Jualan PROTON Melonjak, Rasanya Kenapa?
Nampaknya, jenama PROTON sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia . Benda ini bukan baharu sebaliknya sejak syarikat ini ditubuhkan.
Apapun, faktor utama yang menyebabkan jenama PROTON digemari oleh rakyat marhaen adalah harganya yang mampu milik.

Maka tidak hairanlah, jualan PROTON kini melebihi 100,000 unit untuk untuk tahun kelima berturut-turut setelah jumlah jualan melepasi tahap itu pada bulan lepas.
Berdasarkan perkiraan, sebanyak 13,955 unit (domestik + eksport) jualan pada bulan lepas, dimana jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk 2023 kini berjumlah 104,602 unit.
Ini bermakna terdapat penambahan 17,121 unit atau 19.6% berbanding jumlah dicatatkan untuk lapan bulan pertama tahun lepas.
Malah, dengan jumlah volum industri (TIV) yang dianggarkan sebanyak 74,200 unit, pegangan pasaran PROTON diramalkan pada 18.8% untuk bulan Ogos, dengan angka pegangan pasaran YTD sebanyak 20.8%.
Pertumbuhan volum syarikat bagaimanapun kekal mendahului TIV, yang kini dianggarkan sebanyak 12.2% untuk 2023.

Bagi mengulas perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, selepas mencatat rekod volum baharu pada tahun sebelumnya, industri automotif Malaysia mencatatkan satulagi rekod baharu pada tahun ini.
Ia susulan daripada PROTON dan jenama lain terus bersaing untuk mendapatkan jualan.

“Keyakinan dan pandangan positif pembeli dicerminkan melalui bilangan produk baharu yang diperkenalkan, dan dengan banyak lagi model bakal dilancarkan sebelum penghujung bulan Disember, kami menjangkakan keadaan pasaran akan kekal dengan daya saingan tinggi.
“Bagi PROTON, pertumbuhan jualan kami boleh dikaitkan kepada usaha syarikat menumpukan perhatian untuk menyampaikan produk berkualiti tinggi serta pengalaman premium yang diberikan oleh 154 pengedar 3S/4S,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, pihaknya mahu terus menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik.
“Nyata usaha itu akan berhasil memandangkan
Memandang ke hadapan, usaha ke arah produkProton Test Labs menerima akreditasi ISO 17025 serta kemasukan syarikat ke dalam ruang EV dengan smart Malaysia,” ujarnya.
Bagaimanapun, anda mungkin tertanya-tanya model Proton yang mana paling laris setakat ini sehingga melonjakkan jualan PROTON.
Berikut adalah perinciannya:
1. PROTON X90
Jualan Proton X90 mendahului jualan bulanan dan YTD untuk SUV segmen-D dengan jualan 719 unit pada bulan Ogos. Setakat ini, jumlah terkumpul adalah sebanyak 2,944 unit.

2. PROTON X50
Proton X50 terus menerajui pasaran SUV segmen B dengan 2,558 unit dijual pada bulan lepas.
Ia menyumbang kepada angka YTD sebanyak 22,750 unit yang bukan sahaja menerajui kelasnya
sendiri tetapi juga keseluruhan pasaran SUV.
3. PROTON EXORA
Tidak ketinggalan Proton Exora yang sebenarnya masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Ini kerana sekurang-kurangnya 409 unit terjual pada bulan Ogos sekali gus menghasilkan jualan YTD sebanyak 3,150 unit.
4. PROTON PERSONA
Sementara itu Proton Persona mencapai jualan lebih 2,000 unit untuk kali keenam bagi tahun 2023 dengan 2,028 unit diserahkan pada bulan lepas.
Biarpun, ia tidak mendahului jualan dalam segmennya, angka YTD mencecah sebanyak 16,561 unit.
Angka itu meningkat 72% berbanding tahun 2022 dan masih berada di tangga teratas dalam kategori
sedan segmen B.

5. PROTON SAGA
Seperti biasa, Proton Saga adalah model Proton paling laris pada bulan Ogos, dimana ia mencapai angka bulanan tertinggi bagi tahun 2023 dengan 6,585 unit dijual.
Ini meletakkan Proton SAGA di tempat kedua jualan keseluruhan kenderaan di Malaysia untuk bulan ketiga berturut-turut.
Bagi lapan bulan pertama, sebanyak 45,836 unit telah diserahkan, iaitu peningkatan sebanyak 34.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022.
6. PROTON IRIZ
Proton Iriz juga mengalami peningkatan jualan sebanyak 654 unit dijual pada bulan Ogos sekali gus meletakkannya di tempat keempat dalam segmennya tetapi dengan 5,362 unit diserahkan pada tahun ini, jualan YTD adalah 50.3% mendahului tahun sebelumnya. A
7. PROTON X70
Akhir sekali ialah Proton X70 dimana sebanyak 1,002 unit terjual dan ia sebenarnya turut membantu melonjakkan jualan YTDnya kepada 7,999 unit.
Jadi, di sebalik kesemua model ini, adakah anda juga ada menempat unit baharu PROTON?
Kongsikan mengapa anda memilih jenama PROTON?
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN6134
SELANGOR
BSM8245
JOHOR
JYS3290
PULAU PINANG
PSA1644
PERAK
APF5708
PAHANG
CFF5290
KEDAH
KGE5361
NEGERI SEMBILAN
NEJ6411
KOTA KINABALU
SJQ5614
KUCHING
QAB3514N
Terakhir Kemas Kini 01 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.
26-02-2026
Proton X50 Serba Baharu Dilancarkan Di Brunei, 3 Varian
Proton International Corporation Sdn. Bhd. (PICSB) memperkenalkan Proton X50 Serba Baharu di Brunei , semalam.
16-01-2026
Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'
Proton membuka tirai 2026 dengan khabar gembira setelah mengumumkan prestasi jualan luar biasa sepanjang tahun lalu.
04-01-2026
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Hati-Hati Tukar Tayar Di Tepi Jalan: Terbaharu Seorang Wanita Maut Ketika Tukar Tayar Kereta
Seorang wanita berusia 31 tahuh maut selepas dilanggar lori ketika sedang menukar tayar kereta di Seremban, pagi tadi.
19-11-2025
Pemilik Proton X50 Berpeluang Nikmati Tol Percuma Selama 3 Bulan, Hanya Perlu Sertai Kempen
Pemilik Proton X50 berpeluang menikmati tol percuma bernilai sehingga RM500 selama tiga bulan dengan menyertai kempen baharu bertemakan “Roar Forward, Ride Freedom.
18-11-2025
15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku
Jualan kereta jenama Proton sekali lagi melonjak apabila berjaya menjual sebanyak 15,575 unit pada bulan lepas manakala Proton Saga meraih jualan tertinggi dalam 12 tahun.
10-11-2025
Lebih 5,000 Unit Proton X50 Facelift Sampai Ke Tangan Pelanggan Dalam 40 Hari
Sejak dilancarkan pada Julai tahun ini, Proton X50 2025 edisi terbaru telah mencuri perhatian rakyat Malaysia, dengan lebih 5,000 unit berjaya diserahkan dalam tempoh hanya 40 hari.
10-10-2025
Berita Terkini
Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.
27-02-2026
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?
Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.
27-02-2026
Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang
RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.
27-02-2026
Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM
Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.
27-02-2026
Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya
Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.
26-02-2026
Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta
Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.
26-02-2026
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.
26-02-2026
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026
Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
26-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
