ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Kia Carnival Facelift Diperkenalkan Dengan Wajah EV9?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia-Carnival-Facelift-1.jpg


Dalam diam-diam, Kia baru-baru ini telah memperkenalkan Kia Carnival versi facelift. Buat masa ini, model generasi keempat yang diberikan pembaharuan ini diperkenalkan untuk pasaran Korea Selatan. 


Kia-Carnival-Facelift-4.jpg


Kia Carnival kali ini menerima ‘wajah’ hadapan yang menyerupai Kia EV9. Hasilnya, model MPV ini kini dilengkapi dengan lampu hadapan LED berbentuk T dan DRL yang lebih bergaya. Lampu ini mengapit gril hadapannya yang besar. Gril versi facelift ini hadir dalam corak baharu yang diberikan kemasan warna gelap. 


Selain itu, bampar hadapannya diberikan rekaan semula, hadir dalam reka bentuk yang lebih ringkas tanpa lampu kabus. Untuk versi kali ini, terdapat penambahan warna luaran iaitu perak Ivory Silver yang baharu.


Kia-Carnival-Facelift-5.jpg


Dari bahagian belakang pula, Carnival kini diberikan lampu brek belakang berbentuk T yang lebih bergaya, bentuk lampu sama yang dapat dilihat dari sudut hadapan. Selain itu, logo Kia pada penutup bonet telah dipindahkan ke bawah untuk memberi ruang kepada bar lampu LED, manakala pemegang penutup bonet kini tersembunyi untuk gaya yang lebih ringkas. 


Bagaimanapun, tiada foto ruang dalam Carnival facelift didedahkan. Tetapi Kia mengatakan bahawa model yang telah dikemas kini ini akan mendapat skrin infotainmen melengkung 12.3 inci baharu dengan teknologi pengenalan cap jari. Susunan tempat duduk kekal sama seperti sebelum ini, di mana MPV ini ditawarkan dalam konfigurasi tujuh atau lapan penumpang - kedua-duanya kini hadir dengan pilihan balutan kulit baharu.


Kia-Carnival-Facelift-3.jpg


Selain daripada enjin petrol dan diesel yang sedia ada, Kia Carnival facelift juga akan ditawarkan dalam pilihan  trenkuasa hibrid yang diambil daripada SUV Sorento. SUV tersebut menggunakan enjin petrol 1.6 liter 4 silinder dengan sistem hibrid yang menghasilkan kuasa 227 HP dan 350 NM. Kia masih belum mendedahkan bagaimana enjin tersebut akan ditala untuk MPV baharu ini. 


Maklumat lanjut mengenai ketersediaannya di pasaran dan spesifikasi terperinci untuk Kia Carnival facelift ini akan didedahkan pada bulan depan. Buat masa ini, model MPV yang telah dikemas kini ini hanya ditawarkan untuk pasaran Korea Selatan, dengan jangkaan jualan untuk pasaran antarabangsa tidak lama lagi.  

Kia-Carnival-Facelift-2.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS1941

SELANGOR

BSU1362

JOHOR

JF184J

PULAU PINANG

PSF9442

PERAK

APL7973

PAHANG

CFH8701

KEDAH

KGJ2994

NEGERI SEMBILAN

NEM1378

KOTA KINABALU

SJU3475

KUCHING

QAB6563P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

02-01-2026
Berita Auto

11-12-2025
Global

06-10-2025
Global

17-09-2025
Berita Auto
Global

18-07-2024
Berita Auto

24-06-2024

Berita Terkini

Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.