Hadiah Nintendo Switch, G-Shock & Jaket!
Acara ini akan diadakan di tiga lokasi di seluruh negara bermula dengan Shah Alam hujung minggu ini.
13-01-2023
Jualan Mitsubishi Naik 66%
MMM berjaya menghantar 19,217 unit kenderaan dari April 2021 hingga Mac 2022.
29-04-2022
Pelbagai Syarikat Kereta Berganding Bahu Ringankan Beban Mangsa Banjir
Usaha untuk membantu mangsa banjir masih diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pengeluar kereta.
24-12-2021
Mitsubishi Mirage G4 2022: Sedan Kompak Dipasang Secara CKD Di Filipina
Mirage G4 2022 akan dipasangkan di Filipina.
27-09-2021
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
