Pengecas EV ParkEasy Shell Recharge Bakal Caj Hanya RM1/kWh Bermula 1 Nov Ini
-full_normal.jpg)
Pengguna kenderaan elektrik (EV) yang menggunakan pengecas EV Shell Recharge kini akan dicaj berdasarkan RM/kWh berbanding per minit yang digunakan sebelum ini.
Syarikat pengendali stesen pengecas EV tersebut, ParkEasy, yang sebelum ini menawarkan perkhidmatan tempahan parkir menggunakan aplikasi, kini meluaskan khidmatnya kepada pengecas EV. Kebanyakan stesen pengecas EV ParkEasy Shell Recharge sebelum ini merupakan tapak parkir, oleh itu, kedua-dua kenderaan EV dan ICE boleh memanfaatkan ruang yang sama.
-full_normal.jpg)
Berdasarkan kenyataan ParkEasy yang dikongsikan melalui media sosial, bermula 1 November ini, pelanggan EV akan dikenakan bayaran pengesahan tetap sebanyak RM5 dengan kadar RM1 untuk setiap kWh di mana-mana stesen pengecasan EV ParkEasy Shell Recharge. Pengguna diberikan tempoh kelonggaran selama 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan yang telah dicas sepenuhnya, bayaran idle sebanyak RM1 akan dikenakan setiap 30 minit selepas waktu kelonggaran tersebut.
Dengan kadar pengecasan baharu ini, ParkEasy Shell Recharge, yang sebelum ini dikatakan agak mahal dan merupakan antara pengecas yang menjadi pilihan terakhir pelanggan EV, akan menjadi salah satu pilihan yang lebih berpatutan.
![]()
Kenyataan tersebut juga menambah bahawa kadar bayaran baharu ini dilaksanakan untuk semua lokasi pengecas EV ParkEasy Shell Recharge, sama ada AC atau DC.
CariCarz telah menghubungi talian hotline ParkEasy bagi mendapatkan kepastian sekiranya kredit minimum sebanyak RM200 (RM1 = 1 kredit) akan dikekalkan selepas peralihan kepada kadar pengecasan baharu RM/kWh. Menjawab persoalan ini, ParkEasy menjelaskan bahawa pihaknya masih dalam proses untuk memuktamadkan perkara tersebut sebelum membuat pengumuman.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA6207
SELANGOR
BSQ4281
JOHOR
JYX4741
PULAU PINANG
PSC5767
PERAK
APH7560
PAHANG
CFG6287
KEDAH
KGG2483
NEGERI SEMBILAN
NEK5154
KOTA KINABALU
SJS1284
KUCHING
QAB9045N
Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


