ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Nak Tempah Porsche Cayenne? Tengok Dulu Harganya.

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Porsche Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka tempahan untuk model facelift 2024 untuk SUV Porsche Cayenne.

Ia yang dipasang secara tempatan (CKD) di fasiliti Inokom di Kulim, Kedah dijual pada harga bermula dari RM599.999.

Difahamkan, semua model CKD yang ditawarkan ini didatangkan dengan pakej standard, Sport Chrono.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, ia dilengkapi dengan lampu hadapan LED matrix manakala hud hadapannya dilihat telah direka semula manakala fender hadapan kelihatan terangkat sedikit.

Di bahagian belakang, model baharu ini memperoleh reka bentuk lampu belakang LED baharu dengan lampu bar penuh, manakala  aksen bampar belakang telah diubah suai dengan nombor platnya dipasang agak rendah.

Ia didatangkan dengan beberapa pilihan warna seperti Chromite Black Metallic, Carrara White Metallic dan Quarzite Grey Metallic.

Model facelift CKD ini juga menawarkan aksesori Tequipment termasuk rim rekaan baharu bersaiz 20 inci,rim Cayenne Exclusive Design berukuran 21 inci dan rim Sport Design 22 inci.

image.png

Malah, Porsche Cayenne 2024  juga dikhabarkan mendapat kemas kini gizmo untuk sistem pemanduannya.

Ini termasuk sistem peredam Pengurusan Suspensi Aktif Porsche baharu untuk suspensi udara penyesuaian untuk dua injap baharunya, Power Steering Plus, Bantuan Parkir Depan dan Belakang dengan kamera pandangan sekeliling, serta terdapat penambahan fungsi Kawalan Jelajah Adaptif.

Menjengah bahagian kabinnya pula,  ia dilengkapi dengan instrumen digital 12.6 inci pada bahgaian pemandu, manakala bahagian tengah pula dilengkapi dengan paparan infotainmen standard 12.3 inci

image.pngimage.png

Sementara itu, tempat duduk hadapannya boleh dilaraskan secara  14-hala bersama fungsi memori dan terdapat logo Porsche yang dicetak pada perehat kepala.

Model ini juga menerima pelindung matahari kawalan elektrik untuk tingkap belakang, pengecas telefon pintar tanpa wayar 15W dan juga sistem bunyi surround dari Bose.

image.png

Mengenai trenkuasanya pula, ia disumbat dengan enjin petrol v6 3.0 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa setakat 353 PS dan tork 500Nm.

Jika anda berminat untuk membeli jentera mewah ini, anda boleh membuat tempahan menerusi  platform digital baharu mycayenne.online.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah 250 pelanggan pertama yang membuat tempahan akan menerima kunci dalam warna yang sama dengan warna luaran. 

Dikhabarkan, penghantaran hanya akan bermula menjelang akhir tahun ini.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW6527

SELANGOR

BSP7064

JOHOR

JYW1172

PULAU PINANG

PSB9648

PERAK

APH2427

PAHANG

CFG4183

KEDAH

KGF6935

NEGERI SEMBILAN

NEK3231

KOTA KINABALU

SJR7365

KUCHING

QAB7153N

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-11-2025
EV

07-07-2025
Berita Auto

08-05-2025
Teknologi

27-03-2025
Kereta Baru

07-01-2025
Global

27-08-2024
EV

26-07-2024
Global

22-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.