SUV Elektrik Peugeot E-3008 Yang Sporty Ini Boleh Capai 700KM!

SUV Peugeot 3008 memasuki generasi baru tahun ini, dan untuk kali pertama dalam sejarahnya, SUV segmen C jenama ini akan ditawarkan dalam versi elektrik sepenuhnya.
Peugeot E-3008, SUV generasi ketiga ini bukan sahaja model elektrik penuh terkini Peugeot, tetapi juga merupakan model pertama di bawah kumpulan Stellantis yang menggunakan platform STLA Medium yang dibangunkan syarikat, yang akan dikongsi dengan jenama lain di bawah lembayung yang sama.
CIRI MEKANIKAL 3 VARIAN PEUGEOT E-3008
Ditawarkan dalam tiga trenkuasa dan dua pilihan kemasan, varian asas E-3008 Electric 210 dikuasakan oleh bateri nikel mangan kobalt (NMC) 73 kWh dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 400 Volt. Digerakkan oleh satu motor hadapan (FWD) berkuasa 210 PS (157 kW) dan 343 Nm, E-3008 versi asas ini dapat mencapai 100 km/j dalam masa 8.7 saat, dan memiliki jarak EV maksimum 525 km.


Varian berprestasi, E-3008 Electric 320 pula menerima pakej NMC 73 kWh yang sama yang memberikan tenaga kepada sistem pacuan semua roda (AWD) dua motor yang lebih bertenaga berkuasa 320 PS (240 kW). Hasilnya, model ini boleh melakukan pecutan abad dengan catatan masa lebih pantas iaitu 6.4 saat, sementara jarak EV maksimumnya pula sama dengan model asas pada 525 km, walaupun memiliki berat yang lebih tinggi, sebanyak 85 kg kerana tambahan motor.
Varian ketiga dan terakhir, varian Electric 230 Long Range pula sesuai bagi yang ingin pergi lebih jauh tanpa risau tentang jarak perjalanan EV. Varian ini boleh mencapai jarak sejauh 700 km. Dilengkapi pakej bateri 98 kWh yang lebih besar, yang menyalurkan kuasa kepada motor elektrik tunggal hadapan (FWD) dengan prestasi 230 PS (170 kW). Bateri yang lebih berat mengurangkan prestasi 0-100 km/j dengan masa 8.9 saat.

Ketiga-tiga varian E-3008 boleh menerima kadar pengecasan AC 11 kW yang sama, dengan kadar 22 kW ditawarkan sebagai pilihan naik taraf. Untuk pengecasan pantas DC, E-3008 boleh menyokong kadar cas DC sehingga 160 kW, membolehkan kedua-dua varian dengan bateri 73 kWh dicas dari 20% hingga 80% dalam masa 30 minit, manakala Long Range mengambil masa lebih kurang 5 minit lebih lama untuk mencapai peratusan cas yang sama.
REKA BENTUK PEUGEOT E-3008




Dari segi penampilan, E-3008 kelihatan agak berbeza berbanding keluaran terdahulu, dihasilkan berdasarkan bahasa rekaan baharu dengan postur yang lebih sporty. Di bahagian depan, SUV EV ini menerima tiga garis ‘cakaran singa’ cahaya eksklusif di bawah lampu hadapan yang mengapit gril. Pada gril pula terdapat logo singa Peugeot lebih besar yang berwarna perak.


Dari sisi, jelas terlihat gaya coupe SUV kerana bentuk cermin belakang yang landai. Seperti kebanyakan SUV crossover yang lain, SUV EV ini juga dilengkapi dengan pelindung badan (cladding) bawah jenis plastik yang kuat. Model ini menggunakan rim bersaiz 19 inci untuk spesifikasi Allure, 20 inci untuk spesifikasi GT.



Di bahagian belakang, lampu brek LED-nya juga hadir dalam reka bentuk tiga cakaran sama seperti yang terdapat di bahagian hadapan, serta aksen bampar belakang dan spoiler belakang (pada bahagian bumbung) yang sporty. Walaupun sebuah SUV bergaya coupe, kapasiti ruang simpanannya cukup praktikal dengan ruang 520L.
KABIN PEUGEOT E-3008




Bergerak ke bahagian dalam, E-3008 menggunakan reka bentuk i-Cockpit terkini Peugeot. Ruang yang dipadatkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti paparan melengkung 21-inci yang dipasang tinggi di bahagian depan, yang boleh dikawal oleh 10 butang sensitif sentuh. Sementara itu, tombol penukar gear konvensional kini digantikan dengan pemilih butang 'PRDN', satu usaha untuk membersihkan ruang kabin keseluruhannya, kata Peugeot.
PASARAN PEUGEOT E-3008

SUV EV kompak Peugeot E-3008 baharu akan dihasilkan di kilang Sochaux Peugeot di Perancis, dengan penghantaran dijangka akan bermula di pasaran terpilih di Eropah menjelang akhir tahun ini, sebelum diikuti oleh pasaran global lain. Selain daripada versi elektrik penuh ini, generasi ketiga 3008 juga akan ditawarkan dalam beberapa varian ICE lain, termasuk varian hibrid plug-in (PHEV) dan varian hibrid (HEV) - kedua-duanya berkongsi platform STLA Medium yang sama.
Apa pendapat anda mengenai SUV EV Peugeot E-3008? Adakah anda mengharapkan agar Peugeot Malaysia (Bermaz Auto Alliance) membawa masuk SUV elektrik ini ke pasaran Malaysia nanti? Seperti biasa, jangan lupa tinggalkan pendapat anda dalam komen di bawah…

Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE2458
SELANGOR
BSK9741
JOHOR
JYN1593
PULAU PINANG
PRW6730
PERAK
APD4532
PAHANG
CFE4869
KEDAH
KGD4804
NEGERI SEMBILAN
NEH9471
KOTA KINABALU
SJP3425
KUCHING
QAB7648M
Terakhir Kemas Kini 19 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
SUV Elektrik Peugeot e-3008 Dipertontonkan – Capai 700 KM, Pelancaran 2025 Nanti?
Di sebalik perhatian yang diberikan kepada model lain di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024), Peugeot turut mempertontonkan SUV elektrik, Peugeot e-3008.
12-12-2024
Stellantis Bakal Mula Pemasangan EV Pertamanya, E-3008, Di Malaysia Tahun Depan?
Stellantis NV bakal memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Malaysia.
26-12-2023
Berita Terkini
EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.
15-12-2025
Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka
XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.
14-12-2025
Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar
Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.
05-12-2025
Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya
Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.
01-12-2025
Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini
Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.
01-12-2025
Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!
Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.
01-12-2025
Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini
Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.
29-11-2025
Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor
Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.
26-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat