ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW X1 sDrive20i xLine 2023 Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM259,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

02.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg


BMW Group Malaysia telah mengemaskini rangkaian produknya dengan pengumuman BMW X1 generasi ketiga (U11) baharu, hari ini


BMW Group Malaysia telah mengemaskini rangkaian produknya dengan pengumuman ketersediaan model SUV kompak BMW X1 generasi ketiga (U11) hari ini. SUV ini adalah sebuah model yang dikuasakan oleh enjin pembakaran, berbeza dengan iX1 yang diperkenalkan pada Mei tahun ini semasa Malaysia Autoshow 2023.


Di Malaysia, BMW X1 generasi ketiga tiba sebagai model yang dipasang secara tempatan (CKD), dikeluarkan di kilang Inokom di Kulim, Kedah, seperti model sebelum ini. Buat masa ini, model ini kini ditawarkan dalam satu varian iaitu sDrive20i xLine.



03.-The-New-BMW-X1-sDrive20i-xLine-Cape-York-Green.jpg
06.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg09.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg07.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg05.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg


BMW X1 sDrive20i xLine yang dipasang secara CKD diberikan sentuhan rekaan yang unik


Diperkenalkan buat pertama kalinya di peringkat global pada Jun tahun lalu, BMW X1 generasi U11 ini lebih besar berbanding model yang digantikannya, selain turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi baharu. Antara yang terkini pada model baharu adalah termasuk skrin melengkung BMW dan BMW Live Cockpit Plus yang menggunakan sistem operasi BMW Operating System 8 terkini.


Ciri menarik lain yang ditawarkan adalah termasuk sistem pendingin hawa automatik dwizon, tempat duduk hadapan jenis Sport dalam balutan kulit sintetik SensaTec, stereng M baharu dengan pedal penukar gear, pad pengecas tanpa wayar, BMW ID, enam pilihan My Modes, serta Comfort Access dan BMW Digital Key Plus.


12.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg

10.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg11.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg

BMW X1 kini bersaiz lebih besar. Dari segi teknologi dan kelengkapan lain, hampir sama dengan kembar elektriknya, iX1


Untuk enjin, varian sDrive20i ini dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4-silinder Twin Power 2.0 liter yang menghasilkan 204 HP dan 300 NM tork. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi automatik DCT 7 kelajuan.


Model ini mampu melakukan pecutan 0-100 KM/J dalam 7.6 saat dan mencapai kelajuan maksimum 236 KM/J. BMW juga mengatakan bahawa purata penggunaan bahan api boleh direndahkan sehingga 7.2 liter/100 KM. Selain itu, model ini turut mencatatkan purata pelepasan karbon yang rendah, iaitu 158 g/KM.


04.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg


Bertenaga, X1 sDrive20i xLine mencapai output 204 HP dan 300 NM


BMW X1 sDrive20i xLine hadir dengan pelbagai ciri keselamatan pemandu aktif yang standard. Ini termasuk Bantuan Mula Daki, Pengehad Kelajuan, Pembantu Kepekaan, Amaran Keluar Lorong dengan intervensi pengendalian aktif, Amaran Pelanggaran Hadapan dan Pusingan Kiri - kedua-duanya dengan fungsi brek, serta bantuan evasif. 


Dari segi reka bentuk, model xLine mempunyai gril kidney dengan bingkai Pearl Chrome, komponen ambilan udara krom pada bumper hadapan, aksen kelabu gelap, rim jejari V 867 dua warna bersaiz 19 inci,  panel perlindungan bawah Aluminium Matte dan perumah cermin sisi yang berwarna perak. 



02.-The-New-BMW-X1-sDrive20i-xLine-Alpine-White.jpg04.-The-New-BMW-X1-sDrive20i-xLine-Phytonic-Blue.jpg

05.-The-New-BMW-X1-sDrive20i-xLine-Cape-York-Green.jpg01.-The-New-BMW-X1-sDrive20i-xLine-Black-Sapphire.jpg06.-The-New-BMW-X1-sDrive20i-xLine-Space-Silver.jpg

Lima pilihan warna badan ditawarkan


Lima pilihan warna badan ditawarkan yang disesuaikan dengan kabin yang diberikan kemasan kulit perforated SensaTec berwarna hitam dengan headliner M berwarna hitam gelap Anthracite. 


BMW X1 sDrive20i xLine yang baharu boleh ditempah melalui mana-mana pengedar sah BMW pada harga RM259,800. Harga tersebut termasuk jaminan perlindungan selama 5 tahun tanpa had jarak perjalanan dengan sevis berjadual percuma, Bantuan Tepi Jalan BMW dan Hotline Kemalangan, serta akses BMW Service Online.

01.-BMW-Malaysia-presents-latest-generation-of-the-locally-assembled-BMW-X1.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8391

SELANGOR

BSU1024

JOHOR

JE8786J

PULAU PINANG

PSF8944

PERAK

APL7586

PAHANG

CFH8525

KEDAH

KGJ2795

NEGERI SEMBILAN

NEM1167

KOTA KINABALU

SJU3198

KUCHING

QAB6436P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

08-12-2023
Global

28-06-2023
Global

25-04-2023
Pandu Uji

21-06-2021
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

05-02-2026
Kereta Baru

16-01-2026
Kereta Baru

31-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.