Stellantis Bakal Mula Pemasangan EV Pertamanya, E-3008, Di Malaysia Tahun Depan?

Logo Stellantis NV, syarikat pengeluaran Syarikat pengeluaran automotif multinasional
Stellantis NV, pengeluar automotif global yang terkemuka, telah mengumumkan rancangan untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Malaysia menjelang tahun 2024, serta pelancaran jenama lain di bawah naungan syarikatnya.
Selain jenama Peugeot dan Citroen, sejak dua tahun lalu Stellantis NV dilaporkan sedang aktif menguji model-model daripada jenama lain seperti Opel, Alfa Romeo dan DS sebelum ditawarkan sebagai produk baharu di pasaran Malaysia, lapor The Star.
Stellantis mengawal proses jualan dan pengedaran secara terus di Malaysia, sementara Bermaz Auto Bhd pula berperanan sebagai super dealer syarikat.
Ketua Pegawai Operasi dan Pengedar Am Stellantis ASEAN, Daniel Gonzalez, menunjukkan komitmen syarikat terhadap pasaran Malaysia dengan mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan Peugeot 408 baharu menjelang April 2024.
Stellantis juga bercadang untuk membuat pemasangan model-model Jeep bagi pasaran domestik dan antarabangsa, menandakan pertumbuhan yang ketara dalam portfolio jenama tersebut.

Peugoet 408 dikesan sedang diuji di Sabak Bernam pada September lalu
Dalam aspek EV, Gonzalez mendedahkan bahawa Stellantis menyasarkan untuk memulakan proses pengeluaran EV pertamanya di Malaysia menjelang separuh kedua tahun 2024. Beliau mendedahkan bahawa kenderaan STLA Medium, Peugeot 3008 versi elektrik, dijadualkan untuk pengeluaran pada tahun 2025.
![]()
Peugeot 3008 generasi seterusnya akan menjadi kereta pertama dalam platform STLA Medium Stellantis
Menggunakan platform STLA Medium membolehkan kenderaan mencapai jarak EV sehingga 700 KM dengan cas penuh serta lebih efisien dari segi tenaga. Pengenalan platform ini membolehkan lebih banyak model BEV ditawarkan untuk memenuhi keperluan pengguna di rantau ini.

Kilang pengeluaran Stellantis di Gurun, Kedah
“Ini bermakna terdapat potensi pelaburan bernilai RM5 bilion untuk pembekalan komponen daripada syarikat-syarikat tempatan di Malaysia. Oleh itu, ini akan menyumbang kepada penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi syarikat-syarikat tempatan, serta menyumbang kepada ekonomi negara.
"Kami yakin bahawa portfolio jenama kami yang kukuh dan pelaburan kami dalam elektrifikasi akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri automotif ASEAN," katanya.

CariCarz berpeluang untuk menguji dua model Peugeot secara serentak, 3008 dan 5008 (Klik untuk baca ulasan kami)
Di samping itu, syarikat itu turut menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang di Gurun kepada 114% menjelang tahun 2026.
Untuk mencapai matlamat ini, bilang pekerja akan ditingkatkan sebanyak 80% dalam tempoh tiga tahun akan datang. Stellantis akan membuat pelaburan besar bagi menubuhkan akademi dan pusat latihan serta mewujudkan kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan untuk membangunkan penyelesaian dan perkhidmatan mobiliti.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5637
SELANGOR
BSU3592
JOHOR
JF5602J
PULAU PINANG
PSG3496
PERAK
APM1724
PAHANG
CFJ359
KEDAH
KGJ4311
NEGERI SEMBILAN
NEM2498
KOTA KINABALU
SJU5075
KUCHING
QAB7432P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan
Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.
08-06-2026
Projek Hidrogen Stellantis Ditamatkan Secara Mengejut
Gergasi automotif global, Stellantis, mengejutkan ramai apabila mengumumkan penamatan program pembangunan teknologi sel bahan api hidrogennya.
18-07-2025
Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?
Gergasi automotif global, Stellantis, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jenama mewah Maserati.
24-06-2025
Antonio Filosa Dilantik CEO Baharu Stellantis, Ganti Carlos Tavares
Stellantis mengumumkan pelantikan Antonio Filosa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu.
29-05-2025
Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia
Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkenalkan jenama selepas jualan pelbagai jenama miliknya, Eurorepar akan menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
16-05-2025
Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan
Leapmotor B10 ditawarkan pada harga bermula dari RM67,000.
12-03-2025
Stellantis Rombak Struktur Pengurusan, Pencarian CEO Masih Diteruskan
Syarikat automotif global, Stellantis mengumumkan rombakan besar dalam struktur pengurusannya minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyederhanakan organisasi.
05-02-2025
Stellantis Akan Ambil Alih Syarikat Pengeluar Sistem Transmisi Kereta, Punch Powertrain
Syarikat automotif global, Stellantis, mengumumkan pengambilalihan penuh Punch Powertrain.
30-01-2025
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

