Mazda 2 & CX-3 Terima Sistem Infotainmen Terbaru Di Jepun

Hatchback Mazda2 terbaru di Jepun kini ditawarkan dengan pilihan pakej rekaan luaran 'Sci-Fi'
Hatchback Mazda 2, serta SUV crossover CX-3, kini dikemaskini dengan sistem infotainmen baharu untuk pasaran Jepun. Pilihan pakej rekaan luaran yang lebih menonjol ‘Sci Fi’ turut ditawarkan bagi Mazda 2 di negara tersebut.
Kedua-dua model kali ini menggunakan sistem infotainmen ‘Mazda Connect’ dengan skrin baharu bersaiz 8.8 inci, menggantikan sistem ‘MZD Connect’ yang sebelum ini dipaparkan pada skrin bersaiz 7.0 inci dan 8.0 inci. Model yang dinaiktaraf ini dijangka akan mula ditawarkan di negara matahari terbit tersebut pada penghujung bulan Disember untuk Mazda 2 dan Februari 2024 untuk CX-3.


Di Jepun, hatchback Mazda 2 dan SUV CX-3 dikemaskini dengan skrin infotainmen bersaiz 8.8 inci yang lebih besar serta sistem operasi ‘Mazda Connect’ baharu
Sistem terbaru yang digunakan kini didatangkan dengan perkhidmatan panggilan kecemasan, pencarian lokasi kenderaan dan pelbagai lagi fungsi jawalan jarak jauh. Pakej sama turut ditawarkan dalam Mazda 3 generasi terkini.


Selain itu, hatchback Mazda 2 pasaran Jepun turut mendapat pakej rekaan luaran 'Sci-Fi' baharu. Pakej ini adalah termasuk penggunaan aksen hijau Lime Green pada keliling gril, jejari rim, perumah cermin sisi dan spoiler belakang.
KEMAS KINI UNTUK MAZDA 2 DAN CX-3 MALAYSIA
Tidak pasti sekiranya kemas kini ini akan ditawarkan dalam pasaran Malaysia. Di sini, kemas kini yang diterima CX-3 adalah pada bulan Oktober tahun lalu yang diperkenalkan dengan varian ‘Core.’ Sementara itu, untuk hatchback dan sedan Mazda 2 pula, masih tiada sebarang ura-ura pelancaran di negara kita walaupun versi terbaru model ini telah dilancarkan di negara Thailand awal tahun ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW1491
SELANGOR
BSU6516
JOHOR
JG4716J
PULAU PINANG
PSG8739
PERAK
APM5332
PAHANG
CFJ2557
KEDAH
KGJ6171
NEGERI SEMBILAN
NEM4186
KOTA KINABALU
SJU7488
KUCHING
QAB8464P
Terakhir Kemas Kini 28 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dilancar: Mazda BT-50, Versi CBU, Hanya Ada 1 Varian - RM138,000
Mazda BT-50 2025 yang merupakan versi CBU dilancarkan secara rasminya.
05-11-2025
Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K
Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.
31-03-2023
Mazda 2 Versi Hibrid Bakal Masuk Pasaran Eropah
Mazda 2 Hybrid akan mula dijual di pasaran pada bila-bila masa sahaja.
23-02-2022
Mazda CX-3 Facelift 2023 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM115K
Bermaz Motor hari ini telah melancarkan Mazda CX-3 versi 2023MY.
05-12-2023
Berita Terkini
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

