PENDAPAT! Pusing Bacaan Odometer Patut Kena Sumbat Dalam Penjara!

Di pasaran kereta terpakai, perbuatan "mengacau" bacaan odometer adalah salah satu perbuatan yang sudah menjadi lumrah di Malaysia.
Lebih berani, ada individu secara terbuka menawarkan perkhidmatan berbayar untuk “mengubah”odometer bagi membolehkan pengedar kereta terpakai boleh menipu bakal pelanggan mereka berhubung jarak tempuh kereta sebenar.
Namun, biarpun mangsa terbeli kereta yang mana odometernya telah diubah, mereka sebenarnya boleh mengemukakan kes it uke Tribunal Tuntutan Pengguna atau terus ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Begitupun sudah tiba masanya untuk kerajaan dan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang lebih serius terhadap golongan tidak bertanggungjawab ini.


Jika di dibandingkan di Australia Selatan, pihak berkuasa di negara itu memperkenalkan undang-undang baharu yang lebih tegas untuk memerangi isu bacaan odometer diubah sehingga si pesalah boleh disumbat di penjara.
Malah, ada pengedar kereta di negara itu dilaporkan dicekup gara-gara mengubah semula bacaan odometer kereta terpakai sehingga menyebabkan mereka didenda AUS$30,000 (RM89,724) dan dipenjara dua tahun.
Lebih menarik jika mana-mana peniaga lain berjaya menjual lebih daripada empat kenderaan dengan odometer yang “diusik” dalam tempoh 12 bulan, mereka boleh berdepan hukuman penjara dan denda sehingga AUS$250,000 (RM747,421) bagi kesalahan itu.

Bagaimanapun,, pesalah pertama dan/atau kedua akan dikenakan denda yang lebih berat, iaitu antara AU$100,000 hingga AU$150,000 (RM298,968 - RM448,452).
Apapun, perundangan yang baru dipinda ini ditujukan terus kepada peniaga yang menipu baik berlesen mahupun tidak berlesen dimana kebanyakan mereka memikat mangsa melalui car listings dan pengiklanan di laman media sosial seperti Facebook Marketplace.
Sebelum pindaan undang-undang ini, enam individu telah disabitkan di Australia Selatan atas kesalahan mengusik odometer.
Difahamkan, empat daripadanya mereka sebenarnya adalah peniaga yang beroperasi tanpa lesen.
Susulan itu, keenam-enam mereka telah dikenakan denda berjumlah lebih AUS$35,000 (RM104,639) atas kesalahan mereka.
Senario itu agak berbeza di Malaysia memadangkan kita tiada sebarang undang-undang khusus untuk mengawal kesalahan terhadap individu yang mengganggu bacaan odometer gangguan odometer, dengan dua kaedah yang disebutkan di atas hanya berkaitan tindakan undang-undang sivil dan bukannya pertuduhan jenayah.

Sebagai contoh, Tribunal Tuntutan Pengguna membenarkan pengguna memfailkan kes mereka, dengan jumlah tuntutan maksimum sebanyak RM25,000.
Melihat kepada rangka kerja undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan Australia Selatan terhadap pesalah ini, mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bekerjasama bagi memerangi perbuatan terkutuk ini.
Bagi hemat penulis, golongan penipu ini sepatutnya dihumban dalam penjara memandangkan sekadar denda sahaja sememangnya tidak cukup untuk menghukum mereka.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


