Lotus Emeya Power Habis, Ada Kuasa 905 HP

Selepas beberapa imej teaser yang disiarkan pada bulan lepas, Lotus akhirnya mendedahkan sedan elektriknya, Lotus Emeya.
Sebelum ini, ia dikenali dengan kod nama Type 133 dimana Grand Tourer ini mampu bersaing dengan sedan elektrik popular seperti Porsche Taycan Turbo S dan Tesla Model S Plaid .
Walaupun ia adalah serba elektrik, Lotus cuba sedaya-upaya menggunakan reka bentuk yang ada pada kebanyakan kereta sports ringan kepada Emeya.
Hasilnya, EV GT ini mempunyai beberapa bahagian aero aktif yang membantu meningkatkan prestasinya dan memberikan kecekapan yang lebih baik.

Senarai bahagian aero bermula di hadapan, di mana gril hadapan Emeya menampilkan flap aktif yang menyalurkan udara terus ke dalam pek bateri dan brek hadapan pula menawarkan sistem penyejukan yang lebih baik.
Apabila kereta dipecut, flap tersebut ditutup semata-mata untuk memberikan prestasi aerodinamik .
Sementara itu, dengan adanya lip bampar hadapan dan peresap aktif, ia sebenarnya dapat mengurangkan kesan seretan.
Beralih ke dalam pula, pemegang pintu Emeya boleh terkeluar ketika kereta dibuka manakala cermin sisi konvensional digantikan dengan kamera.

Emeya mendapat reka bentuk kabin yang sangat moden dan canggih selain digabungkan dengan pelbagai bahan kitar semula.
Lebih menarik ialah bahan upholsteri kabin yang digunakan untuk membalut tempat duduk dan kemasan lain sebenarnya diperbuat daripada benang sisa kapas yang dikumpulkan daripada industri pakaian.
Ini membuatkan, bahan tersebut juga jauh lebih ringan berbanding upholsteri kulit konvensional.


Terdapat juga kemasan mewah lain seperti metalik, Alcantara, poliurethane ultra-fabrik dan kulit Nappa di beberapa bahagian.
Mengenai teknologinya pula, terdapat skrin paparan head-up realiti terimbuh sebesar 55 inci, cermin digital dan juga modul keselamatan LiDAR.
Tidak ketinggalan sistem bunyi keliling KEF 3D yang berfungsi untuk membatalkan bunyi hingar.


Kedua-duanya sebenarnya membantu dalam mengurangkan seretan kereta bagi menawarkan prestasi aero yang lebih baik.
Malah, lebih banyak kesan aerodinamik ditemui di bahagian belakang Emeya.
Terdapat sepasang lubang udara di bahagian sisi yang terletak di bawah bar lampu belakang LED lebar penuh yang sebenarnya mampu menyalurkan udara panas keluar dari brek belakang dan motor.

Apa yang lebih penting, EV GT ini dilengkapi dengan sayap belakang aktif dimana ia hanya digunakan ketika brek keras atau memecut pada kelajuan tinggi.
Ia mampu menjana daya mendap setinggi 215 kg.
Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia didatangkan dengan motor elektrik berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 905 hp dan 984 Nm.
Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 2.8 saat manakala kelajuan maksima adalah sekitar 256 km/j.

Dari segi pengecasan pula, Emeya menyokong pengecasan pantas sehingga 350 kW, di mana pengecasan lima minit mampu menambah jarak sejauh 150 km.
Bagi pengecasan penuh dari10-80 peratus, ia cuma mengambil masa dalam masa 18 minit.
Malah, Emeya yang disumbat dengan pek bateri berkapasiti 102 kWh (Eletre 112 kWh) mampu menawarkan jarak gerak sejauh 600 km untuk sekali cas penuh.
Di sebalik semua fakta mengenai Emeya, ia akan dihasilkan di kilang Wuhan, China pada tahun 2024.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat