SUV Elektrik Peugeot E-3008 Yang Sporty Ini Boleh Capai 700KM!

SUV Peugeot 3008 memasuki generasi baru tahun ini, dan untuk kali pertama dalam sejarahnya, SUV segmen C jenama ini akan ditawarkan dalam versi elektrik sepenuhnya.
Peugeot E-3008, SUV generasi ketiga ini bukan sahaja model elektrik penuh terkini Peugeot, tetapi juga merupakan model pertama di bawah kumpulan Stellantis yang menggunakan platform STLA Medium yang dibangunkan syarikat, yang akan dikongsi dengan jenama lain di bawah lembayung yang sama.
CIRI MEKANIKAL 3 VARIAN PEUGEOT E-3008
Ditawarkan dalam tiga trenkuasa dan dua pilihan kemasan, varian asas E-3008 Electric 210 dikuasakan oleh bateri nikel mangan kobalt (NMC) 73 kWh dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 400 Volt. Digerakkan oleh satu motor hadapan (FWD) berkuasa 210 PS (157 kW) dan 343 Nm, E-3008 versi asas ini dapat mencapai 100 km/j dalam masa 8.7 saat, dan memiliki jarak EV maksimum 525 km.


Varian berprestasi, E-3008 Electric 320 pula menerima pakej NMC 73 kWh yang sama yang memberikan tenaga kepada sistem pacuan semua roda (AWD) dua motor yang lebih bertenaga berkuasa 320 PS (240 kW). Hasilnya, model ini boleh melakukan pecutan abad dengan catatan masa lebih pantas iaitu 6.4 saat, sementara jarak EV maksimumnya pula sama dengan model asas pada 525 km, walaupun memiliki berat yang lebih tinggi, sebanyak 85 kg kerana tambahan motor.
Varian ketiga dan terakhir, varian Electric 230 Long Range pula sesuai bagi yang ingin pergi lebih jauh tanpa risau tentang jarak perjalanan EV. Varian ini boleh mencapai jarak sejauh 700 km. Dilengkapi pakej bateri 98 kWh yang lebih besar, yang menyalurkan kuasa kepada motor elektrik tunggal hadapan (FWD) dengan prestasi 230 PS (170 kW). Bateri yang lebih berat mengurangkan prestasi 0-100 km/j dengan masa 8.9 saat.

Ketiga-tiga varian E-3008 boleh menerima kadar pengecasan AC 11 kW yang sama, dengan kadar 22 kW ditawarkan sebagai pilihan naik taraf. Untuk pengecasan pantas DC, E-3008 boleh menyokong kadar cas DC sehingga 160 kW, membolehkan kedua-dua varian dengan bateri 73 kWh dicas dari 20% hingga 80% dalam masa 30 minit, manakala Long Range mengambil masa lebih kurang 5 minit lebih lama untuk mencapai peratusan cas yang sama.
REKA BENTUK PEUGEOT E-3008




Dari segi penampilan, E-3008 kelihatan agak berbeza berbanding keluaran terdahulu, dihasilkan berdasarkan bahasa rekaan baharu dengan postur yang lebih sporty. Di bahagian depan, SUV EV ini menerima tiga garis ‘cakaran singa’ cahaya eksklusif di bawah lampu hadapan yang mengapit gril. Pada gril pula terdapat logo singa Peugeot lebih besar yang berwarna perak.


Dari sisi, jelas terlihat gaya coupe SUV kerana bentuk cermin belakang yang landai. Seperti kebanyakan SUV crossover yang lain, SUV EV ini juga dilengkapi dengan pelindung badan (cladding) bawah jenis plastik yang kuat. Model ini menggunakan rim bersaiz 19 inci untuk spesifikasi Allure, 20 inci untuk spesifikasi GT.



Di bahagian belakang, lampu brek LED-nya juga hadir dalam reka bentuk tiga cakaran sama seperti yang terdapat di bahagian hadapan, serta aksen bampar belakang dan spoiler belakang (pada bahagian bumbung) yang sporty. Walaupun sebuah SUV bergaya coupe, kapasiti ruang simpanannya cukup praktikal dengan ruang 520L.
KABIN PEUGEOT E-3008




Bergerak ke bahagian dalam, E-3008 menggunakan reka bentuk i-Cockpit terkini Peugeot. Ruang yang dipadatkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti paparan melengkung 21-inci yang dipasang tinggi di bahagian depan, yang boleh dikawal oleh 10 butang sensitif sentuh. Sementara itu, tombol penukar gear konvensional kini digantikan dengan pemilih butang 'PRDN', satu usaha untuk membersihkan ruang kabin keseluruhannya, kata Peugeot.
PASARAN PEUGEOT E-3008

SUV EV kompak Peugeot E-3008 baharu akan dihasilkan di kilang Sochaux Peugeot di Perancis, dengan penghantaran dijangka akan bermula di pasaran terpilih di Eropah menjelang akhir tahun ini, sebelum diikuti oleh pasaran global lain. Selain daripada versi elektrik penuh ini, generasi ketiga 3008 juga akan ditawarkan dalam beberapa varian ICE lain, termasuk varian hibrid plug-in (PHEV) dan varian hibrid (HEV) - kedua-duanya berkongsi platform STLA Medium yang sama.
Apa pendapat anda mengenai SUV EV Peugeot E-3008? Adakah anda mengharapkan agar Peugeot Malaysia (Bermaz Auto Alliance) membawa masuk SUV elektrik ini ke pasaran Malaysia nanti? Seperti biasa, jangan lupa tinggalkan pendapat anda dalam komen di bawah…

Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQG9267
SELANGOR
BSL5124
JOHOR
JYP4165
PULAU PINANG
PRX4287
PERAK
APD9436
PAHANG
CFE6993
KEDAH
KGD7248
NEGERI SEMBILAN
NEJ2273
KOTA KINABALU
SJP6579
KUCHING
QAB9793M
Terakhir Kemas Kini 08 Jan, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
-0.02
RON 97
RM 3.11
-0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.89
-0.05
EURO 5 B7
RM 3.09
-0.05
Terakhir Kemas Kini 08 Jan, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV
Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.
08-01-2026
Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia
Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.
07-01-2026
CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton
Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.
07-01-2026
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?
Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.
07-01-2026
VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo
Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.
06-01-2026
Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!
Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.
06-01-2026
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB
Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.
05-01-2026
EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?
Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.
02-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


