Kia Carnival Facelift Diperkenalkan Dengan Wajah EV9?

Dalam diam-diam, Kia baru-baru ini telah memperkenalkan Kia Carnival versi facelift. Buat masa ini, model generasi keempat yang diberikan pembaharuan ini diperkenalkan untuk pasaran Korea Selatan.

Kia Carnival kali ini menerima ‘wajah’ hadapan yang menyerupai Kia EV9. Hasilnya, model MPV ini kini dilengkapi dengan lampu hadapan LED berbentuk T dan DRL yang lebih bergaya. Lampu ini mengapit gril hadapannya yang besar. Gril versi facelift ini hadir dalam corak baharu yang diberikan kemasan warna gelap.
Selain itu, bampar hadapannya diberikan rekaan semula, hadir dalam reka bentuk yang lebih ringkas tanpa lampu kabus. Untuk versi kali ini, terdapat penambahan warna luaran iaitu perak Ivory Silver yang baharu.

Dari bahagian belakang pula, Carnival kini diberikan lampu brek belakang berbentuk T yang lebih bergaya, bentuk lampu sama yang dapat dilihat dari sudut hadapan. Selain itu, logo Kia pada penutup bonet telah dipindahkan ke bawah untuk memberi ruang kepada bar lampu LED, manakala pemegang penutup bonet kini tersembunyi untuk gaya yang lebih ringkas.
Bagaimanapun, tiada foto ruang dalam Carnival facelift didedahkan. Tetapi Kia mengatakan bahawa model yang telah dikemas kini ini akan mendapat skrin infotainmen melengkung 12.3 inci baharu dengan teknologi pengenalan cap jari. Susunan tempat duduk kekal sama seperti sebelum ini, di mana MPV ini ditawarkan dalam konfigurasi tujuh atau lapan penumpang - kedua-duanya kini hadir dengan pilihan balutan kulit baharu.

Selain daripada enjin petrol dan diesel yang sedia ada, Kia Carnival facelift juga akan ditawarkan dalam pilihan trenkuasa hibrid yang diambil daripada SUV Sorento. SUV tersebut menggunakan enjin petrol 1.6 liter 4 silinder dengan sistem hibrid yang menghasilkan kuasa 227 HP dan 350 NM. Kia masih belum mendedahkan bagaimana enjin tersebut akan ditala untuk MPV baharu ini.
Maklumat lanjut mengenai ketersediaannya di pasaran dan spesifikasi terperinci untuk Kia Carnival facelift ini akan didedahkan pada bulan depan. Buat masa ini, model MPV yang telah dikemas kini ini hanya ditawarkan untuk pasaran Korea Selatan, dengan jangkaan jualan untuk pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan
Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.
08-06-2026
Kia Carnival Facelift 2026 Dilancarkan, Versi CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula - RM188,888
Kia Sales Malaysia (KSM) telah melancarkan Kia Carnival’ versi facelift 2026, petang tadi.
15-01-2026
Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?
Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.
09-01-2026
Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan
Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.
12-12-2025
Kia Carnival Facelift Dilancar Di Thailand, Rupanya Unit CBU Dari Malaysia!
Kia Carnival generasi keempat versi facelift sudah pun dilancarkan di Thailand, baru-baru ini.
07-10-2025
Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV
Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.
17-09-2025
Alza Terbakar Di Kesas, Mujur Semua Selamat
Sebuah Alza dirempuh laju dari belakang oleh kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 23.6 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pagi tadi.
15-08-2025
Kempen “Fuel-on-Us”: Beli Kia Carnival, Dapat Subsidi RM1.05/Liter Selama 5 Tahun!
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia, melancarkan kempen “Fuel-on-Us” untuk model Kia Carnival.
15-10-2024
Berita Terkini
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
