Proton X90 Laris Di Luar Negara, Kini Tembusi Tiga Pasaran Eksport

SUV hibrid ringan, Proton X90 baharu kini dijual di tiga pasaran eksport luar negara. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Proton mengesahkan bahawa model tersebut baru-baru ini dilancarkan di Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei.
Mauritius, sebuah negara kepulauan, adalah negara pertama yang melihat versi eksport X90 pada 4 Ogos, diikuti oleh Afrika Selatan dari 25 hingga 27 Ogos. Pelancaran di Afrika Selatan diadakan melalui pameran khas oleh Proton South Africa, yang turut mendapat sokongan padu dari Kementerian Luar Negeri Malaysia dengan kehadiran Yang Berhormat Yap Wei Sein, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Afrika Selatan.

Serentak dengan pelancaran di Afrika Selatan, X90 turut dilancarkan secara besar-besaran di negara jiran, Brunei. Selain itu, pasaran ini, yang mempunyai anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) tahunan sebanyak 13,000 unit, kini menjadi salah satu pasaran eksport yang berkembang pesat bagi jenama Proton.
Menurut Proton, unit pertama X90 untuk Brunei telah terjual dengan cepat, begitu juga dengan jualan model lain. Malah, jualan Proton di Brunei pada Ogos 2023 mencatat rekod tertinggi dengan 100 unit didaftarkan. "Prestasi jualan kereta Proton yang kukuh di Brunei tahun ini adalah hasil daripada kekuatan barisan model kami serta usaha pengimport kami," kata Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu.

Beliau turut menyatakan bahawa usaha-usaha terkini Proton di luar negara dengan pelancaran X90 baharu ini adalah satu pelaburan masa depan, khususnya untuk membantu jenama ini berada pada kedudukan yang baik apabila keadaan pasaran pulih. Ini disebabkan oleh cabaran ekonomi yang dihadapi oleh banyak pasaran eksport pada tahun 2023.
“Pada masa yang sama, kami kekal fokus untuk mengembangkan kehadiran dalam pasaran eksport semasa. Pelancaran Proton X90, Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama syarikat, dalam tiga pasaran eksport berlangsung hanya tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia pada 7 Mei dan ini membantu meningkatkan imej jenama PROTON di pasaran tersebut,” tambah Xu.

Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:
Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


