ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pusat Tesla Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di Cyberjaya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

First-Tesla-Centre-in-Malaysia2.png


Tesla Motors Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat Tesla pertama di Malaysia semalam. Terletak di Persiaran APEC, Cyberjaya, kompleks dua tingkat ini juga akan berfungsi sebagai ibu pejabat dan pusat servis Tesla, selain turut menempatkan Tesla Supercharger terbaru. 


Dibangunkan dalam tempoh hanya dua bulan, pusat sehenti Tesla ini juga berperanan sebagai Pusat Pengalaman Tesla Malaysia yang pertama, sebelum lebih banyak lagi Pusat Pengalaman lain dibuka dalam masa terdekat, salah satunya di Pavilion Damansara Heights yang dijangka akan dibuka menjelang akhir bulan ini.


First-Tesla-Centre-in-Malaysia1.png


HQ Tesla Motors Malaysia terletak di Persiaran APEC, Cyberjaya


Di sini, pelanggan boleh mendapatkan khidmat penyelenggaraan dan sokongan pelanggan lain. Bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik, pusat servis yang dilengkapi dengan alat diagnostik canggih dengan kakitangan profesional yang terlatih. Pusat ini turut menempatkan sebuah gudang alat ganti untuk memastikan hanya alat ganti tulen digunakan untuk setiap servis kenderaan yang dilakukan di sini.


Untuk kemudahan pengecas EV, sebanyak lapan Supercharger ditempatkan di sini, selain 12 Tesla Wallbox yang akan dibuka untuk kegunaan orang ramai tidak lama lagi. 


Tesla-Model3-OnlineConfiguratior-Malaysia-11.jpgTesla-Malaysia-ModelY-PriceList.jpg


Tesla Model 3 dan Model Y kini boleh ditempah melalui laman web rasmi Tesla Motors Malaysia


Di samping itu, ibu pejabat Cyberjaya ini juga akan menjadi pusat penghantaran model-model Tesla yang telah ditempah oleh rakyat Malaysia. Buat masa ini, Model 3 facelift dan Model Y boleh ditempah melalui laman web rasmi Tesla Motors Malaysia, dengan harga bermula dari RM189,000 untuk Model 3 RWD, dan RM199,000 untuk Model Y RWD.


First-Tesla-Centre-in-Malaysia3.png


Ibu pejabat Tesla Motors Malaysia terletak di Cyberview 23A, Persiaran APEC, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor. Waktu operasi adalah dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, manakala pada hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum, masa operasinya adalah  dari 10 pagi hingga 7 petang.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW7443

SELANGOR

BSP7362

JOHOR

JYW1769

PULAU PINANG

PSC139

PERAK

APH2624

PAHANG

CFG4257

KEDAH

KGF7037

NEGERI SEMBILAN

NEK3301

KOTA KINABALU

SJR7509

KUCHING

QAB7207N

Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-06-2024
EV

12-03-2024
EV

30-11-2023
EV

02-10-2023
Kereta Baru

01-09-2023
EV

01-08-2023
Kereta Baru

20-07-2023
EV

14-07-2023

Berita Terkini

EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
EV

EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?

Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.

20-04-2026
EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.