ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Hyundai Ioniq 6 Kini Dalam 2 Varian Baharu - Lite & Plus, Dari RM219K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-1.jpg

Sedan Hyundai Ioniq 6 dengan bumbung fastbcak kini ditawarkan dalam dua varian baharu, Lite dan Plus


Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah memperluaskan rangkaian kenderaan elektriknya (EV) dengan mengemaskini model Hyundai Ioniq 6. Hanya beberapa bulan selepas pelancaran model EV tersebut, HSDM kini memperkenalkan dua varian baharu, Lite dan Plus di samping dua varian sedia ada, Max RWD dan Max AWD.


Kedua-dua Ioniq 6 Lite dan Plus menggunakan motor tunggal di bahagian belakang yang memacu roda belakang (RWD) seperti varian Max RWD, tetapi kali ini dengan kuasa yang lebih rendah dengan output 149 HP (111 kW) dan tork 350 NM, Ioniq 6 Lite dan Plus mampu memecut dari 0 hingga 100 KM/J dalam 8.8 saat - kira-kira 1.4 saat lebih lambat berbanding masa pecutan Max RWD iaitu 7.4 saat.


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-27.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-3.jpg

Ioniq 6 turut hadir dengan ciri kenderaan-ke-beban (V2L)


Kedua-dua varian menggunakan bateri 53 kWh dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 volt, memberikan Ioniq 6 Lite dan Plus jarak EV maksimum 429 KM (WLTP). Seperti varian Ioniq 6 yang lain, Lite dan Plus juga boleh menerima kadar pengecasan pantas DC 350 kW, membolehkannya dicas dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 18 minit, sekaligus menjadikannya salah satu EV dengan masa pengecasan terpantas di dunia.


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-12.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-11.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-13.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-16.jpg


Dari segi reka bentuk, Ioniq 6 Lite dan Plus menggunakan rim aloi Aero 18 inci yang sama seperti varian Max RWD. Selain itu, semua varian Ioniq 6 masih menggunakan bumbung dalam rekaan fastback dengan pekali seret (coefficient drag) serendah 0.21. Di bahagian depan dan belakang, model ini menggunakan lampu khas Ioniq, Pixel Light.


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-8.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-7.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-4.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-9.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-5.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-6.jpg

Lima pilihan warna ditawarkan 


Ioniq 6 Lite dan Plus ditawarkan dalam lima warna luaran yang berbeza - Abyss Black Pearl, Nocturne Grey Matte, Biophilic Blue Pearl, Dive Blue Solid dan Gravity Gold Matte, sama seperti varian Max RWD dan Max AWD.


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-34.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-17.jpg


Perbezaan antara kedua-dua varian terserlah daripada rekaan ruang kabin kereta, dengan varian Lite diberikan tempat duduk dalam balutan fabrik, manakala varian lebih tinggi, dibalut kulit sepertimana varian  lebih tinggi Ioniq 6 yang lain. Selain itu, varian asas juga tidak memiliki fungsi bukaan pintu automatik dan pelarasan tempat duduk. Paparan-di-kepala (HUD) juga tidak ditawarkan kepada kedua-dua varian. 


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-21.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-22.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-20.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-24.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-23.jpg

Bagaimanapun, kedua-dua varian baru ini dilengkapi pelbagai teknologi yang terdapat pada varian Max seperti paparan dua skrin bersaiz 12.3 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, kawalan pendingin hawa dua zon automatik, sistem pencahayaan ambien 64 warna, port USB-C, pad pengecasan tanpa wayar dan banyak lagi. Namun, varian Lite tidak mendapat sistem audio Bose 8 speaker seperti yang lain, kerana hanya dilengkapi dengan 6 speaker. 


