ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Konsep Nissan Hyper Tourer Didedahkan – Tempat Duduk Terapung, Sistem AI Untuk Muzik & Cahaya

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Web_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-10.jpg


Nissan Hyper Tourer


Nissan telah mendedahkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbaru dalam siri konsep futuristik yang direka untuk Japan Mobility Show 2023, Nissan Hyper Tourer.


REKA BENTUK YANG LUAR BIASA


Web_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-01.jpg

Web_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-08.jpgWeb_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-12.jpg


Secara visual, menurut Nissan, reka bentuk luaran EV konsep ini “menyerlahkan keselesaan ruang dalam.” Model ini tampil unik dengan permukaan rata di pelbagai sudut yang diberikan garis tajam kontra di bahagian-bahagian tertentu. EV ini tidak mempunyai gril, pemegang pintu dan cermin sisi. Keunikan lain ialah penggunaan jalur LED halus yang memisahkan dua warna cat badan. 


KABIN DALAM DUNIA SAINS FIKSYEN


Web_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-03.jpg


Di ruang kabin, ruangnya kelihatan luas dengan aura sains fiksyen kerana kedudukan tempat duduk yang seolah-olah terapung. Efek ‘terapung’ ini juga disebabkan oleh lantai dengan panel LED yang memaparkan corak seperti air dan awan. 


Web_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-14.jpgWeb_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-13.jpg


Tempat duduk hadapan boleh diputarkan 360 darjah untuk menghadap ke belakang


Web_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-16.jpgWeb_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-09.jpg


Nissan Hyper Tourer tampil dengan pelbagai ciri futuristik


Sementara di bahagian atas kepala pula terdapat konsol dan pencahayaan dengan corak tradisional, kumiko dan koushi Jepun. 


Web_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-15.jpg


Penumpang belakang boleh melihat paparan skrin tengah melalui sejenis peranti wearable


Penumpang tempat duduk belakang boleh mengawal dan melihat navigasi dan audio yang ditunjukkan pada skrin hadapan melalui paparan jenis wearable. Selain itu, turut digunakan ialah sistem AI yang boleh mengesan ciri biometrik seperti gelombang otak, degupan jantung, pernafasan dan peluh untuk pemilihan muzik dan pencahayaan yang sesuai secara automatik. 


CIRI MEKANIKAL NISSAN HYPER TOURER


Spesifikasi teknikal terperinci Nissan Hyper Tourer masih belum diumumkan. Buat masa ini, Nissan hanya mendedahkan bahawa Hyper Tourer menggunakan teknologi bateri pepejal berkuasa tinggi serta komponen-komponen yang kompak untuk mencapai graviti pusat yang ultra rendah, yang apabila digabungkan dengan sistem pacuan empat roda e-4ORCE yang canggih menghasilkan pecutan (acceleration) dan penurunan kelajuan (deceleration) yang lancar. 


Web_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-17.jpgWeb_CariCarz_Nissan-Hyper-Tourer-02.jpg


Nissan Hyper Tourer akan dipamerkan untuk tatapan umum di acara Japan Mobility Show 2023 yang bermula pada 25 Oktober ini. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS7582

SELANGOR

BSU2324

JOHOR

JF2740J

PULAU PINANG

PSG1450

PERAK

APL9182

PAHANG

CFH9255

KEDAH

KGJ3503

NEGERI SEMBILAN

NEM1843

KOTA KINABALU

SJU4280

KUCHING

QAB7068P

Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-09-2026
Teknologi

23-01-2024
Teknologi

09-01-2024
Teknologi

01-12-2022
EV

16-10-2023
Global

04-10-2023

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.