ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Lotus Emeya Power Habis, Ada Kuasa 905 HP

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa imej teaser yang disiarkan pada bulan lepas, Lotus akhirnya mendedahkan sedan elektriknya, Lotus Emeya.

Sebelum ini, ia dikenali dengan kod nama Type 133 dimana Grand Tourer ini mampu bersaing dengan sedan elektrik popular seperti  Porsche Taycan Turbo S dan  Tesla Model S Plaid .

Walaupun ia adalah serba elektrik, Lotus cuba sedaya-upaya menggunakan reka bentuk yang ada pada kebanyakan kereta sports ringan kepada Emeya.

Hasilnya, EV GT ini mempunyai beberapa bahagian aero aktif  yang membantu meningkatkan prestasinya dan memberikan kecekapan yang lebih baik.

image.png

Senarai bahagian aero bermula di hadapan, di mana gril hadapan Emeya menampilkan flap aktif yang menyalurkan udara terus ke dalam pek bateri dan brek hadapan pula menawarkan sistem penyejukan yang lebih baik.

Apabila kereta dipecut, flap tersebut ditutup semata-mata untuk memberikan prestasi aerodinamik .

Sementara itu, dengan adanya  lip bampar hadapan dan peresap aktif, ia sebenarnya dapat mengurangkan kesan seretan.

Beralih ke dalam pula, pemegang pintu Emeya boleh terkeluar ketika kereta dibuka manakala cermin sisi konvensional digantikan dengan kamera.

image.png

Emeya mendapat reka bentuk kabin yang sangat moden dan canggih selain  digabungkan dengan pelbagai bahan kitar semula.

Lebih menarik ialah bahan upholsteri kabin yang digunakan untuk membalut tempat duduk dan kemasan lain sebenarnya diperbuat daripada benang sisa kapas yang dikumpulkan daripada industri pakaian. 

Ini membuatkan, bahan tersebut juga jauh lebih ringan berbanding upholsteri kulit konvensional.

image.pngimage.png

Terdapat juga kemasan mewah lain seperti metalik, Alcantara, poliurethane ultra-fabrik dan kulit Nappa di beberapa bahagian.

Mengenai teknologinya pula,  terdapat skrin paparan head-up realiti terimbuh sebesar 55 inci, cermin digital dan juga modul keselamatan LiDAR.

 Tidak ketinggalan sistem bunyi keliling KEF 3D yang berfungsi untuk membatalkan bunyi hingar.

image.pngimage.png

Kedua-duanya sebenarnya  membantu dalam mengurangkan seretan kereta bagi menawarkan prestasi aero yang lebih baik.

Malah, lebih banyak kesan aerodinamik ditemui di bahagian belakang Emeya.

Terdapat sepasang lubang udara di bahagian sisi yang terletak di bawah bar lampu belakang LED lebar penuh yang sebenarnya mampu menyalurkan udara panas keluar dari brek belakang dan motor.

image.png

Apa yang lebih penting, EV GT ini dilengkapi dengan sayap belakang aktif dimana ia   hanya digunakan ketika brek keras atau memecut pada kelajuan tinggi.

Ia mampu menjana daya mendap setinggi 215 kg.

Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia didatangkan dengan motor elektrik berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 905 hp dan 984 Nm.

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 2.8 saat manakala kelajuan maksima adalah sekitar  256 km/j.

image.png

Dari segi pengecasan pula, Emeya  menyokong pengecasan pantas sehingga 350 kW, di mana pengecasan lima minit mampu menambah jarak sejauh 150 km.

Bagi pengecasan penuh  dari10-80 peratus, ia cuma mengambil masa  dalam masa 18 minit.

Malah, Emeya yang disumbat dengan pek bateri berkapasiti 102 kWh (Eletre 112 kWh) mampu menawarkan jarak gerak sejauh 600 km untuk sekali cas penuh.

Di sebalik semua fakta mengenai Emeya, ia akan dihasilkan di kilang Wuhan, China pada tahun 2024.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6526

SELANGOR

BSQ8454

JOHOR

JYY7485

PULAU PINANG

PSD1321

PERAK

APJ2503

PAHANG

CFG7912

KEDAH

KGG5216

NEGERI SEMBILAN

NEK6635

KOTA KINABALU

SJS4331

KUCHING

QAB119P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

08-12-2025
Global

06-06-2025
EV

04-04-2025
Global
Global

02-12-2024
Berita Auto

15-11-2024
Global

06-10-2024

Berita Terkini

EV
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.