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-30.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-32.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-31.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-33.jpg


Dari segi keselamatan, kedua-dua varian Lite dan Plus dilengkapi dengan pelbagai ciri penting ADAS. Kedua-dua varian mendapat teknologi keselamatan aktif yang asas seperti Lane Keeping Assist (LKA), Forward Collision Avoidance Assistance (FCA), Smart Cruise Control (SCC) dengan fungsi Stop and Go, serta Manual Speed Limit Assist (MSLA). Sementara itu, varian Plus mendapat fungsi ADAS tambahan seperti Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA) dan Surround View Monitor (SVM), sama seperti dua varian Max yang lebih tinggi.


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-11.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-2.jpg


Diimport (CBU) dari Korea Selatan, varian Hyundai Ioniq 6 Lite dan Plus baharu dijual pada harga yang bermula dari RM219,888 untuk varian Lite RWD, manakala varian Plus RWD ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM249,888. Penghantaran kedua-dua varian baharu ini dijadualkan bermula pada suku keempat tahun ini. Penambahan ini melengkapkan seluruh rangkaian Ioniq 6, dengan varian Max RWD dan Max AWD sedia ada masing-masing dijual pada harga RM289,888 dan RM319,888.


Pembelian adalah termasuk  jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 KM secara standard. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 100,000 KM dan jaminan perkhidmatan percuma 3 tahun atau 50,000 KM dengan bayaran tambahan sebanyak RM10,000. Tempahan untuk Ioniq 6 baru boleh dibuat melalui platform rasmi HSDM, Cl!cktoBuy, di mana 30 tempahan pertama berpeluang memenangi keahlian Shell Recharge Gold secara percuma selama satu tahun.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL1504

SELANGOR

BSM3440

JOHOR

JYR1430

PULAU PINANG

PRY4537

PERAK

APF365

PAHANG

CFF1930

KEDAH

KGE2560

NEGERI SEMBILAN

NEJ4681

KOTA KINABALU

SJQ1952

KUCHING

QAB2062N

Terakhir Kemas Kini 05 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

[PANDU UJI] Ioniq 6 Max AWD: Ini Dia 4 Perkara Menarik Tentang EV Paling ‘Stylo’ Di Dunia

Ini pendapat jujur kami tentang varian tertinggi Ioniq 6, Max AWD.

06-11-2023
Global

Enjin Ioniq 6 Padu, Tak Sia-Sia Siapa Beli

Tahukah anda, enjin Hyundai Ioniq 6 dinobat sebagai salah satu unit rangkaian kuasa terbaik di dunia.

19-09-2023
Berita Auto
EV

Harga & Spesifikasi Hyundai Ioniq 6 First Edition Diumumkan Di UK

Hyundai Motor UK baru-baru ini telah mengumumkan harga dan spesifikasi bagi Ioniq 6 First Edition, varian pertama bagi model Ioniq 6.

30-10-2022
Kereta Baru

Hyundai Santa Fe CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM186K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa Hyundai Santa Fe pemasangan tempatan (CKD) sudah dibuka untuk tempahan di seluruh Malaysia.

06-09-2024
Kereta Baru

Tucson CBU, Ada 3 Varian, Harga Bermula RM159K

Akhirnya, Hyundai Tucson dilancarkan secara rasminya.

10-11-2023
Kereta Baru

Pandang Pertama: Santa Fe Hybrid Max, Versi CKD, 7 Tempat Duduk

Hyundai Santa Fe facelift kini lebih macho.

06-11-2023
Kereta Baru

Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah

HSDM sudah membuka tempahan untuk m Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe, pada minggu lepas.

06-11-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).

05-02-2026
Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026
Kereta Baru

Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran Proton e.MAS 7 PHEV akhirnya terjawab. Menerusi hantaran terbaru di media sosial rasmi Proton e.MAS baru-baru ini, SUV hibrid plug-in sulung negara ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam masa kurang 10 hari lagi,

27-01-2026
Kereta Baru

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.

23-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini secara rasmi melancarkan sedan elektrik (EV) flagship terbaru, Volvo ES90 2026.

22-01-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.